epimpinan ulama jadi tarikan pelancong ke Kelantan
Tok Guru Di Sua Rasa Tv9 1 Mei 2009
KOTA BAHRU, 30 April (Hrkh) - Kemampuan ulama mentadbir negeri bukan lagi menjadi perkara asing di negara ini, malah di Kelantan kepimpinan ulama mampu bertahan sehingga menjangkau 20 tahun.
Ulama melaksanakan kepemimpinannya mengikut apa yang ditetapkan agama. Lebih-lebih Islam menjadi fikrah kepada kehidupan manusia.
Maka tidak hairanlah situasi kehidupan beragama lebih menyerlah di Kelantan berbanding tempat-tempat lain.
Sepanjang tempoh itu ternyata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya membawa rakyat Kelantan kembali mendaulatkan agama dalam kehidupan harian.
Maka tidak hairanlah Kelantan sering menjadi destinasi kunjungan pelbagai pihak untuk melihat dari dekat apa yang berlaku di bawah pentadbiran PAS.
Biar pun Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam pernah melarang kakitangan kerajaan negeri itu melawat Kelantan, namun rakyat tidak pernah menghiraukannya.
Dan baru-baru ini Ali menarik balik larangan tersebut setelah akur dengan desakan rakyat.
Setiap cuti hujung minggu rakyat dari negeri-negeri lain bertali arus datang ke Kelantan.
Baru-baru ini seramai 50 kakitangan ibu pejabat Telekom Malaysia mengunjungi Menteri Besar Kelantan di kediaman rasminya di JKR 10.