Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Tukar kepada Pakatan Rakyat untuk pulih ekonomi negara

D
alam sidang akhbar pada 2 September 2008, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen beliau, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, harga minyak akan diturunkan sehingga RM0.70 seliter daripada kenaikan harga mendadak seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa bulan lepas.

Anwar juga berjanji Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet baru jika kerajaan baru dibentuk 16 September ini.

Prinsip utama Bajet Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan ialah untuk mengurangkan defisit, menurunkan cukai dan melaksanakan tender terbuka.

Dalam sidang akhbar khusus mengenai bajet di ibu pejabat KeADILan di Merchant Square, Tropicana itu, Anwar dengan tegas mengatakan Abdullah dan Kerajaan Barisan Nasional melakukan kesilapan besar dalam pentadbiran negara sehingga menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk.

Ketua Umum KeADILan itu juga mengkritik dasar kronisme atas nama 'bumiputera' yang diamalkan oleh Abdullah, apabila syarikat milik anak PM iaitu Scomi mendapat laba besar dengan penganugerahan projek menguruskan perkhidmatan awam di Lembah Kelang.

Kata Anwar, sejumlah RM35 Billion yang diperuntukkan, Pakatan Rakyat berjaya mengesan, siapakah yang memperolehi keuntungan besar.

Pada pendapat kalangan penganalisis ekonomi, bajet yang dibentang Abdullah yang digambarkan sebagai bajet prihatin rakyat, tidak mempunyai insentif untuk menarik pelabur.

Malah rakyat yang dikelirukan dengan pelbagai 'gula-gula', tidak menyedari bahawa sejak Abdullah mengambil alih kuasa, perbelanjaan operasi kerajaan meningkat berlipat ganda.

Rakyat tidak mengetahui fakta yang jelas

Berbalik kepada soal harga minyak yang dinyatakan, persoalan yang timbul kepada rakyat ialah, apakah penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 seliter baru-baru ini memadai?

Apakah pembentangan Bajet 2009 boleh dianggap sebagai suatu 'hadiah' daripada hasil kecekapan BN mentadbir negara?

Pemimpin Kerajaan Barisan Nasional sering menempelak rakyat, kononnya rakyat tidak memahami tanggungan kerajaan apabila mendesak harga petrol yang dinaikkan RM0.78 sen seliter terus dikurangkan.

Malahan pemimpin BN mempertikaikan hasrat Ketua Anwar untuk mengurangkan harga petrol bukan RM0.15 sen, tetapi pengurangan sehingga RM0.70 seliter.

Apakah janji Anwar untuk mengurangkan harga minyak mustahil untuk dilakukan? Mengapa Kerajaan BN tidak boleh menurunkan harga minyak?

Persoalan ini sering bermain difikiran rakyat. Rakyat terus terhimpit dengan kegawatan ekonomi yang menjerut kehidpuan hasil daripada kenaikan harga minyak.

Hakikatnya rakyat tidak mengetahui banyak fakta yang disembunyikan kerajaan kerana akaun syarikat milik kerajaan iaitu Petronas tidak pernah dibentangkan di Parlimen.

Petronas beroperasi di dalam dan di luar negara. Tetapi rakyat hanya mengetahui perjalanannya secara umum sahaja jika dilapor media.

Di dalam negara misalnya, rakyat tidak mengetahui berapa banyak pelantar minyak dan gas yang terletak diperairan Laut China Selatan iaitu berhampiran negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Hanya secara umum diketahui beberapa buah syarikat pengeluar minyak seperti Petronas, Shell dan Exxon Mobil menjadi peneraju utama industri ini.

Di Malaysia Petronas telah diberi kontrak yang besar selaras dengan polisi kerajaan untuk mengutamakan syarikat tempatan.

Syarikat-syarikat minyak tersebut dasarnya mengikat perjanjian dengan kerajaan diatas setiap blok kawasan minyak dan keuntungan dari jualan minyak mentah dan gas akan dinikmati di antara mereka dan kerajaan Malaysia.

Dari hasil cukai ini dan pada harga minyak semasa, keuntungan mereka berlipat ganda dan akan bertambah sekiranya harga minyak dipasaran dunia meningkat.

Pendapatan lumayan hasil minyak

Pada amnya, kerajaan Malaysia memperoleh pendapatan yang sangat lumayan dari hasil petroleum, tetapi masih mengujudkan sistem yang dinamakan 'subsidi'. Kemungkinannya subsidi ini tidak wujud yang sengaja diada-adakan.

Subsidi adalah senjata atau alasan bagi kerajaan untuk merayu simpati rakyat supaya harga petrol dinaikkan.

Apakah negara seperti Singapura, Britain, Itali atau negara pengimport minyak lain mengambil langkah yang sama seperti Malaysia dengan mengujudkan sistem subsidi dalam menentukan harga minyak kepada rakyat?

Setakat ini subsidi bagi negara-negara berkenaan tidak diketahui wujud.

Bayangkan berapa banyak negara pengimport minyak tidak mengamalkan subsidi tetapi Malaysia sebagai salah satu negara pengeluar terbesar minyak di rantau ini ada 'sistem subsidi.'

Walaupun petrol di Britain berharga BP1.12 /liter, Itali - Euro 1.42 tetapi pendapatan perkapita mereka adalah 5 kali ganda berbanding Malaysia dan begitu juga Singapura, Australia dan New Zealand yang pendapatan perkapitanya 3 kali ganda.

Tapi kerajaan mengatakan minyak kita murah dan suka membandingkan harga dengan negara tersebut, walhal mereka tiada minyak pun, dan tidak pernah hendak membandingkan dengan negara pengeluar minyak seperti di negara-negara teluk yang ternyata lebih murah dari kita. Itu belum lagi dengan negara Brunei atau Venezuela.

