Friday, May 23, 2008
S
elain dari semangat untuk menuntut ilmu, sebagai sebuah masyarakat Islam yang maju dan progresif, kita perlu memaksimumkan potensi minda untuk terus membangun dan memberi manfaat buat manusia sejagat.
• Tidak menggunakan fungsi minda dalam lingkaran yang sempit.
• Minda perlu dilatih untuk berfikir secara positif dan berterusan.
• Mengembangkan minda dengan menuntut apa jua bentuk ilmu pengetahuan yang boleh membantu menghasilkan minda yang membina.
Kita seharusnya menggunakan minda dengan sebaik-baiknya. Kita tidak seharusnya menggunakan fungsi minda dalam lingkaran yang sempit. Contohnya, minda yang tidak berkembang selaras dengan tuntutan kemajuan kehidupan dan cabaran masakini. Hasilnya, manusia seperti hidup dalam dunia yang sempit, sekalipun mereka berada di bumi yang amat luas.
Saudaraku yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan meningkatkan kefahaman dan ilmu kita. Binalah ketaqwaan yang akan menjana semangat untuk terus mencari ilmu dan membangun daya tahan di dalam menghadapi segala keadaan dan cabaran.
Saudaraku,
Pada minggu yang lalu, kita telah didedahkan dengan nilai serta peranan ilmu di dalam kehidupan. Kita telah mengetahui bagaimana ilmu membantu kita untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Kedudukan ilmu yang tinggi ini perlu dihayati oleh masyarakat Islam dan diamalkan dengan cara terus mencari ilmu tanpa puas dan jemu. Sepertimana disebutkan di dalam satu kata-kata hikmah: “Carilah ilm dari buaian sehingga ke liang lahad”.
Semangat ini jelas diterjemahkan oleh masyarakat Islam awal. Di antara tokoh yang tiada pernah mengenal erti jemu menuntut ilmu ialah Abu Raihan Al-Biruni. Selain menjadi pakar di dalam bidang aqidah dan tauhid, beliau juga merupakan seorang saintis, ahli falsafah dan kaji bintang serta pengembara yang telah banyak menulis berkenaan masyarakat India dan ilmu-ilmu mereka ketika itu. Di dalam kehidupannya, beliau telah menghasilkan 146 karya tulisan yang merangkumi pelbagai bidang agama, sains hayat dan sains sosial.
Alhamdulillah, dewasa kini kita lihat semakin ramai daripada golongan masyarakat Islam yang ghairah meneruskan perjalanan ilmu di semua peringkat usia. Berita tentang kejayaan serta kreativiti masyarakat Islam kita di dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi semakin sering kita dengar. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam Singapura mampu terus berpegang teguh kepada agama di dalam menghadapi cabaran kehidupan moden. Inilah di antara ciri Identiti Muslim Singapura kita.
Saudaraku,
Selain dari semangat untuk menuntut ilmu, sebagai sebuah masyarakat Islam yang maju dan progresif, kita perlu memaksimumkan potensi minda untuk terus membangun dan memberi manfaat buat manusia sejagat.

Mengapa mungkin terjadi demikian, dan kadangkala kita membiarkan diri dikongkong oleh pemikiran negatif dan tidak membangun?
Cuba kita perhatikan mereka yang berjaya dalam kehidupan dan dalam lapangan yang mereka ceburi hasil daripada niat, usaha dan jihad mereka sendiri. Ini berhasil sekalipun ada di antara mereka yang tidak mempunyai wang, kekuatan fizikal sebagai modal atau berpendidikan tinggi pada peringkat awal. Modal yang ada hanyalah kekuatan minda yang dianugerahkan Allah s.w.t. sehingga menjadikan mereka manusia yang berjaya.
Contoh seorang pemuda yang menghidap penyakit distrofi otot (muscular dystrophy) dan terpaksa berkerusi roda sejak berusia 11 tahun lagi. Namun dengan minda yang positif, beliau tetap bertekad untuk menghabiskan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat walaupun mengambil masa setahun lebih lama dari yang lazim. Sikap optimis, minat yang mendalam dan juga nasihat dari doktornya menjadi pendorong kuatnya. Hasilnya, pemuda itu menerima ijazah diplomanya dan kini bergiat di Pertubuhan Distrofi Otot Singapura.
