Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

IMAN RUKUN, HAKIKAT DAN PEMBATALANNYA SIRI II

BAHAGIAN PERTAMA

RUKUN IMAN


F
irman Allah:

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (٢٨٥)

Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".285.

Surah Al-Baqarah : 285
Dan firmanNya lagi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا (١٣٦)
Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. 136.

Surah Al-Nisa’ : 136



Dalam hadis jibril yang masyhur, iaitu ketika ia datang kepada Nabi s.a.w. dalam rupa seorang Arab Badwi menanya Rasulullah s.a.w. mengenai Al-Islam, Al-Iman da Al-Ihsan, baginda bersabda mengenai Al-Iman:

أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الأخر وتؤمن بالقدر خيره وشره.

Maksudnya :

(al-Iman) ialah engkau beriman kepada Allah, para Malaikat, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan Hari Kemudian dan engkau beriman dengan qadar baiknya dan jahatanya.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Enam perkara itulah yang dikatakan rukun iman. Dan dialah yang menjadi Asas. Dengannyalah diutuskan para rasul salawatullahi alaihim dan kitab-kitab.
Keimanan seseorang tidak akan sempurna melainkan setelah ia beriman dengan semua yang disebut itu mengikut cara yang ditunjuk oleh Kitab Allah dan Sunah Rasulullah s.a.w. barangsiapa mengingkari sesuatu daripadanya sudah tentu dia terkeluar dari lingkungan Islam dan termasuklah ke dalam golongan orang-orang kafir.

Beriman Kepada Allah

Beriman kepada Allah azza wajalla ertinya beri’tikad dengan tegas bahawa Allah ialah “Rabb” yang memiliki dan mencipta segala-galanya. Dialah Tuhan yang berhak diibadatkan dengan ikhlas seperti melakukan sembahyang, puasa, doa, mengharap rahmatNya, takut kepada AzabNya, menyerah diri kepadaNya. Dan Dialah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat sempurna dan suci bersih dari segala kekurangan.
Beriman kepada Allah mengandungi tiga bahagian Tauhid, iaitu:
1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid Asma’ dan Sifat.
Makna beriman dengan ketiga-tiga bahagian Tauhid itu ialah : I’tikad Keesaan Allah Taala pada Rububiyyah, Uluhiyyah dan Sifat-sifatnya yang sempurna dan Nama-namaNya yang mulia. Seorang hamba tidak menjadi mukmin sehingga ia I’tikad bahawa Allah adalah tuannya, pembela dan pemimpin bagi segala sesuatu,bukan yang lain. Dialah Tuhan yang berhak disembah, bukannya yang lain. Dialah Tuhan yang maha sempurna pada sifatnya dan pada nam-namaNya. Tidak ada yang sempurna selain daripadaNya.
Ketiga-tiga bahagian Tauhid itu termasuk di dalam pengertian: Beriman kepada Allah.

Bahagian Pertama : Tauhid Uluhiyyah

Pengertiannya secara ringkas ialah beri’tikad dengan jazam/tegas bahawa Allah adalah “Rabb / Tuan punya” bagi segala sesuatu, tidak ada “ Rabb “ selainNya. Dan inilah keterangan selanjutnya :
Perkataan “ Rabb” di segi bahasa, ertinya “tuan milik dan pengurus” Rububiyyah Allah ke atas makhluknya bererti keesaan Allah pada penciptaan, milikan dan pentadbiran hidup makhluk.
Tauhid Rububiyyah merupakan pengakuan bahawa Allah taala sahajalah yang mencipta, memilik, menghidup, memati, memberi manfaat, memberi mudarat, mengenankan doa ketika kesusahan hamba, berkuasa penuh terhadap mereka, mengurnia sesuatu dan menahan dari mereka, kepunyaanNyalah segala urusan makhluk dan titah perintah, firman Allah :

أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (٥٤)
Maksudnya:

Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. 54
Al-A’raf : 54

Termasuk dalam bahagian Tauhid ini juga beriman kepada Qudrat Allah. yaitu menyakini bahawa tiap-tiap suatu yang berlaku terkeluar dari qudrat dan iradat Allah. Dengan perkataan lain, Tauhid bahagian ini memberi erti : ikrar bahawa Allah adalah fa’el/pencipta mutlak bagi alam ini : dalam mengada, mentadbir, mengubah, mengurus, menambah, menguran, menghidup, memati dan lain-lain tanpa menyengutuinya oleh yang lain dalam penciptaanNya.
Mengenai Tauhid bahagian ini, al-Qur’an al-karim telah menerangkan sejelas-jelas. Boleh dikatakan tiap-tiap surah Al-Quran menyebutnya atau sekurang-kurangnya mengisyaratkan Tauhid bahagian ini.
Tauhid ini adalah asas bagi tauhid bahagian lain, kerana, kerana pencipta, pemilik dan pentadbir shajalah yang berhak ditujukan ibadat, khusyuk dan khuduk. Dan Dialah yang berhak menerima pujian, syukur, ingat, doa, harapan, takut dan lain-lain. Ibadat kesemuanya tidak sah melainkan kepada Zat yang mempunyai hak mencipta dan hak memerintah kesemuanya.
Di sudut lain pula, pencipta yang memilik dan mentadbir sahajalah yang berhak dengan sifat-sifat yang mulia dan sempurna, kerana sifat-sifat ini tiadak layak melainkan bagi Allah yang menjadi “Rabb al-alamin”, dan kerana mustahil sabitnya Rububiyyah dan milik bagi Tuhan yang tidak hidup, tidak mendengar, tidak melihat, tidak berkuasa, tidak bercakap, tidak membuat apa-apa yang ia kehendakinya dan tidak bijaksana, baik pada perkataan mahupun perbuatan.
Lantaran itu kita dapati al-Quran al-karim menyebut Tauhid bahagian ini di makam pujian, makam ibadat, tunduk dan menyerah diri dan makam penerangan sifat-sifat Allah yang maha mulia dan nama-nama-NYa yang elok.
Di makam pujian, kita selalu membacanya di setiap rakaat solat “
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢) " maksudnya : Segala puji-pujian adalah bagi Allah, Rabb/tuan punya sekalian alam. Firman Allah:

فَلِلَّهِ الْحَمْدُ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَرَبِّ الأرْضِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٣٦)
(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu Segala pujian, Tuhan Yang mentadbirkan langit, dan Tuhan Yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. 36.

Al-jathiyah : 36

Di makam penyerahan diri dan tunduk kepadanya, firman Allah :

قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (٧١)
"Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".71.

Al-An’am : 71
Di makam Tawajjuh kepada Allah dan mengikhlaskan niat kepadaNya Firman Allah :

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (١٦٢)
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 162.
Al-An’am : 162

Di makam wala’ kepada Allah bukan kepada yang lain, firman Allah :

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلا يُطْعَمُ قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ وَلا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (١٤)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah Aku mengambil (memilih) Pelindung Yang lain dari Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan ia pula Yang memberi makan dan bukan ia Yang diberi makan?" katakanlah: "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menjadi orang Yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan Dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali Engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "14.
Al-An’am : 14
Di makam doa, firman Allah :

أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (٥٤)ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (٥٥)
Maksudnya :

Iingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. 54. Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. 55.
Al-A’raf : 54-55

Di makam ibadat pula, firman Allah :

وَمَا لِيَ لا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (٢٢)
Maksudnya :

Dan (apabila ditanya: sudahkah Engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa Aku tidak menyembah Tuhan Yang menciptakan daku, dan Yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? 22.

