Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan



MUHAMMAD ATIF NAQIUDDIN

ANAK SULUNG WAKJEMBAL

AKAN MEDUDUKI


PEPERIKSAAN UPSR 2009

INSYAALLAH KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIKNYA

AMIIN!

Baca Selanjutnya...

Muhasabah: Islam untuk semua

I
slam untuk semua adalah ungkapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapannya mengimbas kembali kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Beliau menjelaskan bahawa orang Cina terlebih dahulu kenal dengan agama Islam kerana agama Islam telah datang ke negara China lebih awal sebelum datang ke Tanah Melayu.
Iklan

Beliau juga menekankan bahawa agama Islam ini adalah untuk semua golongan dan kaum tanpa batasan sama ada kaum Melayu, Cina mahupun India. Ia adalah ucapan dalam satu majlis meraikan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS pada Muktamar ke-55 awal Jun lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Setiap ahli PAS perlu melihat ucapan Tuan Guru itu sebagai positif, kerana dewasa ini golongan bukan Islam sudah menampakkan minat dan kecenderungan kepada Islam sebagai satu agama yang benar-benar menjanjikan keadilan sejagat tanpa mengira batasan kaum, keturunan atau pegangan agama.

Dan memang menjadi tugas setiap ahli PAS khususnya, menjalankan kerja-kerja dakwah untuk memahamkan semua pihak dalam negara ini agar dapat menerima Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Usaha ke arah memecah tradisi bahawa Islam adalah agama orang Melayu perlu dilipat-gandakan dengan bersungguh-sungguh, kerana inilah kesempatan yang terbaik apabila golongan bukan Islam sudah mula menerima ceramah-ceramah, malah turut menadah tangan untuk berdoa agar Allah menurunkan keselamatan.

Apa yang perlu difahamkan kepada golongan bukan Islam terlebih dahulu, bahawa Islam bukanlah agama untuk orang-orang Arab walaupun al-Quran atau hadis baginda Rasulullah dalam bahasa itu.

Islam juga bukan juga untuk orang Melayu, kerana Islam milik Allah dan Dia yang mencipta semua jenis bangsa manusia dan undang-undang yang sesuai dengan mereka.

Ahli PAS di semua peringkat adalah disaran supaya memelihara beberapa pendekatan dan asas perpincangan agar tidak mengguris mana-mana pihak. Ia perlu dilakukan dengan penuh hikmah iaitu bercakap mengikut tahap kefahaman golongan sasaran, nasihat yang baik yang menjadikan pendengar suka dan mengikutinya dengan baik serta perbahasan yang diselaputi dengan penghujahan yang konkrit dan padat.

Di samping itu juga perlu memelihara faktor-faktor berikut:

1. Membezakan Islam dan orang Islam (Muslimun) Memperkenalkan Islam kepada bukan Islam iaitu ia adalah agama Allah yang tidak menerima sebarang perubahan atau pindaan hingga berlakunya Kiamat. Adapun orang Islam tidak begitu, kerana mereka adalah manusia yang terdedah kepada sebarang perubahan, sekejap baik, sekejap jahat begitulah seterusnya, ada yang kuat berpegang dengan ajaran agama dan sebaliknya terdapat mereka yang longgar ikatan dan hubungan kepada Allah SWT.

2. Perlu banyak membaca bahan-bahan ilmiah dalam konteks dakwah

Ahli-ahli PAS yang terlibat dalam kerja-keraja dakwah, adalah diingatkan agar banyak membaca, mentelaah, meneliti bahan-bahan yang ada kaitan dengan aspek dakwah, iaitu memperkenalkan kepada golongan sasaran bahan-bahan asli tentang Islam, jauh daripada sebarang sifat tahayul, khurafat, bidah keterlaluan kerana akan memberi gambaran yang tidak baik dan akan mencetuskan impak yang besar kepada para petugas.

Perlu banyak baca bahan-bahan bacaan seperti 'Dasar-dasar Ilmu Dakwah' oleh Dr Abdul Karim Zaidan, 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?' oleh Dr Fathi Yakan, hasil tulisan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Dr Abdullah Nasih Ulwan, Syeikh Muhammad al-Ghazali, karya-karya Tuan-tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, koleksi perdebatan antara Syeikh Ahmad Deedat dan para paderi Barat dan banyak lagi yang ada kaitan dengan aspek dakwah.

