Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy

J
ika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'


Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

http://www.utaraonline.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=529

Baca Selanjutnya...

Iman Rukun, Hakikat & Pembatalan Siri IV

B
ahagian Kedua : Tauhid Uluhiyyah

Pengertian secara ringkas ialah beri’tikad dengan jazam bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selainNya dan Dialah Tuhan yang mesti diesakan dalam beribadat. Inilah keterangan selanjutnya.

Perkataan “ Ilah” bererti “Makluh” dan Makluh dalam bahasa Arab bererti “Makbud / yang disembah” dan Makbud pula berasal dari perkataan “Ibadah”

Ibadah di segi bahasa memberi erti : tunduk dan merendahkan diri, setengah Ulama’ memberi erti ibadah dengan “Cinta yang sempurna dan taat yang tidak berbelah bahagi”.

Tauhid Uluhiyyah ini berasaskan ikhlas kepada Allah pada lahir dan pada batin, dalam erti kata segala kegiatan ibadah tiadak dekerjakan untuk lain dari Allah. Kerana itu orang yang beriman kepada Allah, ia beribadah hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain. Ia mengikhlaskan cinta, takut, harap doa, tawakkal, taat, patuh, tunduk, segala jenis dan bentuk ibadah hanya kepada Allah sahaja.

Tauhid Uluhiyyah ini pada hakikatnya mengandungi Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma’ dan Sifat. Sebaliknya Tauhid Rububiyyah tidak mengandungi Tauhid Uluhiyyah, kerana kadang-kadang seseorang itu mengaku Rububiyyah Allah tetapi tidak beribadah kepadaNya.

Begitu juga Tauhid Asma’ dan Sifat tidaklah mengandungi Rububiyyah dan Uluhiyyah. Akan tetapi siapa yang mentauhidkan Allah di segi Uluhiyyah dengan mengaku bahawa Allah sahajalah yang berhak diibadat, manakala yang lain tiadak berhak diibadatkan sedikit pun, bererti ia pada hakikatnya mengaku bahawa Allah itu adalah Rabb al-alamii.n. dialah yang mempunyai nama-nama yang elok dan sifat-sifat yang sempurna, kerana mengikhlaskan ibadat tidaklah untuk selain dari “Rabb” itu atau tidak layak bagi zat yang bersifat dengan kekurangan, sebab layaklah disembah zat yang tidak kuasa mencipta dan mentadbir urusan makhluk? Dan layakkah diibadatkan zat yang bersifat dengan sifat-sifat kekurangan?

Dengan itu, ternyatalah bahawa syahadah “لا إله إلا الله " itu mengandungi ketiga-tiga bahagian Tauhid, kerana syahadah ini adalah Tauhid Uluhiyyah. Dan Tauhid Uluhiyyah ini mengandungi Tauhid bahagian Rububiyyah dan Tauhid bahagian Asma’ dan Sifat.

Justeru itu, Tauhid Uluhiyyah ini adalah awal-awal agama dan penghabisannya, batinnya dan zahirnya. Berdasarkan Tauhid bahagian inilah dijadikan alam, firman Allah :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Al-Zariyat : 56

Shekh al-Islam Ibn Taimiyyah rahmatullah alaih berkata : “Tauhid inilah yang membezakan di antara Muwahidin (Golongan yang mengesakan Allah) dengan Musyrikin (Golongan yang mempersyirikkan Allah). Dan di atas asas inilah diberi balasan tau pahala di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang tidak berpegang dengan tauhid ini sudah tentu termasuk ke dalam golongan musyrikin”.

Berdasarkan Tauhid bahagian ini jugalah diutuskan para rasul dan diturunkan kitab-kitab. Oleh itu rasul-rasul dahulu tidaklah diutus kepada kaumnya melainkan menjadikan Tauhid bahagian ini asas dakwah dan intinya, firman Allah :

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".
Al-Nahl : 36

Dan firmanNya lagi :

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدُونِ (٢٥)
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku".
Al-Anbiya’ : 25

Dalam Al-Quran Allah menceritakan tentang rasul-rasulNya seperti Nuh, Hud, Salih dan Syuib, mereka menyeru kaum mereka dengan seruan :
اعبدوا الله ما لكم من إله غيره” maksudnya : Beribadatlah kamu kepada Allah, (kerana) tidak ada Tuhan selainNya”.

