Friday, May 16, 2008
M
arilah kita berusaha mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar ketaqwaan. Laksanakan dengan bersungguh-sungguh segala perintah Allah. Berusahalah sedaya upaya menjauhi segala laranganNya.
Pohonlah keampunan Allah di atas segala kesilapan dan dosa. Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah adalah yang paling bertaqwa kepadaNya.
Saudaraku,
Marilah kita fikirkan dan hayati firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang berbunyi:
Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (yakni Allah s.w.t.) telah menciptakan kamu dari lelaki dan wanita, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum, agar kamu dapat saling kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. di kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Meliputi segala pengetahuanNya.”
Inilah di antara ciri keistimewaan risalah Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Risalah Islam akur dengan perbezaan yang wujud di kalangan manusia. Namun, Islam juga meletakkan panduan jelas bagi manusia di dalam menjalin hubungan yang baik lagi berjaya. Contohnya, pada ayat yang baru kita dengar bersama, Allah s.w.t. menyeru kepada langkah pertama di dalam berbaik-baik sesama manusia, iaitu kenal-mengenali di antara satu sama lain.
Perhubungan yang baik di antara diri kita dengan orang lain mencerminkan kemurnian iman kita. Ia merupakan sebahagian identiti Islam kita. Oleh itu, Islam sangat menekankan aspek akhlak dan etika moral di dalam kehidupan Muslim, dan menjadikan akhlak yang baik sebahagian dari keimanan seseorang. Akhlak yang baik akan membantu kita hidup dengan berjaya di tengah-tengah kepelbagaian umat manusia. Contohnya, pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya:
Yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersikap lemah lembut. Sesungguhnya, tidaklah sikap lemah lembut itu ada pada sesuatu kecuali ia menghiasi perkara tersebut, dan tidaklah pula ia lepas dari sesuatu kecuali ia menjadi kotor.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Saudaraku,
Kerana begitu pentingnya hubungan baik sesama manusia ini, maka Islam meletakkan beberapa tujuan Syariat yang menjadi dasar panduan bagi kita sekalian. InshaAllah, pada minggu ini, kita akan bincangkan dua tujuan tersebut. Marilah sama-sama kita memerhatikannya dan cuba menerapkannya dalam kehidupan keagamaan kita.
Tujuan Pertama: Syariat Islam bertujuan membentuk institusi umat yang kukuh lagi bersatu. Maka umat Islam harus bijak melihat perkara-perkara yang mengukuhkan bagi kesatuan ini, seperti kesatuan pada aqidah dan keimanan, dasar-dasar dan prinsip-prinsip syariat, serta nilai-nilai murni Islam.
Pada masa yang sama, kita harus bijak pula menerima kepelbagaian dan perbezaan pendapat, yang pasti akan timbul dalam perkara-perkara cabang di dalam agama. Perbezaan isu cabang sedemikian termasuk di dalam urusan ijtihad yang tidak lari dari garispandu dasar ajaran Islam.
Setiap perkara yang memang terdapat padanya perbezaan pendapat, harus diterima oleh setiap Muslim dengan hati yang terbuka, dan seharusnya dibincangkan dengan hormat dan penuh dengan kebijaksanaan. Maka tidak seharusnya pendirian kita adalah menyalahkan orang dan memecah-belahkan masyarakat, tetapi sebaliknya, sentiasa berusaha untuk kesatuan umat, dengan cara berbincang dengan penuh hikmah dan memberi penjelasan yang adil lagi membantu.
Lihatlah contoh para ulama Islam di dalam perjuangan mereka menyatukan umat walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan mereka. Khalifah Sayyidina Umar ibn Abd Aziz r.a. pernah menyatakan “Saya tidak pernah bercita-cita agar para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak berselisih pendapat. Perselisihan mereka sebenarnya adalah rahmat.”
Saudaraku yang dikasihi sekalian,
Tujuan Kedua Syariat Islam adalah menegakkan keadilan pada setiap peringkat. Keadilan di dalam Islam bermula dengan keadilan insan terhadap Tuhannya, kemudian terhadap dirinya sendiri dan keluarganya. Maka kita perlu bertanya, adakah kita berlaku adil dengan Allah s.w.t.? Ini bermakna adakah kita menunaikan tanggungjawab yang Allah tetapkan bagi kita dengan sebaik-baiknya, atau kita bersikap cuai dan sambil lewa? Adakah kita berlaku adil dengan diri kita sendiri, dengan menjaga diri dengan baik berdasarkan panduan-panduan agama? Contohnya, adakah kita masih lagi meneruskan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri, samada dari segi jasmani, atau rohani?
Keadilan sangat penting di dalam Islam. Oleh itu, ia bermula dengan diri kita sendiri. Sekiranya kita tidak berlaku adil kepada diri sendiri, apakah kita mungkin dapat berlaku adil kepada orang lain? Saya pasti jawapannya tidak. Sedangkan Allah s.w.t. menyuruh kita untuk sentiasa berlaku adil pada setiap masa, walaupun terhadap mereka yang tidak kita senangi. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Maidah ayat 8)
Bahkan, Islam menganjurkan hubungan baik di kalangan umat manusia dengan menyuruh kita berlaku adil dan berbuat baik kepada mereka yang menjamin hak asasi bagi manusia. Ini jelas dari firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8 yang berbunyi:
Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agam dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”
Oleh itu saudaraku,
Marilah kita memahami dengan baik tujuan-tujuan syariat ini; iaitu membentuk institusi umat yang kukuh kesatuannya, dan berlaku adil di dalam kehidupan. Pertingkatkan usaha kita untuk menerapkannya di dalam kehidupan keagamaan kita. InshaAllah, sekiranya kita mampu mengukuhkan lagi kesatuan umat dan bijak menangani perbezaan, serta sentiasa berlaku adil pada setiap masa dan keadaan, kita akan berjaya menjalani kehidupan keagamaan yang cemerlang yang akan membawa kejayaan di dunia dan di akhirat . Amin.