Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Lawatan kerja Presiden PAS ke empat negeri

Thursday, February 11, 2010

K
UALA LUMPUR, 11 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengadakan lawatan kerja ke empat buah negeri selepas sambutan Tahun Baru Cina sehingga akhir bulan ini.

Pada 20 Februari, beliau mengadakan lawatan kerja ke Johor, diikuti Melaka (21 Feb), Pahang (27 Feb) dan Selangor (28 Feb).

Pada sebelah malam 19 Februari, beliau menyampaikan ceramah di Gelang Patah bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Pengerusi PKR dan DAP negeri, Haji Annuar Salleh dan Dr Boo Cheng Hau.

Di Melaka, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang akan berceramah di Markas PAS Kawasan Masjid Tanah, Kampung Hujan Panas pada sebelah malam hari lawatan itu.

Beliau bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim dan Adun Triang, Leong Ngah Ngah akan menyampaikan ceramah di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau pada sebelah malam 26 Februari.

Pada sebelah malam 28 Februari pula, beliau akan berceramah bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan pemimpin PKR di Dun Batu Laut, Sepang.





My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year