Juga Allah menceritakan tentang Nabi Ibrahim alaihissalam, ia berkata kepada kaumnya:

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (٧٩)
"Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)".
Surah Al-An’am : 79

Apabila Tauhid merupakan hakikat din al-Islam, maka dua kalimah syahadah pula merupakan rukun pertama bagi “ad-din” sabda Rasulullah s.a.w.:

بنى الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت (متفق عليه)
Maksudnya:
Dibina al-Islam di atas lima (rukun iaitu): bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah,mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, melakukan puasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah al-Haram.

Tauhid Al-Uluhiyyah ini menuntut kita supaya bertawajjuh/menghadap kepada Allah dalam setiap jenis dan bentuk ibadat dan menuntut kita supaya membersihkan hati dari terikat dengan pihak atau pengaruh lain. Ibarat ini mengandungi pengertian yang luas, di antaranya :

1. Wajib ikhlaskan cinta kepada Allah

Seorang hamba janganlah mengadakan “ Nidd” / yang setanding dengan Allah dalam mencintai, dengan erti kata ia mencintakan “ Nidd” itu sama dengan ia mencintakan Allah, atau ia mengutamakan cinta kepada “Nidd” itu lebih dari Allah. Sesiapa berbuat demikian, ia termasuk ke dalam golongan musyrikin, firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (١٦٥)
Maksudnya
:
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
Surah Al-Baqarah : 165

Di antara syirik akbar (besar) yang Allah tidak ampun dosanya melainkan dengan bertaubat ialah menjadikan bagi Allah akan ‘Nidd” yang setanding dengan Allah, ia cintakan “Nidd” sebagaimana ia cintakan Allah.

Manusia diciptakan di atas asas cinta kepada diri sendiri, bapa, anak pinak, watan dan hartabenda, maka mengikhlaskan ibadat kepada Allah tidaklah bererti menghapuskan tabiat semula jadi itu, malah diuntut dari mukmin supaya cintakan segala sesuatu di dunia ini selepas cintakan Allah. Cintakan Allah hendaklah mengatasi segala kecintaan, hingga ia sanggup mengorbankan segala kesayangannya demi fisabilillah bila berhimpunan kedua-dua cinta ini. Allah mengugut mereka yang mengutamakan cinta perkara-perkara keduniaan lebih dari cintakan Allah Azza Wajalla dan rasulNya dengan seksa seperti firmanNya :

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (٢٤)

Maksunya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
Surah Al-Taubah : 24

2. Wajib mengesakan Allah dalam berdoa, bertawakkal dan mengharapkan perkara yang hanya Allah berkuasa.

Fifman Allah :
وَلا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لا يَنْفَعُكَ وَلا يَضُرُّكَ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ (١٠٦)
Maksudnya :
Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja Yang lain dari Allah, Yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan Yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang Yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri Dengan perbuatan syirik itu).
Surah Yunus : 106

Firman Allah lagi :
وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (٢٣)
Maksudnya :
dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang Yang beriman"
Surah Al-Maidah : 23

Dan firmanNya lagi :
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَةَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٢١٨)
Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Baqarah : 218

3. Wajib mengesakan Allah dalam takut.

Sesiapa beri,tikad bahawa setengah-setengah makhluk boleh memberi mudarat dengan iradahnya sendiri, lalu ia takut kepadanya maka ia telah mempersyirikkan Allah dengan yang lain. Kerana firman Allah :

وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ (٤٠)
Maksudnya :
dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu Yang lain).
Surah Al-Baqarah : 40

Dan firmanNya lagi :
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كَاشِفَ لَهُ إِلا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (١٠٧)
Maksudnya :
Dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan dia; dan jika ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun Yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Surah yunus : 107

4. Wajib mengesakan Allah dalam melakukan segala jenis ibadat badaniah.

Seperti sembahyang, rukuk, sujud, puasa, sembelih dan tawaf. Dan dalam segala ibadat Qauliyyah (perkataan) seperti nazar, istighfar dan lain-lain.