Kalau kita gunakan kaedah 3P (Purchasing Power Parity) dengan harga minyak petrol di negara kita ini, petrol di Malaysia adalah antara yang termahal di dunia.

Menurut peta yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia - Malaysian Industrial Development Authortiy - MIDA, Malaysia mempunyai sejumlah 36 blok kawasan minyak dan 24 blok kawasan gas.

Ini bermakna setiap blok akan mempunyai pelantar untuk mengeluarkan hasil bumi tersebut.

Fakta ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar di rantau Asia Pasifik.

Persoalannya, dengan 36 pelantar minyak, apakah Malaysia hanya mengeluarkan cuma 680,000 tong sehari sebagaimana yang dinyatakan?

Berapakah pecahan jumlah pengeluaran minyak mengikut pelantar yang berkenaan?

Jika diandaikan pada sebuah pelantar minyak, Petronas mengeluarkan sebanyak 50 ribu tong sehari, bermakna pengeluaran minyak negara mencecah 1.8 juta tong sehari.

Kerajaan dan Petronas sendiri seharusnya telus dalam mengemukakan fakta ini kepada rakyat.

Ada pendapat mengatakan tindakan kerajaan mengumumkan Petronas hanya mengeluarkan 680 ribu tong sehari kerana Malaysia cuba mengelak dari termasuk di kalangan negara OPEC, di mana hasil pengeluaran akan dipantau dan terhad.

(Negara-negara anggota OPEC menghasilkan lebih dari sejuta tong minyak sehari).

Hari ini MISC (Malaysia International Shipping Corporation) adalah anak syarikat Petronas telah memiliki 24 buah kapal pengangkut gas cecair asli dan ini menjadikan ianya syarikat terbesar dunia dari jumlah kapal ini.

Ini membuktikan gas asli di negara kita sangat banyak tetapi kerajaan masih dengan alasan subsidinya untuk menaikkan harga.

Rakyat harus ketahui fakta yang jelas

Oleh itu cadangan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga kepada RM0.70 sen seliter sememangnya mempunyai asas dan wajar dilaksanakan untuk mengatasi impak inflasi.

Tambahan pula Bank Negara Malaysia sudah mengunjurkan kadar inflasi akan terus tinggi pada separuh kedua tahun 2008 dan berlanjutan hingga ke awal tahun depan 2009.

Kesan kenaikan harga bahan api akan menyebabkan peningkatan harga barangan keperluan yang semakin menjejaskan kesejahteraan kebanyakan rakyat.

Justeru antara usaha yang harus diambil untuk mengawal keadaan ini ialah, dengan membuat semakan atau review kembali kontrak dengan pengeluar minyak yang tidak menguntungkan.

Di Indonesia misalnya, syarikat pengeluar minyaknya Pertamina tidak mengambil ratio yang tinggi. Pembahagian hasil pengeluaran minyak di Acheh misalnya, Pertamina memperolehi 40 peratus, Kerajaan Indonesia diberi 20 peratus, manakala Kerajaan Wilayah Acheh diperuntukkan 20 peratus.

Kerajaan Malaysia harus menjelaskan secara telus kepada rakyat, berapakah pembahagian pulangan atau ratio daripada pengeluaran minyak yang dinikmati oleh Petronas?

Berapa pula pembahagian untuk Kerajaan Pusat dan berapa pula ratio yang diperuntukkan kepada negeri-negeri?

Rakyat harus diberitahu jumlah ini kerana minyak adalah harta negara dan hak rakyat.

Umumnya diketahui kerajaan negeri hanya menikmati royalti 5 peratus setahun, dari hasil pengeluaran minyak mereka. Di Terengganu misalnya, 5 peratus royalti minyak boleh mencecah RM1.3 ribu juta (mengikut kadar pengeluaran).

Pakatan Rakyat boleh turunkan harga minyak

Diandaikan jika Anwar Ibrahim menjanjikan royalti sebesar 20 peratus setahun, bermakna Kerajaan Negeri Terengganu akan memperolehi RM5.2 ribu juta setahun berbanding dengan kutipan hasil negeri di sekitar RM200 juta setahun.

Ini belum lagi peruntukan untuk Sabah dan Sarawak. Sudah tentu dengan pertambahan kadar royalti ini, ia akan membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih besar kepada negeri dan negara.

Dengan pengurusan ekonomi dari hasil minyak yang lemah, Kerajaan BN sebagai pentadbir di peringkat Persekutuan, juga dilihat gagal mengagihkan kekayaan negara kepada negeri-negeri lain.

Pakatan Rakyat boleh membawa kemakmuran kepada ekonomi negara. Antaranya dalam pengurusan minyak misalnya, ia perlu menyemak semula pembahagian kadar ratio yang diamalkan sekarang.

Selain memberikan 20 peratus kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak, sumber negara boleh diagihkan kepada negeri-negeri lain dalam bentuk peruntukan, projek atau pembangunan.

Langkah pengstrukturan semula pembahagian ekonomi hasil daripada minyak dan gas sebenarnya, boleh membantu rakyat memperbaiki kehidupan, sekaligus mengekang inflasi yang lebih teruk.

Perbincangan mengenai salah urus ekonomi negara hanya dibangkitkan dalam konteks ini sahaja. Ia belum lagi menyentuh soal bagaimana Kerajaan BN membelanjakan wang minyak dan bagaimana Petronas, sebagai sebuah syarikat milik kerajaan berbelanja hasil wang negara.

Hakikatnya sudah sampai masanya audit kewangan Petronas, bagaimana ia membelanjakan wang rakyat, kepada syarikat mana projek-projek Petronas diagihkan-agihkan dikemukakan secara terbuka dan telus.