3. Perlu contohkan suri teladan yang baik hingga boleh menjadi ikon dalam dakwah

Apa yang dakwah untuk direalisasikan dalam kerja-kerja dakwah, iaitu cakap serupa bikin, dengan mengenengahkan suri teladan, budi bahasa, aspek akhlak yang jitu. Ia bukan sahaja diperlukan ketika bersama golongan sasaran, malah ia jadi amalan harian ketika berseorangan ataupun bersama orang lain, tidak merokok yang boleh memberikan gambaran buruk dan kesan kepada Islam, seolah-olah Islam membenarkan pembaziran. Justeru, apa yang perlu dilakukan ialah setiap tindakan yang positif terbit dari para pendakwah, ialah menjadi ikon kepada golongan sasaran yang mesti dimenanginya.

4. Bersikap menghormati dan memudahkan orang bukan Islam dalam urusan agama

Suka memaafkan golongan sasaran, menghormati mereka bukan hingga peringkat menyanjung secara keterlaluan, kerana ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya yang bermaksud: "Mudahkan urusan mereka dan jangan sekali-kali kamu sulitkannya, berilah berita gembira kepada mereka dan jangan lakukan sesuatu hingga menyebabkan mereka lari daripada kamu."

5. Saling bantu membantu sesama manusia

Iaitu kesanggupan ahli untuk bersedia memberi sebarang bantuan, ia bukan sekadar retorik dengan lidah yang tidak bertulang, akan tetapi dengan gerak kerja hingga ke peringkat mereka merasakan bahawa Islam tidak pernah melarang hubungan Muslim dengan 'non-Muslim', malah menjadi intim atas sebab-sebab kemanusiaan.

Inilah tindakan positif bagi merealisasikan sebaik-baik umat yang difirmankan Allah menerusi ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka, orang-orang yang fasik."

Ia juga tidak bercanggah dengan Ayat 2 Surah al-Maidah yang bermaksud: "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." Iaitu tolong menolong pada perkara yang baik selagi tidak menyalahi akidah dan iman seseorang Muslim kepada Allah SWT.

Moga-moga apa yang diketengahkan dapat menjadi panduan yang efektif, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hubungan antara Islam dan bukan Islam, bukannya diasaskan atas dasar politik sempit semata-mata, malah dilakukan atas dasar iman dan takwa kepada Allah SWT yang mahukan agar semua manusia di muka bumi ini menjadi Islam iaitu berserah diri hanya kepada-Nya dalam suasana harmoni dan semangat setiakawan. - lanh

Baca Selanjutnya...

Keunikan budaya politik Pakatan Rakyat

S
etelah lebih 50 tahun Umno memimpin negara melalui gabungan Perikatan dan Barisan Nasional, maka amalan politik mereka sudah sebegitu sebati dengan rakyat negara ini hinggakan apa sebenarnya patut dilakukan oleh seseorang wakil rakyat umpamanya, sudah dilupakan dan terlindung.
Iklan

Maka apabila cara berpolitik Pakatan Rakyat membawa pendekatan berbeza, tetapi itulah ia kaedah sewajar, maka ia dipandang pelik hinggakan para penyokong dan ahli Pakatan Rakyat juga keliru. Maka tidak hairanlah ada kalangan Pakatan Rakyat yang trerbawa-bawa dengan cara Barisan Nasional, sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Pada asasnya Pakatan Rakyat membawa politik saksama, adil dan cergas. Berbanding budaya politik BN yang berbentuk dominasi, tawar menawar dan sembunyikan masalah di bawah permaidani.

Berkuasa penuh

Maksudnya di sini, dalam BN, Umno adalah parti dominan dan berkuasa penuh. Sementara parti komponen ialah parti satelit yang kepentingan mereka diperoleh melalui rundingan, tawar menawar serta mungkin memiliki unsur ugut mengugut.

Sedangkan Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya dari segi idealnya bersifat pemuafakatan. Maknanya, tidak ada parti yang dominan. PAS, DAP dan KeADILan adalah semuanya setaraf. Danhubungan adalah permuafakatan tanpa campur tangan ke atas hal ehwal parti masing-masing. Namun begitu, setiap parti menghormati pendirian dan fahaman masing-masing.

Sementara itu wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat berbeza dari segi pendekatan mereka. Kalau wakil rakyat BN mewakili parti komponen masing-masing serta gabungan itu sendiri, mereka menyembunyikan pendirian mereka. Mereka menurut arahan pucuk parti dan begitulah layanan mereka kepada rakyat. Tentunya setiap individu wakil rakyat tidaklah seragam. Tetapi itulah sikap umum BN.