Segala ibadat Badaniyyah dan Qauliyyah ini wajib dikerjakan semata-mata kerana Allah. Sesiapa mengerjakan kerana lain dari Allah sudah tentu ia mensyirikkan Allah dengan yang lain. Dalam hal mempersyirikkan Allah dengan yang lain, Allah berfirman :

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (٤٨)
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.
Surah Al-Nisa’ : 48


Bersambung…

Tulisan ini di petik dari
Buku :IMAN RUKUN,HAKIKAT & PEMBATALAN
Terbitan:
Pustaka Darussalam Sdn. Bhd
Cetak pertama 2001

Baca Selanjutnya...

Ar-Rahman siri V

T
afsir surah Ar-Rahman Ayat 39 - 60
Oleh : YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abd Aziz Nik Mat

39 فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ
Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

40 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

41 يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka);

42 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

43 هَذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya.

44 يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

45 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

46 وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

47 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

48 ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

49 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

50 فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir; -

51 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

52 فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

53 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

54 مُتَّكِئِينَ عَلَى فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

55 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

56 فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

57 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

58 كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

59 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

60 هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?

YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abd Aziz Nik Mat


Baca Selanjutnya...

Siri Muslim Progresif 2:Minda Positif Pemangkin Pembangunan

S
elain dari semangat untuk menuntut ilmu, sebagai sebuah masyarakat Islam yang maju dan progresif, kita perlu memaksimumkan potensi minda untuk terus membangun dan memberi manfaat buat manusia sejagat.
• Tidak menggunakan fungsi minda dalam lingkaran yang sempit.
• Minda perlu dilatih untuk berfikir secara positif dan berterusan.
• Mengembangkan minda dengan menuntut apa jua bentuk ilmu pengetahuan yang boleh membantu menghasilkan minda yang membina.
Kita seharusnya menggunakan minda dengan sebaik-baiknya. Kita tidak seharusnya menggunakan fungsi minda dalam lingkaran yang sempit. Contohnya, minda yang tidak berkembang selaras dengan tuntutan kemajuan kehidupan dan cabaran masakini. Hasilnya, manusia seperti hidup dalam dunia yang sempit, sekalipun mereka berada di bumi yang amat luas.

Saudaraku yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan meningkatkan kefahaman dan ilmu kita. Binalah ketaqwaan yang akan menjana semangat untuk terus mencari ilmu dan membangun daya tahan di dalam menghadapi segala keadaan dan cabaran.
Saudaraku,
Pada minggu yang lalu, kita telah didedahkan dengan nilai serta peranan ilmu di dalam kehidupan. Kita telah mengetahui bagaimana ilmu membantu kita untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kedudukan ilmu yang tinggi ini perlu dihayati oleh masyarakat Islam dan diamalkan dengan cara terus mencari ilmu tanpa puas dan jemu. Sepertimana disebutkan di dalam satu kata-kata hikmah: “Carilah ilm dari buaian sehingga ke liang lahad”.

Semangat ini jelas diterjemahkan oleh masyarakat Islam awal. Di antara tokoh yang tiada pernah mengenal erti jemu menuntut ilmu ialah Abu Raihan Al-Biruni. Selain menjadi pakar di dalam bidang aqidah dan tauhid, beliau juga merupakan seorang saintis, ahli falsafah dan kaji bintang serta pengembara yang telah banyak menulis berkenaan masyarakat India dan ilmu-ilmu mereka ketika itu. Di dalam kehidupannya, beliau telah menghasilkan 146 karya tulisan yang merangkumi pelbagai bidang agama, sains hayat dan sains sosial.

Alhamdulillah, dewasa kini kita lihat semakin ramai daripada golongan masyarakat Islam yang ghairah meneruskan perjalanan ilmu di semua peringkat usia. Berita tentang kejayaan serta kreativiti masyarakat Islam kita di dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi semakin sering kita dengar. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam Singapura mampu terus berpegang teguh kepada agama di dalam menghadapi cabaran kehidupan moden. Inilah di antara ciri Identiti Muslim Singapura kita.

Saudaraku,
Selain dari semangat untuk menuntut ilmu, sebagai sebuah masyarakat Islam yang maju dan progresif, kita perlu memaksimumkan potensi minda untuk terus membangun dan memberi manfaat buat manusia sejagat.