Jika tidak ada sebarang bentuk penyelewengan, tidak ada yang hendak disembunyikan, kerajaan tidak perlu takut untuk mengemukakannya kepada rakyat supaya rakyat mendapat gambaran yang betul.

Apabila khazanah negara ini dapat diuruskan dengan betul, maka tidak ada pilihan bagi rakyat, selain untuk beralih kepada Pakatan Rakyat!

(Sebahagian utama teks artikel ini disiarkan di atas tajuk 'Petronas sembunyi fakta pengeluaran minyak?' dalam Harakah cetak bilangan 1372 yang kini berada di pasaran) - Editor Atikal Asal

Baca Selanjutnya...

Nik Aziz yakin kerajaan baru bakal ganti BN


Salmah Mat Husain
Wed Sep 03, 08 6:15:39 pm MYT
K
OTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara sejak lebih 50 tahun akan diganti kerajaan baru. Iklan

� Menurutnya, perubahan itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah.

"Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam.

"Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, hari ini. ��


Isu 16 September ternyata menjadi hambatan besar kepada pemimpin-pemimpin Umno dan BN sehingga mereka mengangggap sebagai gimik politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Malah mengikut laporan terbaru 43 anggota parlimen BN sudah menyatakan komitmen akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam misi menubuh kerajaan baru di Putrajaya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, bagi mengelakkan masyarakat sentiasa memperbesarkan isu perkauman beliau berhasrat menunaikan solat di masjid pelbagai budaya di Rantau Panjang sempena Ramadan ini yang diimamkan Cina Muslim.

"Dalam bulan ini saya bercadang menunaikan solat di Masjid Pelbagai Budaya yang mana imamnya orang Cina Muslim. Saya mahu menjadi makmum di belakangnya," ujarnya.

Beliau berkata, perkara itu dilakukan bertujuan meredakan semangat perkauman yang tidak berkesudahan dalam masyarakat sehingga sekarang.

Sedangkan katanya umat Islam mempunyai gurunya iaitu Nabi Muhammad saw, namun mereka lebih berbangga dengan fahaman yang dibawa bangsa lain.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Islam sejak awal lagi Islam tidak memberi ruang kepada isu perkauman kerana Islam mahu merapatkan hubungan sesama bangsa.

"Saya sentiasa sebut, kalau Allah yang buat rupa paras manusia termasuk Cina atau Melayu sama sahaja sudah tentu tidak akan mengenali antara satu sama lain," ujarnya.

Beliau berkata, sebenarnya masalah perkauman berpunca akibat penjajahan Eropah yang berlaku sejak beratus tahun lalu.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan pihak berwajib mengenakan tindakan yang berat terhadap peniaga mercun bagi mengelak berulangnya kecederaan yang menimpa kanak-kanak.

Katanya, masalah itu berpanjangan sejak sekian lama dan tidak pernah selesai kerana tiada tindakan tegas kerajaan bagi menanganinya.

Beliau diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak dari Rantau Panjang yang cedera akibat bermain mercun malam tadi.

Kanak-kanak berkenaan difahamkan merupakan mangsa mercun pertama di Kelantan. - mj Atikal Asal

Baca Selanjutnya...

Jadikan al-Quran dekat di mata, lekat di hati

A
llah berfirman, Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Kehebatan al-Quran yang mengandungi 6,236 ayat sebagai petunjuk kepada manusia bukanlah rahsia. Namun, masih ramai yang tidak mahu menjadikannya sebagai panduan hidup.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, ABD. RAHMAN SALLEH menemu bual pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-hafiz untuk mengupas isu ini.

MEGA: Mengapakah manusia perlukan al-Quran sebagai panduan dalam hidup?

ABDULLAH: Allah sebagai pencipta makhluk termasuk manusia sudah tentu arif dan amat mengetahui apakah keperluan manusia. Sebab itu kita perlu menjadikan al-Quran sebagai manual kehidupan. Manusia yang semata-mata bergantung kepada logik akal tidak semestinya akan betul.

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Tafsir Al-Munir, hidayah atau petunjuk Allah ada lima tingkatan. Inilah yang selalu kita baca dalam al-fatihah iaitu ihdinas siratal mustaqim (tunjukilah kami jalan yang lurus).

Pertama, adalah petunjuk naluri yang sama-sama dimiliki oleh manusia dan juga haiwan. Contohnya, apabila lapar, bayi akan menangis.

Kedua, petunjuk perasaan. Contohnya, bayi atau kanak-kanak apabila dimarah mereka akan berkecil hati.

Ketiga, petunjuk akal fikiran. Tetapi ia tidak semestinya betul kerana akal kita tidak dapat menjangkau perkara yang ghaib.

Keempat, petunjuk agama sebagai panduan dengan al-Quran sebagai kitab yang mengandungi petunjuk, cahaya dan hidayah.

Kelima, taufik iaitu supaya kita sentiasa konsisten berada di dalam petunjuk Allah. Dengan taufik ini, graf iman kita akan bertambah dari hari ke hari. Untuk mencapai tahap ini memerlukan kepada ilmu dan penghayatan terutama ilmu bersumberkan al-Quran dan sunah.

Akal manusia ada hadnya di mana kita tidak mampu melihat kenikmatan syurga atau pun azab neraka Allah. Demikian juga aliran elektrik di dalam wayar. Kita tidak dapat melihatnya tetapi ia ada. Sebab itu, tidak mesti benda yang tidak nampak oleh mata kasar itu tidak ada.

Apakah ayat-ayat yang boleh diperluaskan kegunaannya dalam berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam?

ABDULLAH: Allah adalah tuhan dan pencipta sekelian alam termasuklah pencipta kepada mereka yang bukan Islam. Cuma bezanya ialah dari segi akidah. Orang Islam berpegang kepada tauhid rububiyah dan uluhiyah.