Yaasiin : 22

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (٢١)الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٢٢)

Maksudnya :
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. 21. Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). 22.
Al-Baqarah : 21,22

Oleh itu, pencipta tujuh petala langit dan bumi dan barang yang di antaran kedua sahajalah yang hamba berhak mengangap sebagai Tuhan dan wali/kekasih untuk menyerah diri.
Di sudut lain pula, kita dapati Al-Quran Al-Karim mencantumkan Rububiyyah Allah dari segi milik dengan nama-namaNya yang elok dan sifat-sifatNya yang sempurna. Perhatilah firman Allah dalam ayat kursi :

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (٢٥٥)
Maksudnya :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya) 255.
Al-Baqarah : 255

Tuhan yang menciptakan langit dan bumi sahajalah yang hidup, tidak mati, adanya dengan sendiri, amat mengentahui, menjaga, maha tinggi dan maha besar. Dan perhatikanlah fiman Allah :

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ (١٦)
Maksudnya :

Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, 16.
Qaf : 16

Dan firmanNya lagi :
أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ (١٤)
Maksudnya

Tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya! 14.
Al-Mulk : 14

Tidak ada sebarang bantahan sama sekali tentang Tuhan yang menjadikan sekalian makhluk itu adalah Tuhan yang mengawal mereka, yang sangat halus lagi bijaksana dengan apa yang mereka kerjakan.
Adapun mereka yang mengaku bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala-segala tetapi tidak mentauhidkan pada UluhiyyahNya, yakni masih mempersyirikkan dalam beribadat dan tidak mentauhidkanNya pada Asma’/nama dan sifat-sifatNya. Masih menta’tilkan (membekukan) sifat-sifatNya atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk ataupun menta’wilkannya dengan takwilan yang salah, maka tauhid ini tidak memberi manfaat kepadanya dan tidak dapat mengeluarkan mereka dari kufur kepada iman. Allah menerangkan orang-orang musyrikin yang mengaku Allah Tuhan yang maha mencipta segala sesuatu tetapi mereka masih menjadi musyrik, kerana mereka belum mentauhidkan Allah pada UluhiyyahNya hingga mereka beribadat kepada yang lain. Dan mereka belum mentauhidkan Allah pada nama-nama dan sifat-sifatNya hingga mereka mengingkari dan tidak beriman kepadaNya.

Bersambung…

Tulisan ini di petik dari
Buku :IMAN RUKUN,HAKIKAT & PEMBATALAN
Terbitan:
Pustaka Darussalam Sdn. Bhd
Cetakan pertama 2001

Baca Selanjutnya...

IMAN RUKUN, HAKIKAT DAN PEMBATALANNYA SIRI I


P

endahuluan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
إن الحمد لله نحمده ونستعنه ونستهديه ونستغره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادى له. ونشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا.

أما بعد
Sesungguhnya punca kebinasaan itu adalah kerana menyalahi “al-Haq” dan menyimpan dari jalannya. Dan kebaikan segala urusan itu adalah bergantung pada mematuhi “al-Haq” dan beriltizam dengannya.
“al-Haq” adalah suatu dasar yang tetap. Dengan “al-Haq” inilah Allah menciptakan segala makhluk, atau berkehendak supaya segala makhluk tetap di atas dasar ini.
Segala makhluk yang berada di dalam dunia ini Allahlah yang menciptakannya tanpa disekutuinya oleh makhluk yang lain.
Tidak ada suatu makhluk di dunia ini melainkan Allah menciptakannya dengan bentuk dan rupa yang tertentu dan mengatur urusannya dengan cara pengaturan yang tertentu, kerana Allah itu adalah Tuhan yang maha Sempurna lagi maha Suci dari kesalahan. Maka kebaikan, semua kebaikan tetap terdapat pada ciptaanya dan pengaturannya. Dan tiap-tiap suatu dari makhlukNya yang menyimpang dari garisan dan pengaturannya itu akan binasa. Langit dan bumi kedua-duanya dicipta oleh Allah dengan “al-Haq”, diatur kedua-duanya itu dengan hikmah dan kemaha BijaksanaanNya.Lantaran itu langit dan bumi tidak rosak dan binasa, firman Allah:

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ (٢٢)
kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan Yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan Yang mempunyai Arasy, dari apa Yang mereka sifatkan.