Kita seharusnya menggunakan minda dengan sebaik-baiknya. Kita tidak seharusnya menggunakan fungsi minda dalam lingkaran yang sempit. Contohnya, minda yang tidak berkembang selaras dengan tuntutan kemajuan kehidupan dan cabaran masakini. Hasilnya, manusia seperti hidup dalam dunia yang sempit, sekalipun mereka berada di bumi yang amat luas.
Mengapa mungkin terjadi demikian, dan kadangkala kita membiarkan diri dikongkong oleh pemikiran negatif dan tidak membangun?

Cuba kita perhatikan mereka yang berjaya dalam kehidupan dan dalam lapangan yang mereka ceburi hasil daripada niat, usaha dan jihad mereka sendiri. Ini berhasil sekalipun ada di antara mereka yang tidak mempunyai wang, kekuatan fizikal sebagai modal atau berpendidikan tinggi pada peringkat awal. Modal yang ada hanyalah kekuatan minda yang dianugerahkan Allah s.w.t. sehingga menjadikan mereka manusia yang berjaya.

Contoh seorang pemuda yang menghidap penyakit distrofi otot (muscular dystrophy) dan terpaksa berkerusi roda sejak berusia 11 tahun lagi. Namun dengan minda yang positif, beliau tetap bertekad untuk menghabiskan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat walaupun mengambil masa setahun lebih lama dari yang lazim. Sikap optimis, minat yang mendalam dan juga nasihat dari doktornya menjadi pendorong kuatnya. Hasilnya, pemuda itu menerima ijazah diplomanya dan kini bergiat di Pertubuhan Distrofi Otot Singapura.
Saudaraku,
Mesej yang hendak disampaikan mimbar pada Jumaat ini ialah minda yang dianugerahkan Allah s.w.t perlu dilatih untuk berfikir secara positif dan berterusan. Ini dapat kita laksanakan jika kita giat menggunakannya di dalam segala lapangan ilmu pengetahuan.

Sebagai contoh, sebahagian dari pengkajian agama adalah mempelajari ijtihad yang dibuat para ulama terdahulu. Ijtihad sedemikian menjadi pemangkin pembangunan tamadun umat. Namun, ijtihad sedemikian perlu diteliti juga dengan mengambil-kira perubahan dunia hari ini. Sekiranya kita gagal melakukan penilaian sedemikian, dan kita tidak yakin mencari huraian tersendiri bagi cabaran dan keadaan tersendiri bagi kita hari ini, kita mungkin sahaja boleh menyebabkan ajaran-ajaran agama menjadi sempit. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi:
Maksudnya: “Allah memberikan kemudahan bagi kamu dan Allah tidak mahukan kepayahan untuk kamu.”

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam perkara yang berkaitan:


Maksudnya: “Agama itu mudah. Tiada seseorang yang akan menyukarkan dirinya dalam hidup beragamanya melainkan dirinya sendiri yang menciptakan kesukaran.”
(Riwayat Imam Bukhari)

Saudaraku,
Islam menggalakkan kita menceburi semua bidang ilmu yang bermanfaat. Kita dituntut mendalami pelbagai bidang ilmu yang boleh membantu kedudukan kita untuk kekal relevan dan berdaya saing. Sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a:
Maksudnya: “Hikmah itu ibarat sesuatu yang tersembunyi daripada orang Mukmin. Di mana sahaja ia diperolehi, dia lebih berhak ke atasnya.” (Riwayat Imam Tarmizi)

Hadis ini menganjurkan kita berusaha mengembangkan minda dengan menuntut apa jua bentuk ilmu pengetahuan yang boleh membantu menghasilkan minda yang membina. Selanjutnya, ia boleh membantu merubah kehidupan daripada papa kepada berada, miskin kepada kaya, daripada bergantung kepada orang lain kepada berdikari dan yakin terhadap kebolehan diri sendiri.

Saudaraku,
Apabila manusia tidak menggunakan minda yang di anugerahkan Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya, ia akan menjadi mundur dalam kehidupan. Mindanya akan hanya tertumpu kepada kemahuan memenuhi hawa nafsu sahaja seperti makan, minum, mencari kesenangan dan berlumba-lumba mengejar keduniaan. Inilah yang disifatkan Allah s.w.t kehidupan orang yang tidak menyempurnakan hak akal pemikirannya.