Rububiyah bermaksud semua makhluk ini ada pencipta dan pemelihara-Nya. Ini mempunyai persamaan dengan agama lain yang juga percaya semua makhluk itu ada penciptanya.

Yang membezakan kita dengan bukan Islam ialah tauhid uluhiyah iaitu sifat Allah yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintah-Nya, ditumpui, dipohonkan mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka.

Dalam berdakwah tidak semestinya kita hanya mengambil ayat-ayat berkaitan akidah. Sebabnya masih banyak lagi ayat Allah yang berkaitan aspek kehidupan dan sosial yang mampu menjangkau sempadan agama.

Antaranya, ayat yang menerangkan interaksi antara pelbagai kaum sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Hujurat: 13.

Dalam bab menjaga alam sekitar pula, kita boleh merujuk kepada surah ar-Rum: 41 yang membicarakan berlakunya pelbagai kerosakan di muka bumi akibat perbuatan manusia. Malangnya, dalam bab menjaga alam sekitar ini adakalanya orang bukan Islam lebih peka berbanding umat Islam.

Dalam bab sembahan orang bukan Islam misalnya, kita juga dilarang mencerca tuhan mereka atau menimbulkan provokasi akidah kepada agama mereka sebagaimana dijelaskan dalam surah al-An’aam: 108.

Untuk mengelak kemalangan jalan raya pula, kita boleh menggunakan surah an-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud, Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu. Ayat ini beserta maksudnya boleh ditampal di tepi lebuh raya untuk memberi peringatan supaya memandu secara berhemah.

Ayat-ayat al-Quran digantung di rumah dan kedai bukanlah senario luar biasa di negara kita. Namun, apakah signifikan perbuatan ini kepada umat Islam?

ABDULLAH: Ayat-ayat Allah yang digantung sebagai perhiasan semata-mata tidak akan membawa apa-apa erti jika ia tidak diamalkan dalam kehidupan.

Bagaimanapun, ramai yang salah faham tentang ayat al-Quran dan menggunakannya bagi tujuan materialistik. Sehinggakan sesetengah ayat itu mempunyai nama tertentu.

Contohnya, ayat untuk melepasi sekatan kastam iaitu surah Yasin ayat 9; ayat pengasih (Ali-Imran: 14 & 31); ayat sakit mata (Yusuf: 93 & Qaf: 22); mengubat sakit jantung (Yunus: 57); sakit kepala (al-Waaqiah: 19) dan sakit tulang (Yasin: 78 & 79).

Hal ini berlaku mungkin kerana salah tafsiran maksud perkataan syifa’ dalam surah al-Israk: 82 yang difahami sebagai penyembuh penyakit. Menurut Imam Ibnu Kathir, maksud syifa’ di sini ialah menghilang atau mengubati penyakit hati seperti ragu tentang kewujudan Allah, sifat munafik, syirik atau terpesong daripada kebenaran.

Jadi, adakah salah kita menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam kaedah perubatan?

ABDULLAH: Tidak salah kita berubat dengan ayat-ayat Allah tetapi tuntutan yang lebih utama ialah memahami ayat itu mengikut maksud yang sebenar. Al-Quran boleh dijadikan ubat kerana ia mukjizat Allah.

Jika ayat-ayat al-Quran diturunkan semata-mata untuk perubatan fizikal seperti kepercayaan sesetengah orang mengapa Rasulullah dan para sahabatnya bermati-matian berperang untuk mempertahankannya? Sudah pasti ada sesuatu yang lebih penting di sebalik itu.

Persoalannya bagaimana menjadikan manusia ketagih membaca al-Quran?

ABDULLAH: Kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Demikianlah ibaratnya kita dengan al-Quran. Nampak macam dekat tetapi sebenarnya al-Quran jauh dari kita.

Kita membaca al-Quran tetapi tidak ramai yang memahami tafsirannya secara betul atau mengenali al-Quran dalam erti kata sebenar. Oleh sebab itulah, Al-Imam Al-Zamakhzyari mengatakan belajar tafsir al-Quran untuk benar-benar memahaminya adalah fardu ain. Hakikatnya, sesiapa yang mendampingi kitab suci ini dalam erti kata memahaminya akan merasai ia sesuatu yang tidak akan habis digali.

Ramai tidak ketagih membaca dan menghayati al-Quran disebabkan kita gagal mencontohi kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Baginda mengamalkan empat cara di dalam membawa al-Quran kepada generasi sahabat iaitu tilawah- membaca secara betul dan bertajwid kepada para sahabat; menafsirkan ayat supaya tidak ada lagi keraguan; menyuruh sahabat mengamal/menghayati ayat tersebut dan menyuruh mereka menghafalnya.

Pendek kata, kombinasi empat perkara ini mampu melahirkan insan yang berperibadi al-Quran.

Kesilapan kita sekarang adalah tumpuan yang berlebihan mempelajari ilmu tajwid sahaja atau mempelajari tafsir tetapi mengabaikan kepentingan tajwid atau menghafal tanpa memahami al-Quran.

Sesetengah masjid dan surau menyiarkan bacaan al-Quran melalui pembesar suara. Adakah ini bertepatan dengan ajaran Islam?

ABDULLAH: Memang pada mata kasar manusia yang dangkal ilmunya perbuatan sedemikian tidak salah. Namun, kalam Allah itu tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.

Sebenarnya ini adalah satu lagi kesilapan berinteraksi dengan al-Quran akibat kejahilan. Allah menegaskan dalam firman-Nya, Dan apabila al-Quran itu dibacakan maka dengarlah serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat. (al-A’raaf: 204).