Tetapi tidak Pakatan Rakyat. Wakil rakyatnya lebih individualistik. Mereka mempunyai pendirian sendiri yang ada kalanya berbeza dengan pegangan parti mereka, apatah lagi Pakatan Rakyat sendiri. Mereka pula bukan mewakili parti apabila menjadi wakil rakyat tetapi lebih kepada benar-benar mewakili rakyat kawasan mereka. Maka tidak hairanlah, adamasanya mereka akan bertelagah dengan parti sendiri kerana membela rakyat setempat.

Keluar Pakatan

Maka contoh ketara tentang hal ini ialah Pengerusi DAP di Kedah. Beliau mengambil keputusan keluar daripada pakatan dan menentang kerajaan negeri pimpinan PAS. Kalau dari sudut pandangan pihak BN, ia merupa seperti perpecahan Pakatan Rakyat. Tetapi bagi Pakatan Rakyat, ia bukan perpecahan. Masing-masing bergerak menurut kepercayaan masing-masing.

Wakil DAP di Kedah itu boleh keluar tetapi ia tidak menjejaskan Pakatan Rakyat sendiri. Kerajaan negeri Kedah ialah asas dan asalnya kerajaan PAS. Ia berbeza daripada Perak. Sememangnya DAP dan PAS mempunyai pandangan berbeza. Tetapi akhirnya kerajaan negeri Kedah mesti didahulukan kerana mereka berkuasa atas mandat suara majoriti pengundi.

Kedudukan wakil rakyat yang berkhidmat itu penting. Sebab itu apabila ada wakil rakyat yang tidak boleh melaksanakan tugasnya, Pakatan Rakyat tidak ragu-ragu menukarnya dengan calon lain walaupun terpaksa melalui pilihan raya kecil. Ini kerana kepentingan rakyat adalah penting dan wajar dilaksanakan serta tidak tunggu sehingga dewan bubar kelak.

Itulah yang berlaku apabila KeADILan mempertandingkan semula kerusi Permatang Pauh dan Manek Urai. Kedua-dua parti, PAS dan DAP, yang mempunyai pendapat berbeza tidak campur tangan urusan dalaman KeADILan. Bagaimanapun, masing-masing memikul tanggungjawab yang diberikan. Seperti Ketua Menteri Pulau Pinang adalah ketua kerajaan negeri untuk semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira parti mana.

Bebas mengkritik

Sebab itu perbincangan antara Umno dan PAS, seperti antara Pergerakan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS tidak menjadi soal dalam Pakatan Rakyat. Walaupun banyak pihak dalam Pakatan Rakyat termasuk Pemuda Sosialis DAP membantah, tetapi PAS bebas melakukannya. Ini kerana bukannya DAP yang menjadi ketua pakatan. Tetapi DAP juga bebas mengkritik dan membantah.

Tidak ada sesiapa dalam Pakatan Rakyat yang menjadi ketua dan dominan. DAP dan KeADILan boleh membantah serta membawa PAS dalam rundingan. Kemudian PAS pula boleh berubah pendirian. Ia sesuatu yang dinamik. Walaupun PAS berwacana dengan Umno, itu tidak bermakna ia meninggalkan Pakatan Rakyat.

Keadaan seperti ini berbeza. Umumnya, penentuan berada di tangan Umno. Sememangnya dalam BN, Umno boleh berbuat apa saja. Tetapi parti-parti lain terpaksa akur kepadanya. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semua parti bebas melakukan apa saja dan tidak perlu terkongkong dengan mana-mana parti lain. Walaupun begitu hubungannya adalah saling hormat-menghormati.

Siapa parti dominan

Inilah ada kalanya rakyat tidak faham. Malah pendokong Pakatan Rakyat pun ada kalanya terpengaruh dengan kebiasaan pemikiran BN. Mereka mahukan satu parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Parti dominan iotu pula mesti Melayu. Maka mereka mengharapkan KeADILan sebagai parti dominan. Tetapi apabila didapati majoriti ahli KeADILan adalah bukan Melayu, maka mereka mengharapkan PAS muncul sebagai parti dominan.

Dengan pemikiran BN, mereka mahukan PAS menggantikan Umno untuk mengetuai Pakatan Rakyat. Tetapi itu tidak berlaku kerana dalam Pakatan Rakyat, semua parti adalah setaraf. Dominan atau tidak bergantung kepada kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya menurut negeri masing-masing yang berbeza.