Fiman-Nya dalam surah Al-‘Araf ayat 179:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan kebanyakan jin dan manusia untuk mengisi jahanam. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Marilah kita mengorak langkah kehadapan menggunakan minda yang waras untuk merubah diri dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.

Perubahan tidak akan berlaku selagi kita mempunyai minda yang sempit dan negatif. Umpamanya, tidak berani mencuba atau menceburi bidang-bidang baru dalam pekerjaan. Merasa keberatan mencedok ilmu yang baik dan bermanfaat dengan hanya melihat siapa yang menyampaikan ilmu tersebut. Dan yang paling tidak diingini, mudah merasa cukup dengan pencapaian yang ada sekarang.

Marilah kita berazam mulai hari ini untuk memanfaatkan minda kita. Marilah kita terus segarkan minda, mekarkan ia, dan gunakan nikmat dan pemberian Allah s.w.t. ini dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah s.w.t. membantu kita di dalam usaha ini dan menganugerahkan kejayaan dan taufiknya Amin.

Oleh : MUIS Kutbah Jumaat (23.05.08)

Baca Selanjutnya...

Islam tak dapat diukur berdasarkan tingkah laku ummah

S
oalan: Negara umat Islam, khususnya di Timur Tengah, yang dihuni ramai bijak pandai Islam khasnya ulama-ulama besar, masih menerima pakai undang-undang dan peraturan manusia yang diistilahkan 'man made law' seolah-olahnya wajar berbuat demikian dan tidak bercanggah dengan Islam. Mengapa di Malaysia tidak boleh mengikut sedemikian? Mengapa perlu kepada undang-undang Islam? - MOHAMAD KHALID, Bukit Beruntung

Jawapan: Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan.
Jika Islam hendak diukar dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu.
Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.
Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar.
Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.
Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.
Perlu kita fahami bahawa, negara umat Islam suatu ketika dahulu, semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Madinah.
Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.
Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka tertubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa ur-Raashidin, Daulah Umaiyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.
Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam.
Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.
Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia diterima pakai.
Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.
Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat.
Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.
Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal.
Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.
Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mengembalikan perundangan Islam asal.
Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.
Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.
Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikehendaki Allah SWT.
Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya): "Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran."
Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah.
Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a'lam. - lanh
Oleh
Dato' Dr. Harun din

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14493&Itemid=91

Baca Selanjutnya...

Al-Rahman Siri IV

Al-Rahman Siri IV
T
afsir Al-Quran Surah Al-Rahman Ayat 29-38
Oleh :
YAB Tuan Guru Dato' Hj.Nik Abd.Aziz Nik Mat


29 يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
30 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
31 سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
32 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


33 يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
34 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
35 يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
36 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
37 فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
38 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?

YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Bin Nik Mat


Baca Selanjutnya...

Ilmu Kunci Bagi Muslim Progresif

S
audaraku yang dikasihi,
Ingin saya mengajak diri saya dan anda semua untuk sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar ketaqwaan. Ketaqwaan yang berasaskan ilmu pengetahuan yang meluas serta penghayatan yang ikhlas. Sesuai dengan apa yang turun di dalam wahyu ilahi pertama:
Maksudnya: “Bacalah (wahai Rasulullah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Yang telah menciptakan manusia daripada segumpal darah” (Surah Al-`Alaq ayat 1)

Saudaraku,
Jika kita cuba mengamati ayat ini, kita akan dapati bahawa perintah Allah s.w.t. yang sulung dikaitkan dengan proses pencarian ilmu, iaitu membaca. Ini merupakan satu pengiktirafan yang besar terhadap peranan ilmu dalam membina keimanan serta memupuk ketaqwaan.

Jelas kedudukan ilmu sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Namun kita perlu bertanya apakah sebabnya?