Saudaraku,
Mesej yang hendak disampaikan mimbar pada Jumaat ini ialah minda yang dianugerahkan Allah s.w.t perlu dilatih untuk berfikir secara positif dan berterusan. Ini dapat kita laksanakan jika kita giat menggunakannya di dalam segala lapangan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, sebahagian dari pengkajian agama adalah mempelajari ijtihad yang dibuat para ulama terdahulu. Ijtihad sedemikian menjadi pemangkin pembangunan tamadun umat. Namun, ijtihad sedemikian perlu diteliti juga dengan mengambil-kira perubahan dunia hari ini. Sekiranya kita gagal melakukan penilaian sedemikian, dan kita tidak yakin mencari huraian tersendiri bagi cabaran dan keadaan tersendiri bagi kita hari ini, kita mungkin sahaja boleh menyebabkan ajaran-ajaran agama menjadi sempit. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi:
Maksudnya: “Allah memberikan kemudahan bagi kamu dan Allah tidak mahukan kepayahan untuk kamu.”
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam perkara yang berkaitan:
Maksudnya: “Agama itu mudah. Tiada seseorang yang akan menyukarkan dirinya dalam hidup beragamanya melainkan dirinya sendiri yang menciptakan kesukaran.”
(Riwayat Imam Bukhari)
Saudaraku,
Islam menggalakkan kita menceburi semua bidang ilmu yang bermanfaat. Kita dituntut mendalami pelbagai bidang ilmu yang boleh membantu kedudukan kita untuk kekal relevan dan berdaya saing. Sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a:
Maksudnya: “Hikmah itu ibarat sesuatu yang tersembunyi daripada orang Mukmin. Di mana sahaja ia diperolehi, dia lebih berhak ke atasnya.” (Riwayat Imam Tarmizi)
Hadis ini menganjurkan kita berusaha mengembangkan minda dengan menuntut apa jua bentuk ilmu pengetahuan yang boleh membantu menghasilkan minda yang membina. Selanjutnya, ia boleh membantu merubah kehidupan daripada papa kepada berada, miskin kepada kaya, daripada bergantung kepada orang lain kepada berdikari dan yakin terhadap kebolehan diri sendiri.
Saudaraku,
Apabila manusia tidak menggunakan minda yang di anugerahkan Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya, ia akan menjadi mundur dalam kehidupan. Mindanya akan hanya tertumpu kepada kemahuan memenuhi hawa nafsu sahaja seperti makan, minum, mencari kesenangan dan berlumba-lumba mengejar keduniaan. Inilah yang disifatkan Allah s.w.t kehidupan orang yang tidak menyempurnakan hak akal pemikirannya.
Fiman-Nya dalam surah Al-‘Araf ayat 179:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan kebanyakan jin dan manusia untuk mengisi jahanam. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Marilah kita mengorak langkah kehadapan menggunakan minda yang waras untuk merubah diri dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
Perubahan tidak akan berlaku selagi kita mempunyai minda yang sempit dan negatif. Umpamanya, tidak berani mencuba atau menceburi bidang-bidang baru dalam pekerjaan. Merasa keberatan mencedok ilmu yang baik dan bermanfaat dengan hanya melihat siapa yang menyampaikan ilmu tersebut. Dan yang paling tidak diingini, mudah merasa cukup dengan pencapaian yang ada sekarang.
Marilah kita berazam mulai hari ini untuk memanfaatkan minda kita. Marilah kita terus segarkan minda, mekarkan ia, dan gunakan nikmat dan pemberian Allah s.w.t. ini dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah s.w.t. membantu kita di dalam usaha ini dan menganugerahkan kejayaan dan taufiknya Amin.
Oleh : MUIS Kutbah Jumaat (23.05.08)