Perkataan dengarlah dalam ayat ini bermaksud mendengar dengan penuh perhatian.

Ibnu Jauzi dalam bukunya, Talbis Iblis (Belitan/Tipuan iblis) menyifatkan di antara orang yang ditipu oleh iblis ialah sesetengah orang yang memperdengarkan bacaan al-Quran di menara masjid pada waktu malam dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang tidur.

Situasi yang sama boleh dikaitkan dengan penggunaan pembesar suara. Perbuatan begini sudah pasti menganggu masyarakat sekeliling yang sedang beristirehat, juga menjadi provokasi kepada bukan Islam. Provokasi dilarang sebagai dalam ayat 108 surah al-An’aam di atas.

Tambah buruk lagi ia mengakibatkan orang bukan Islam mengutuk al-Quran sebagaimana yang berlaku pada zaman Nabi yang membawa kepada penurunan ayat 110 surah al-Israk.

Selain itu, pastinya kita tidak dapat menjamin masyarakat sekeliling akan diam mendengar ayat-ayat Allah yang diperdengarkan itu. Akibatnya, niat yang nampaknya baik bertukar menghina al-Quran itu sendiri. Atikal Asal

Baca Selanjutnya...

Amalan Di Bulan Ramadhan

K
ami sampaikan risalah ini kepada anda dengan penuh kerinduan dan penghormatan. Kami sampaikan risalah ini dari lubuk hati kami yang paling dalam, disertai luapan rasa cinta kami kepada anda kerana Allah. Kita mohon kepada Allah yang Maha Perkasa agar Dia mempertemukan kami dan anda kelak di Syurga-Nya yang penuh dengan kenikmatan dan rahmat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Sehubungan dengan akan datangnya bulan Ramadhan, kami sampaikan sebuah nasihat sebagai sebuah hadiah yang berharga. Kami tidaklah membuat sesuatu yang baru dalam nasihat ini, melainkan sebagai suatu pengingatan yang insya Allah akan bermanfaat untuk orang-orang yang beriman. Kami harap, semoga Anda berkenan menerimanya dengan lapang dada dan mendoakan kita semua agar senantiasa dijaga, dibimbing oleh Allah Yang Maha Kuasa di jalan yang diredhai-Nya.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantara kekhususan dan keutamaan Ramadhan antara lain:

(1). Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kasturi.

(2). Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai dia berbuka puasa.

(3). Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.

(4). Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan

(5). Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa

(6). Diikatnya syaithan

Saudaraku muslim dan muslimah…
Bagaimanakah kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan kekhususan dan keutamaan ini? Apakah disambut dengan perbuatan yang sia-sia? Berjaga semalaman? Berfoya-foya? Naudzu billahi min dzalika.

Sesungguhnya hamba yang soleh akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan ini dengan taubat yang murni kepada Allah, meminta ampunan kepada Allah dan bertekad kuat dan jujur, serta berupaya meningkatkan amal soleh dengan tetap mengharap pertolongan Allah agar Dia memudahkan kita untuk beribadah kepada-Nya.


Saudaraku muslim dan muslimah…
Berikut ini adalah beberapa amal soleh yang wajib dikerjakan atau sangat dianjurkan dilakukan:

(1). BERPUASA
Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Setiap amal manusia adalah untuk dirinya, satu perbuatan baik akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwatnya, makanannya, minumannya untuk Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian, yaitu kebahagian saat berbuka puasa dan kebahagiaan saat berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi kasturi.”

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
”Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Tidak diragukan lagi bahawa balasan yang sangat agung tersebut tidaklah diberikan kepada orang yang sekadar meninggalkan makanan atau minuman saja! Akan tetapi hanya sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :

”Ertinya : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan keji serta amal perbuatan keji, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak memerlukan puasanya yang sekadar meninggalkan makanan dan minuman” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
”Ertinya : Puasa itu perisai, maka apabila seseorang berpuasa, hendaklah dia tidak berbuat lucah (perbuatan yang menjurus kepada hubungan seksual), tidak berbuat kefasikan, tidak berbuat suatu kebodohan. Apabila seseorang mencaci makinya, hendaklah dia mengatakan: Saya sedang berpuasa!” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Bila Anda berpuasa, maka hendaknya puasa pula pendengaran, penglihatan dan lisan Anda, serta berpuasalah juga seluruh anggota tubuh Anda! Janganlah keadaan Anda saat berpuasa sama dengan keadaan Anda ketika tidak berpuasa!

(2). QIYAMU RAMADHAN YAITU SHALAT TARAWIH
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda :
”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Ada sebuah peringatan penting, yaitu hendaknya kita menyempurnakan solat tarawih berjama’ah di masjid bersama imam solat, agar kita dicatat sebagai orang-orang yang mendirikan qiyamu Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu Ramadhan bersama Imamnya sampai selesai, maka dicatat baginya pahala Qiyamu Ramadhan semalam penuh’ ( Hadits Riwayat Ahlus Sunan)

(3). BERSEDEKAH
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertiya : Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (Hadits Riwayat Tirmidzi).

Diantara bentuk-bentuk sedekah di bulan Ramadhan adalah:

(a). Memberi makanan
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
”Ertinya : Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka Kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera”. (Al-Insan : 8 – 12)

Sesungguhnya salafus soleh (generasi pendahulu umat Islam yang soleh) amat bersemangat untuk memberikan makanan baik kepada yang memerlukan atau kepada teman yang soleh, melebihi semangat menjalankan amal yang lainnya.

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Seorang mukmin yang memberikan mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadit Hasan Riwayat Tirmidzi).

Sebahagian salafus soleh ada yang memberikan makanan kepada saudara-saudaranya kaum muslimin, padahal dia sendiri berpuasa, mereka tidak sekadar memberi makanan, tetapi juga turut duduk sambil berkhidmat (melayani) keperluan mereka.