Ketahuilah saudaraku, melalui ilmu pengetahuan, manusia mampu mengenali Allah. Hanya dengannya, manusia mampu memperolehi kebenaran, dan hanya dengannya, manusia mampu memilih jalan mencari keredhaan Allah s.w.t dan memelihara diri daripada kesesatan dan khurafat. Sepertimana firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ianya (iaitu Al-Quran) adalah benar” (Surah Fussilat ayat 53)

Saudaraku yang dikasihi sekelian,
Dengan kesedaran umat Islam terdahulu terhadap kedudukan ilmu, mereka telah mampu membina tamadun ilmu serta kemajuan teknologi di zaman mereka. Telah diabadikan di dalam lembaran sejarah bagaimana umat Islam dengan budaya ilmu mereka telah menghasilkan penemuan penting dalam bidang sains hayat dan sosial yang sangat berharga di dalam pembangunan tamadun.

Sebagai contoh, Ibnu Sina merupakan pakar kedoktoran yang terkenal sehingga hari ini melalui karyanya Qanun at-Tib ataupun ensiklopedia kedoktoran. Al-Idrisi merupakan ahli geografi pertama yang telah melakarkan peta bumi dengan teliti. Beberapa kota Islam juga dikenali sebagai pusat ilmu dunia ketika itu seperti Andalus. Baghdad pula dikenali dengan perpustakaan Baitul Hikmah yang mempunyai kumpulan buku yang amat banyak di dalam pelbagai bidang ilmu.

Lihatlah saudara sekalian,
Bagaimana masyarakat awal Islam, bukan sahaja menguasai ilmu agama, tetapi juga ilmu-ilmu lain yang membawa sumbangan besar kepada masyarakat setempat dan dunia. Ini sesuai dengan hadith Baginda s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak membawa manfaat kepada manusia lain.”
(Riwayat Imam al-Baihaqi)

Sebagai contoh, seorang pengurus jururawat yang telah mendapat latihan ortopedik di Jepun, telah membentuk idea untuk sebuah alat bantuan berjalan yang melengkapi keperluan pesakit yang baru dibedah. Melalui ilmu yang diraih, beliau telah dapat memberi sumbangan dalam mencipta alat bantuan berjalan tersebut yang didapati dapat mempercepat penyembuhan pesakit, mengurangkan kos rawatan mereka, dan pada masa yang sama, banyak katil dapat dikosongkan lebih awal untuk pesakit yang lain.

Begitulah hendaknya kita sebagai umat Islam Singapura di dalam memperkukuhkan Identiti Muslim Singapura kita. Di dalam usaha menjadi Muslim yang baik, ternyata kita mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan umat manusia secara amnya.

Saudaraku,
Selain daripada menjadi asas tamadun serta membantu kita mengenali Allah s.w.t, ilmu juga akan memelihara kita daripada kesesatan dengan membantu kita untuk menilai yang hak dari yang batil, yang betul dari yang salah.

Lebih-lebih lagi dalam kehidupan masa kini, di mana dengan kemajuan internet, saluran maklumat menjadi tidak terbatas. Apa jua maklumat, baik yang betul ataupun menyeleweng daripada kebenaran, boleh didapati dengan hanya menekan butang komputer. Semua lapisan umur, baik yang kecil ataupun yang tua, terdedah kepada pelbagai jenis maklumat, yang mungkin tidak mempunyai asas kebenaran ataupun yang bertujuan untuk menimbulkan keresahan dan kemarahan.

Soalannya, di dalam suasana ini, bagaimanakah dapat kita bina daya tahan di dalam diri, keluarga serta masyarakat? Ternyata, ilmulah menjadi perisai yang membenteng kita daripada mudah menerima sesuatu ajaran ataupun maklumat tanpa membuat penilaian yang menyeluruh.

Ini adalah kerana seorang yang berilmu akan dapat mengawal emosinya serta akan membuat penilaian yang menyeluruh sebelum menerima sesuatu maklumat ataupun informasi. Seorang yang berilmu tidak akan hanya bertindak berdasarkan sangkaan semata. Itulah pesanan Allah s.w.t. kepada umat manusia.