Tetapi tidak seperti BN, pemimpin Pakatan Rakyat adalah untuk semua rakyat. Kalau kerajaan BN berusaha untuk menarik kembali sokongan rakyat supaya mereka boleh menang, kerajaan Pakatan Rakyat hanya berkhidmat untuk rakyat menurut prinsip mereka. Jika rakyat tidak puas hati, maka terpulang kepada mereka untuk menolak Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang. _

Baca Selanjutnya...

Berani kerana benar, takut kerana salah - Tok Guru


S
UNGAI DURIAN, 6 Julai - Tindakan Umno-BN yang enggan menyahut tawaran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan mengenai isu tuduhan bahawa parti itu sesat membuktikan bahawa mereka takut dan mengetahui hakikat kesilapan perjuangan mereka.

Dalam satu Himpunan khas bersama petugas-petugas Unit Peti Undi dan pembantu di Markaz PAS Sungai Durian semalam, beliau menegaskan bahawa Umno menyedari bahawa keaiban mereka akan terdedah jika debat tersebut diadakan.

"Umno tidak berani berdebat apabila dikatakan sesat kerana mereka tahu parti mereka salah," ujarnya kepada kira-kira 500 petugas yang hadir.

Malah ujarnya, sekiranya Umno mengakui bahawa mereka benar-benar membawa Islam sebagai agenda perjuangan, Umno tidak mempunyai sebab untuk bergaduh dengan PAS.

"Kalau Umno itu Islam, kenapa dia hendak berbalah dengan PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan," tegasnya.

Menteri Besar Kelantan itu turut menyatakan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika sekiranya persoalan politik dibincangkan di dalam masjid.

"Saya bersetuju sekiranya isu parti tidak dibenarkan dibincangkan di dalam masjid.

"Tetapi isu politik juga dilarang disebutkan di masjid, saya tidak bersetuju sama sekali kerana politik itu adalah sebahagian daripada Islam," tegasnya lagi.

Tuan Guru turut menyelar Umno yang marah apabila dituduh sebagai komunis dan parti sesat.

"Dia marah sebab saya menyamakan mereka dengan komunis, tetapi kita kena ingat bila seseorang membuat persamaan sedemikian tidak bermakna ianya betul-betul seratus peratus serupa.

"Tidak perlu ada semua ciri tetapi sebahagian pun sudah cukup untuk samakan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua petugas agar berusaha untuk menyekat dakyah Umno yang dikhuatiri boleh mengeliru dan menyesatkan umat Islam di negara ini.

"Kita kena sekat ajaran Umno yang boleh menyesatkan rakyat negara ini dengan apa jua cara sekalipun, kerana ini merupakan salah satu daripada cara kita sebagai muslim untuk menjaga agama ini," katanya lagi.

Turut sama menyampaikan ucapan pada majlis yang sama, Pengarah Jentera Operasi Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Abdul Fatah Haron, Penasihat jentera, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, AJK PAS Pusat, Dato' Husam Musa, serta dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Baihaki Atiqullah.

Selain calon, Mohd Fauzi Abdullah, beberapa pimpinan utama negeri lain seperti Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, hadir memeriahkan majlis.

Baca Selanjutnya...

Najib perlu buktikan Umno tidak tolak Islam




S
EKALI lagi para pemimpin Barisan Nasional, khususnya Umno, menzahirkan percanggahan pandangan antara mereka berhubung sesuatu isu diperkatakan. Akibatnya, rakyat awam kebingungan mana satu yang harus diterima sebagai pendirian rasmi atau sikap parti pemerintah itu.
Iklan

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, pada Sabtu (27 Jun) mendesak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat meminta maaf kepada Umno kerana menyifatkan parti itu sebagai parti ajaran sesat seperti Ayah Pin dan sama dengan pengganas komunis.

Seraya menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dan keterlaluan, Ahmad turut meminta Menteri Besar Kelantan itu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataan yang dibuat itu.

Jadi penoreh getah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang kini bertukar menjadi penoreh getah dan pemotong rumput di Manek Urai, mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap Umno yang disifatkannya sama seperti komunis dan ajaran sesat kerana menolak Islam.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis di Padang Awam Laloh, dalam kawasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, 21 Jun lalu. �Umno menggesa Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada 1.3 juta ahli Umno di seluruh negara kerana menyamakan Umno dengan gelaran dan panggilan yang cukup menghiris hati orang Melayu,� kata Ahmad.

Kenyataan itu bagaimana pun tidak dikongsi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri sebaliknya menegaskan Nik Abdul Aziz tidak perlu memohon maaf kepada Umno, tetapi meminta ampun kepada Tuhan atas kenyataan mengumpamakan parti itu seperti komunis dan ajaran sesat.