(b). Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa tadi.” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)

(4). BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MEMBACA AL-QUR’AN AL-KARIM, MEMPELAJARI TAFSIRNYA DAN MEMAHAMINYA

Saudaraku muslim dan muslimah…
Bersungguh-sungguhlah dalam membaca Al Qur’an Al- Karim. Bacalah dengan penuh tadabur dan kekhusyuan. Sesungguhnya salafus soleh, semoga Allah merahmati mereka, benar-benar tersentuh hatinya dan terpengaruh dengan Al Qur’an Al-Karim. Dalam sebuah hadits riwayat Imam Baihaqi dari sahabat Abu Hurairoh, semoga Allah meredhainya, beliau berkata: ”Ketika turun ayat Al Qur’an :
”Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?” (An-Najm : 59-60)
Ahlus Sufah (para shahabat Nabi yang tinggal di Masjid Nabawi) menangis, berlinang air matanya. Ketika Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam mendengarnya, maka beliau pun turut menangis. Kami (para shahabat Nabi) pun menangis kerananya. Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda: ”Tidak akan disentuh api neraka, orang yang menangis kerana takut kepada Allah”.

(5). TETAP DUDUK DI MASJID SETELAH SOLAT SUBUH BERJAMA’AH SAMPAI TERBIT MATAHARI

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa duduk di tempatnya setelah solat subuh sampai terbit matahari. (Hadits Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang solat subuh berjama’ah lalu tetap duduk setelahnya, berdzikir kepada Allah sampai matahari terbit, lalu dia solat dua raka’at maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna” (Hadits Riwayat Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Besarnya pahala yang Allah berikan atas amalan tersebut adalah amal yang dilakukan di hari-hari biasa, maka apalagi seandainya amal tersebut dikerjakan di bulan Ramadhan?

Marilah kita solat subuh berjama’ah di masjid, lalu setelahnya membaca dzikir atau wirid sesudah shalat, lalu membaca dzikir pagi dan petang yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam, atau membaca Al-Qur’an Al-Karim sampai terbit matahari, lalu setelah terbit matahari, solat sunat dua raka’at. Sungguh Allah telah menjanjikan pahala yang besar, seperti pahala haji dan umrah!

(6). I’TIKAF

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa i’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan di tahun terakhir sebelum wafatnya, beliau beri’tikaf selama dua puluh hari terakhir bulan Ramadhan. (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

I’tikaf sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan yaitu berdiam diri di masjid, tidak keluar dari masjid sampai malam Aidil Fitri dengan melaksanakan berbagai amal ketaatan kepada Allah seperti solat wajib berjamaah, solat sunat, memperbanyak berdoa, berdzikir, beristighfar, bertaubat, membaca Al-Qur’an Al-Karim dan amal soleh lainnya.

(7). UMRAH DI BULAN RAMADHAN

Umrah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang amat besar, bahkan sama dengan pahala haji. Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji atau haji bersamaku” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

Tetapi wajib diketahui, meskipun umrah di bulan Ramadhan berpahala menyamai haji, tetapi ia tidak boleh menggugurkan kewajiban haji bagi orang wajib melakukannya.

Demikian pula halnya solat di Masjidil Haram di Mekah dan solat di Masjid Nabawi di Madinah pahalanya dilipatgandakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memudahkan kita untuk dapat umrah di bulan Ramadhan, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(8). MENCARI LAILATUL QADAR
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (Al-Qodr: 1-5)

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu lail pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Adapun qiyamu lail yang dimaksud adalah menghidupkan malam tersebut dengan solat tarawih, membaca Al -Qur’an Al-Karim, berdoa, berdzikir, beristighfar dan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam senantiasa berusaha kuat untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau memerintahkan para shahabatnya untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau pun membangunkan keluarganya pada malam-malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan harapan agar mendapatkan malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar terjadi pada suatu malam diantara malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Ummul Mukminin, Aisyah, semoga Allah meredhainya, pernah bertanya kepada Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam : Wahai Rasulullah, bila aku mendapati malam lailatul qadar, doa apakah yang sebaiknya saya baca? Maka Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda: Bacalah
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibul al-afwa fa’ fu ‘anniy” :

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka untuk memberi ampunan, maka ampunilah aku ” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan dishahihkannya)

(9). MEMPERBANYAK DZIKIR, DO’A DAN ISTIGHFAR

Saudaraku muslim dan muslimah…
Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka isilah dengan memperbanyak dzikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain yaitu:

(a). Saat berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

(b). Sepertiga malam yang terakhir, saat Allah Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia.

(c). Beristighfar di waktu sahur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Ertinya : Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (Adz- Dzariyat: 18)

(d). Mencari suatu saat dikabulkannya doa di hari Jumaat, yaitu di suatu waktu antara asar dan maghrib di hari Jumaat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Ada beberapa perbuatan yang harus kita tinggalkan atau jauhi baik di luar Ramadhan, terlebih lagi di bulan Ramadhan, diantaranya:

(1). Menjadikan malam seperti siang dan menjadikan siang seperti malam. Maksudnya di malam hari dihabiskan untuk berjaga sambil bersembang, menonton TV atau perbuatan sia-sia lainnya. Sementara di siang hari dihabiskan untuk tidur.

(2). Tidur di sebahagian waktu solat wajib.

(3). Berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman

(4). Terlalu cepat makan sahur, lalu tertidur saat waktu solat subuh sehingga tidak solat subuh berjama’ah di masjid.

(5). Berbohong dan berbuat perbuatan sia-sia

(6). Menyia-nyiakan waktu

(7). Berkumpul bersama teman-teman untuk kegiatan yang sia-sia, mengata,mengumpat, gosip dan semisalnya

(8). Kaum wanita menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk memasak makanan.