Maksudnya: “Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali prasangka sahaja. Sesungguhnya prasangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.”
(Surah Yunus ayat 36)

Begitulah orang yang berilmu, tidak akan mudah menuruti hawa nafsu dan emosi, tidak akan mudah tunduk kepada sesuatu yang bersandarkan sangkaan semata. Beliau tidak akan mudah menghukumkan sesuatu ataupun seseorang tanpa bukti yang kukuh. Seorang yang berilmu tidak akan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu mana-mana pihak tanpa memikirkan akibat perbuatannya. Prinsip ini jugalah yang diperlukan oleh seorang mukmin di dalam menghadapai cabaran kehidupan hari ini. Begitulah panduan Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:
Maksudnya: "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar ayat 9)

Saudaraku,
Marilah sama-sama kita budayakan semangat belajar dan mencari ilmu sepanjang hayat di dalam keluarga dan masyarakat. Janganlah mudah berasa puas hati dengan apa yang sudah kita perolehi. Kerana ini hanya membawa kepada kancah kelalaian dan kemunduran. Sesuai dengan kata-kata hikmah: “Timbalah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.”

Marilah saudaraku, tingkatkan dan perkayakanlah diri dan keluarga kita dengan ilmu agama, sains moden serta pengetahuan am. Dengan pengetahuan yang menyeluruh, masyarakat kita akan mampu membangunkan daya tahan dan menjadi masyarakat yang membawa manfaat dan sumbangan kepada persekitarannya.

Semoga dengan budaya ilmu yang rancak dan pemikiran yang terpandu, masyarakat Islam Singapura akan benar-benar menghayati keimanan dan mencapai ketaqwaan sebenar, di samping menjadi inspirasi dan contoh kepada yang lain. Amin ya Rabbal `alamin.

Baca Selanjutnya...

Tujuan Syariat Di Dalam Mengatur Hubungan Sesama Manusia

M
arilah kita berusaha mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar ketaqwaan. Laksanakan dengan bersungguh-sungguh segala perintah Allah. Berusahalah sedaya upaya menjauhi segala laranganNya.
Pohonlah keampunan Allah di atas segala kesilapan dan dosa. Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah adalah yang paling bertaqwa kepadaNya.


Saudaraku,
Marilah kita fikirkan dan hayati firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang berbunyi:

Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (yakni Allah s.w.t.) telah menciptakan kamu dari lelaki dan wanita, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum, agar kamu dapat saling kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. di kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Meliputi segala pengetahuanNya.”

Inilah di antara ciri keistimewaan risalah Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Risalah Islam akur dengan perbezaan yang wujud di kalangan manusia. Namun, Islam juga meletakkan panduan jelas bagi manusia di dalam menjalin hubungan yang baik lagi berjaya. Contohnya, pada ayat yang baru kita dengar bersama, Allah s.w.t. menyeru kepada langkah pertama di dalam berbaik-baik sesama manusia, iaitu kenal-mengenali di antara satu sama lain.

Perhubungan yang baik di antara diri kita dengan orang lain mencerminkan kemurnian iman kita. Ia merupakan sebahagian identiti Islam kita. Oleh itu, Islam sangat menekankan aspek akhlak dan etika moral di dalam kehidupan Muslim, dan menjadikan akhlak yang baik sebahagian dari keimanan seseorang. Akhlak yang baik akan membantu kita hidup dengan berjaya di tengah-tengah kepelbagaian umat manusia. Contohnya, pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya:
Yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersikap lemah lembut. Sesungguhnya, tidaklah sikap lemah lembut itu ada pada sesuatu kecuali ia menghiasi perkara tersebut, dan tidaklah pula ia lepas dari sesuatu kecuali ia menjadi kotor.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Saudaraku,
Kerana begitu pentingnya hubungan baik sesama manusia ini, maka Islam meletakkan beberapa tujuan Syariat yang menjadi dasar panduan bagi kita sekalian. InshaAllah, pada minggu ini, kita akan bincangkan dua tujuan tersebut. Marilah sama-sama kita memerhatikannya dan cuba menerapkannya dalam kehidupan keagamaan kita.

Tujuan Pertama: Syariat Islam bertujuan membentuk institusi umat yang kukuh lagi bersatu. Maka umat Islam harus bijak melihat perkara-perkara yang mengukuhkan bagi kesatuan ini, seperti kesatuan pada aqidah dan keimanan, dasar-dasar dan prinsip-prinsip syariat, serta nilai-nilai murni Islam.