"Walau pun ada kawan-kawan yang minta beliau (Nik Abdul Aziz) minta maaf kepada Umno tetapi bagi saya dia tidak payah minta maaf kepada Umno, dia kena minta ampun kepada Tuhan," kata Muhyiddin, pada hari sama.

Percanggahan ketara

Tidak dapat dipastikan kenyataan mana yang dibuat lebih awal antara dua pemimpin Umno tadi. Namun percanggahan antara mereka amat ketara.

Tidak kisahlah mereka mahu bercanggah. Itu bukan perkara pokok yang mahu dibicarakan di sini. Lagi pun, bila masa para pemimpin Umno tidak bercanggah sesama mereka? Bukankah parti itu memang terkenal dengan pertelagahan dan perbalahan?

Apalah sangat kes kenyataan bercanggah antara Timbalan Presiden dengan Ketua Penerangan Umno itu. Sekadar bertentangan kenyataan sangat kecil jika nak dibandingkan dengan aksi tumbuk-menumbuk, membaling kerusi dan tembakan pistol di mesyuarat agung parti itu.

Apa yang lebih besar dari percanggahan antara mereka, dan kemudiannya lebih menarik perhatian umum, ialah gesaan Muhyiddin agar Nik Abdul Aziz memohon ampun kepada Tuhan. Beliau menyifatkan apa yang ditegaskan pemimpin PAS itu satu tuduhan yang tertakluk kepada dosa.

Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menganggap apa yang diperkatakannya terhadap Umno itu satu kiasan.

Kiasan

"Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa dan serupa tu dari segi mana? Bila kata Mamat serupa dengan harimau, Mamat kena ada ekor, kuku dan berkaki empat ke? Sebenarnya itu adalah kiasan," ulas beliau.

Baginya, semua fahaman yang menolak Islam adalah ajaran sesat. Ia bukan hanya wujud zaman sekarang, malah sejak zaman Rasulullah s.a.w.

Katanya lagi, apabila Umno menolak Islam dan mengamalkan fahaman nasionalisme, ke mana arah tuju sebenar mereka?

Sebagai mencari kejernihan dan jawaban lebih telus serta terbuka terhadap persoalan itu, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesediaannya untuk mengadakan debat terbuka antara beliau dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya nak minta beliau (Najib) berdebat dengan saya bulat-bulat secara terbuka. Tidak secara sulit kerana perkara ini (kemelut politik antara PAS dan Umno) telah terbuka kepada umum, tak habis-habis sejak tahun 1951 (penubuhan PAS)," ujarnya, dalam kenyataan disiarkan kebanyakan akhbar, Ahad (28 Jun).

Menurut Nik Abdul Aziz, pendekatan berdebat adalah salah satu cara penyelesaian dianjurkan Islam.

Tiga penyelesaian

"Dalam Islam ada tiga cara (selesaikan pertikaian). Pertama dengan bijaksana; kedua, nasihat dan ketiga adalah berdebat," katanya lagi.

Beliau turut menekankan persoalan atau kekusutan utama yang mahu dileraikannya dari debat tersebut. Ia berkisar dan berhubungkait dengan apa yang diucapkannya di Laloh tempohari.

"Saya cuma nak tahu kepana Umno tolak Islam. Kenapa Umno lawan PAS sedangkan PAS guna (jadikan) Islam (asas perjuangan)," terang Nik Abdul Aziz.

Tidak syak lagi, penjelasan dan jawaban dari pemimpin utama Umno amat penting bagi menentukan letak duduk sebenar parti itu dengan ajaran Islam.

Apakah Umno ada kekuatan hujah dan dalil untuk membuktikan ia sebuah parti yang tidak menolak Islam sebagai dasar perjuangan? Apakah parti itu fikir rakyat buta dan pekak sehingga tidak dapat menyenaraikan kejahatan dan pencabulannya terhadap agama sendiri?

Sebaliknya, jika terbukti Umno memang menolak Islam, maka apakah satu kesalahan bagi Nik Abdul Aziz menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis? Dalam keadaan itu, apa perlu lagi baginya memohon maaf kepada Umno atau meminta ampun kepada Tuhan? Bahkan, parti itulah yang lebih wajar meminta ampun dan bertaubat.

Kini, beban membuktikan Umno tidak menolak Islam terpikul ke bahu pemimpin parti itu, terutama Najib. Mereka perlu berani buktikan bahawa kiasan Nik Abdul Aziz itu hanyalah fitnah dan tuduhan.





Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year