Saudaraku muslim dan muslimah…

Ketahuilah bahawa hal yang tak kalah pentingnya adalah ikhlas! Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan dahaga! Betapa banyak orang yang mendirikan solat terawih tidak mendapatkan apa-apa selain penat dan letih! Kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari hal demikian. Oleh kerana itu Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam menekankan dalam banyak sabdanya : ” Dengan keimanan dan mengharap pahala Allah”. Kita mohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menganugerahkan keikhlasan dalam ucapan, amalan kita, baik ketika sendirian maupun bersama orang banyak. Ya Allah, kabulkan permohonan kami ini.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Perhatikanlah nikmat usia dan kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita! Sungguh umur kita terbatas! Pernakah Anda berfikir, mana orang-orang yang tahun lalu berpuasa Ramadhan bersama kita? Ke manakah orang-orang yang tahun lalu solat tarawih bersama kita? Sebahagian mereka ada yang sudah dijemput oleh malaikat maut! Sebahagian lagi terbaring sakit! Sehingga mereka tidak kuat berpuasa dan solat tarawih. Maka pujilah Allah! Bersyukurlah kepada Allah, wahai Saudaraku!

Berbekalah mulai sekarang juga! Sungguh, sebaik-baik bekal adalah taqwa!

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kesempatan untuk berpuasa Ramadhan dan mendirikan Qiyamu Ramadhan, dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang diterima amalan-amalannya dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang dibebaskan dari api neraka. Amin.

Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Akhir doa kami adalah Alhamdulillahi rabbil ’alamin.
Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

(Diterjemahkan (dengan penyesuaian) dari buletin ”Risalah Syahri Ramadhan” karya Kholid bin Abdullah Al Hamudiy oleh Bukit Adhinugraha, Bogor 16 Sya’ban 1428 Hijriyah)

Oleh
Kholid bin Abdullah Al-Hamudiy
Saudaraku muslim dan muslimah…
Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

Baca Selanjutnya...

Ramlang bimbang kembali bertugas

I
mam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, masih bimbangkan keselamatan dirinya jika kembali bertugas.

Sehubungan itu, peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, Ramlang mungkin memohon cuti tambahan sehingga tempoh yang sesuai kembali bertugas di masjid itu di Jalan Duta.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Nizam berkata, Ramlang sepatutnya kembali bertugas semula esok.

"Ramlang sedang menimbang untuk memohon cuti tambahan kerana bimbangkan keselamatan dirinya," tambahnya.

Menurut Ahmad Nizam lagi, Ramlang juga ada menerima panggilan daripada "pihak atasan" berhubung dakwaan imam tersebut berkempen atas pentas calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil tersebut.


Katanya, mereka mahu mendapatkan penjelasan daripada Ramlang berhubung perkara itu.

Sedia beri kerjasama

Ramlang muncul di Permatang sewaktu pilihanraya kecil baru-baru ini untuk memberi penjelasan apa yang berlaku di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Anwar.

Pada 15 Ogos lepas, Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR pada 26 Jun.

Ramlang termasuk empat orang imam yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Saiful itu.

Ketika muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat 24 Ogos lepas, dua hari sebelum hari pengundian, imam itu meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful it tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Ahmad Nizam berkata, Ramlang bersedia memberi kerjasama dalam siasatan dalaman yang akan diadakan kelak.

Ulas kenyataan Zahid

"Kita yakin Ramlang tidak bersalah, dan beliau sedia beri kerjasama dalam siasatan tersebut," tambahnya.

Ditanya reaksinya terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi mengenai siasatan dalaman tersebut, Ahmad berkata:

"Jangan bising ikut arahan kerajaan, sepatutnya ustaz ini (Ramlang) diberi penghormatan".

Sebaliknya, kata Ahmad Nizam, beliau amat menghormati Ramlang kerana beliau adalah seorang yang baik.

Ketika dihubungi hari ini, Ramlang berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan pada masa ini.

"Apa-apa, boleh berhubung dengan peguam saya," katanya.

Baca Selanjutnya...

Kelantan setuju cuti umum 16 September


K
OTA BHARU, 2 Sept (Hrkh) - Cadangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat menjadikan 16 September ini sebagai cuti umum turut mendapat sokongan kerajaan Kelantan. Iklan

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan supaya dijadikan cuti umum pada tarikh berkenaan di lima negeri Pakatan Rakyat.

Menurutnya, cuti umum wajar diadakan di lima negeri terbabit iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang sebagai menghargai perubahan pemikiran rakyat yang sebelum ini ketagih Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan baru.

Menurutnya, cuti berkenaan boleh diterima memandangkan suatu perubahan baru telah diterima rakyat, di mana mereka dapat menerima kehadiran PAS yang memperjuangkan Islam.


"Dulu rakyat ketagih dengan Umno dan BN walau pun rasuah, penculikan dan rogol, bunuh manusia sehingga ada yang menggunakan bom. Ini berlaku di sekeliling mereka. Akhirnya sekarang mereka mulai berubah.

"Lama kelamaan mereka faham dan Permatang Pauh merupakan medan perubahan rakyat kepada perubahan itu," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Negeri Kelantan di Dewan Teratai hari ini.

Semalam Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan mencadangkan supaya cuti umum diisytiharkan di lima negeri Pakatan Rakyat pada 16 September setiap tahun.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk mengubah fikiran rakyat bukan sesuatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan masa yang lama.

"Kita nak ubah pokok kayu boleh, nak ubah bukit pun boleh, tetapi nak ubah pemikiran manusia alang-alang. Jadi saya boleh terima sesuatu benda baru iaitu cuti pada tarikh berkenaan," ujarnya.