Al-Anbiya’:22


Manusia adalah sejenis dari makhluk Allah. Kebaikan hidup manusia bergantung kepada sejauh manakah manusia itu mengenal “al-Haq” dan mengikutinya. Dan kebinasaan hidupnya adalah hasil dari manusia tidak mengenal “al-Haq” atau berdegil mentaati “al-Haq” sekalipun ia tidak mengetahui “al-Haq”.
Manakala Allah adalah “al-Haq” maka segala yang datang darinya adalah “al-Haq” juga urusan dan pengaturan Allah adalah “al-Haq” maka punca kebinasaan hidup manusia adalah kerana kufur atau tidak mengaku Allah sebagai pencipta, tidak mengakui perintah dan pengaturanNya, tidak mengakui “al-Haq” yang datang dariNya. Dan sebab kebaikan hidup kesemuanya adala berpunya dari keimanan dengan kebenaran yang datang dariNya. Dan sebab kebaikan hidup kesemuanya adalah berpunca dari keimanan dengan kebenaran yang datang dariNya, mematuhi kehendak dan perintahNya dalam seluruh persoalan hidup manusia.
Lantaran itu Allah berfirman:

فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشْقَى (١٢٣)وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى (١٢٤)

Maksunya:
Maka sesiapa Yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.(123)
"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".(124)

Surah Taha: 123-124


Petunjuk Allah tidak diikuti kecuali oleh orang-orang yang benar-benar beriman kepadaNya, mengingatiNya. Siapa yang tidak ingat kepada Allah sudah barang tentu ia akan menyimpang dari petunjukNya.
Manusia di dunia ini diuji dengan dua perkara ini:

1. Mengingati Allah dan mengikuti petunjuknya,

2. Atau lupa kepada Allah dan sesat.

Itu adalah dua persimpangan jalan dan tidak ada jalan yang ketiga iaitu:

 Jalan iman, hidayah dan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.

 Jalan kufur, sesat dan kecelakaan di dunia dan di akhirat.


Dengan demikian, semulia-mulia ilmu yang dipelajari oleh manusia dan yang diajarkan kepada orang lain ialah ilmu yang berhubung dengan keimanan, rukunyanya dan tuntutan-tuntutannya. Dan sebaik-baik senjata untuk menjaga dirinya dari bahaya ialah mengetahui tanda/alamat-alamat kufur, sebab-sebabnya dan dorongan-dorongannya.
Seandainya manusia mengetahui jelas kedua perkara penting itu sudah barang tentu ia akan mengetahui jalan kebahagiaan dan jalan kecelakaan, lantas ia iltizam/tetap dengan jalan kebahagiaan itu tampa menyimpang darinya, di samping ia berusaha menjauhi jalan kecelakaan.
Dalam (buku) tulisan ini kami kemukakan kepada pembaca sekadar ilmu dan “al-Haq” yang diberi kepada kami, yang berkaitan dengan al-iman dan rukunnya, juga tanda-tanda kufur, sebab-sebabnya dan dorongan-dorongannya.
Allah sahajalah yang memberi Taufiq kepada “al-Haq”. Apa yang diperkatakan jika betul dengan “al-Haq” maka itu adalah dari taufik Tuhan yang bersifat dengan "al-Haq" tetapi jika menyalahi "al-Haq"maka ia adalah dari kami sendiri dan dari syaitan.
Kami memohon kepada Allah agar mengampun kesalahan kami serta memohon kepadaNya agar ia melahirkan dari hambaNya yang salih, mereka yang berani membetul dan menerangkan yang haq.
Kami membahagikan pembahasan (buku) tulisan ini kepada dua bahagia:

Bahagian pertama : membicarakan rukun iman dan hakikatnya.

Bahagian kedua : membicarakan sebab-sebab kufur dan dorongan-dorongannya.
وصاى الله على محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا.

Dr. Muhammad Na’im Yassin


Bersambung…

Tulisan ini di petik dari
Buku :IMAN RUKUN,HAKIKAT & PEMBATALAN
Terbitan:
Pustaka Darussalam Sdn. Bhd
Cetakan pertama 2001

Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year