Pada masa yang sama, kita harus bijak pula menerima kepelbagaian dan perbezaan pendapat, yang pasti akan timbul dalam perkara-perkara cabang di dalam agama. Perbezaan isu cabang sedemikian termasuk di dalam urusan ijtihad yang tidak lari dari garispandu dasar ajaran Islam.

Setiap perkara yang memang terdapat padanya perbezaan pendapat, harus diterima oleh setiap Muslim dengan hati yang terbuka, dan seharusnya dibincangkan dengan hormat dan penuh dengan kebijaksanaan. Maka tidak seharusnya pendirian kita adalah menyalahkan orang dan memecah-belahkan masyarakat, tetapi sebaliknya, sentiasa berusaha untuk kesatuan umat, dengan cara berbincang dengan penuh hikmah dan memberi penjelasan yang adil lagi membantu.

Lihatlah contoh para ulama Islam di dalam perjuangan mereka menyatukan umat walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan mereka. Khalifah Sayyidina Umar ibn Abd Aziz r.a. pernah menyatakan “Saya tidak pernah bercita-cita agar para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak berselisih pendapat. Perselisihan mereka sebenarnya adalah rahmat.”

Saudaraku yang dikasihi sekalian,
Tujuan Kedua Syariat Islam adalah menegakkan keadilan pada setiap peringkat. Keadilan di dalam Islam bermula dengan keadilan insan terhadap Tuhannya, kemudian terhadap dirinya sendiri dan keluarganya. Maka kita perlu bertanya, adakah kita berlaku adil dengan Allah s.w.t.? Ini bermakna adakah kita menunaikan tanggungjawab yang Allah tetapkan bagi kita dengan sebaik-baiknya, atau kita bersikap cuai dan sambil lewa? Adakah kita berlaku adil dengan diri kita sendiri, dengan menjaga diri dengan baik berdasarkan panduan-panduan agama? Contohnya, adakah kita masih lagi meneruskan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri, samada dari segi jasmani, atau rohani?

Keadilan sangat penting di dalam Islam. Oleh itu, ia bermula dengan diri kita sendiri. Sekiranya kita tidak berlaku adil kepada diri sendiri, apakah kita mungkin dapat berlaku adil kepada orang lain? Saya pasti jawapannya tidak. Sedangkan Allah s.w.t. menyuruh kita untuk sentiasa berlaku adil pada setiap masa, walaupun terhadap mereka yang tidak kita senangi. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Maidah ayat 8)

Bahkan, Islam menganjurkan hubungan baik di kalangan umat manusia dengan menyuruh kita berlaku adil dan berbuat baik kepada mereka yang menjamin hak asasi bagi manusia. Ini jelas dari firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8 yang berbunyi:
Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agam dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”
Oleh itu saudaraku,
Marilah kita memahami dengan baik tujuan-tujuan syariat ini; iaitu membentuk institusi umat yang kukuh kesatuannya, dan berlaku adil di dalam kehidupan. Pertingkatkan usaha kita untuk menerapkannya di dalam kehidupan keagamaan kita. InshaAllah, sekiranya kita mampu mengukuhkan lagi kesatuan umat dan bijak menangani perbezaan, serta sentiasa berlaku adil pada setiap masa dan keadaan, kita akan berjaya menjalani kehidupan keagamaan yang cemerlang yang akan membawa kejayaan di dunia dan di akhirat . Amin.

Baca Selanjutnya...

Kuliah Maghrib Aqidah Islamiyyah

B
eriman Kepada Hari Akhirat

oleh :
YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz

Siri 1 : Tanda Besar Qiamat
Siri 2 : Dajjal
Siri 3 : Nikmat & Azab Kubur
Siri 4 : Kunjungan Munkar & Nakir
Siri 5 : Beberapa Perkara Penting
Siri 6 : Roh & Jasad (Siri Akhir)



Video 1



Video 2



Video 3


Video 4


Video 5



Video 6


YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat

Baca Selanjutnya...

Al-Rahman Siri II

Al-Rahman Siri II


T
afsir Al-Quran Surah Al-Rahman Ayat 10-21

10 وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.
11 فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
12 وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
13 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

14 خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ

Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
15 وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ

Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
16 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
17 رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ

(Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
18 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
19 مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
20 بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
21 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Kuliyyah Tafsir
YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat

Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year