Katanya, sebelum ini pelbagai cuti diberi antaranya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan sebagainya, namun dalam masa yang sama perlu juga diwujudkan cuti berhubung perubahan pemikiran rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin Pakatan Rakyat di negeri lain juga disaran menyambut baik cadangan tersebut sebagai menghargai perubahan pemikiran rakyat yang kini semakin positif bagi membela nasib mereka. - mj
Salmah Mat Husain
Tue Sep 02, 08 3:24:10 pm MYT

Baca Selanjutnya...


Baca Selanjutnya...

Persiapan Menyambut Ramadhan

J
ika benar-benar ingin memanfaatkan Ramadhan kali ini, kita haruslah melakukan persediaan yang penuh rapi agar benar-benar beruntung. Antara persiapan yang boleh dilakukan untuk memasuki bulan ini ialah :
• Mengukuhkan lagi taubat kita.
• Melatih hati agar beristiqamah atau konsisten di dalam melakukan kebaikan.
• Melatih pancaindera kita di dalam melakukan kebaikan.
• Menjaga kesihatan jasmani.
• Melakarkan jadual harian bagi bulan Ramadhan.


Saudaraku yang dirahmati Allah sekelian,
Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, melalui mimbar yang mulia ini, saya mengingatkan diri saya serta saudara-saudara sekelian untuk sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan menjalankan perintahNya dan menjauhi semua laranganNya, semoga kita semua senantiasa berada di dalam keredaanNya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Saudaraku sekelian,
Kurang dari beberapa hari lagi, kita akan menyambut satu bulan yang sangat mulia, bulan yang penuh dengan barakah. Dengan ketibaannya, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. akan menyampaikan khabar gembira kepada para sahabat dengan berkata:


Maksudnya: Telah datang kepada kamu semua, bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah, Allah telah mewajibkan ke atas kamu semua berpuasa padanya, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu, terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa yang diharamkan kebaikannya maka ia telah diharamkan kesemua kebaikannya.
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Pastinya setiap dari kita sudah mengetahui akan kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan ini.

Namun persoalannya sekarang, bagaimanakah kita semua mampu meraih kemanfaatan dari bulan yang mulia ini? Adakah kita semua akan menyambutnya seperti tahun-tahun yang sudah? Bagaimanakah seharusnya kita menyambutnya?

Saudaraku sekelian,
Jika kita benar-benar ingin memanfaatkan Ramadhan kali ini, kita haruslah melakukan persediaan yang penuh rapi agar benar-benar beruntung. Oleh yang demikian, suka saya mengajak saudara sekelian agar menjadikan Ramadhan ini sebagai satu persekolahan. Persekolahan yang akan mendidik kita dan memartabatkan lagi keimanan kita sebagai seorang Islam.

Namun apakah persiapan yang perlu dilakukan sebelum kita menjejaki persekolahan Ramadhan ini?

Saudaraku sekelian,
Ketahuilah, untuk menjadi pelajar yang benar-benar cemerlang kita seharusnya melakukan persiapan sebelum ke sekolah dengan membaca mata pelajaran yang akan diajar. Selain dari itu juga, kita juga digalakkan melakarkan jadual pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran kita akan lebih teratur.
Maka begitu jugalah hendaknya, jika kita ingin benar-benar cemerlang pada persekolahan Ramadhan kali ini, kita seharusnya membuat persiapan sebelum memasukinya serta melakarkan jadual persekolahan Ramadhan yang berkesan.

Di antara persiapan yang boleh dilakukan untuk memasuki persekolahan ini ialah yang pertama kita mengukuhkan lagi taubat kita. Bahkan ini merupakan perkara yang pertama yang wajib kita lakukan untuk persiapan persekolahan Ramadhan. Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya : “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur ayat 31)

Tetapi perlu ditekankan di sini, bukanlah taubat sepertimana yang kita biasa lakukan; kita berkata Astaghfirullahal 'Aziim dengan lidah kita, sedangkan hati kita lalai dengannya. Marilah kita bertaubat di dalam kehidupan kita secara menyeluruh. Kita bertaubat dari membuang masa tanpa faedah, bertaubat dari keburukan lidah kita, bertaubat akan hati kita, bertaubat dari sifat kemalasan.

Persiapan yang kedua, ialah dengan kita melatih hati ini agar beristiqamah atau konsisten di dalam melakukan kebaikan. Kita menjadikan hati kita mencintai Allah lebih dari segalanya serta bergantung kepada Allah sepenuhnya. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Anfaal ayat 24 :

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (lintasan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.”

Persiapan yang ketiga, kita perlu melatih pancaindera kita di dalam melakukan kebaikan.
Kita melatih kedua mata kita dengan melihat mushaf dan melarangnya dari melihat perkara-perkara yang maksiat. Kita kembalikan telinga kita dengan mendengar al-Quran, majlis ilmu dan mencegahnya dari mendengar umpatan, pembohongan dan segala bentuk kotoran. Kita kembalikan lidah kita basah dengan ucapan zikir mengingati Allah, mengajak orang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta bercakap yang benar. Ini kerana kita semua bakal ditanya akan anggota dan pancaindera kita pada hari kiamat kelak. Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya : “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (al-Israa' ayat 36)

Persiapan yang Keempat: ialah dengan kita menjaga kesihatan jasmani kita. Ini adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran dan konsistennya ibadah kita.

Ini merupakan beberapa persiapan yang perlu diberikan perhatian selain dari pelbagai persiapan yang lain sebelum kita memasuki persekolahan Ramadhan.

Saudaraku sekelian,
Untuk memastikan kita lebih beristiqamah dan cemerlang di dalam persekolahan Ramadhan kali ini, kita digalakkan melakarkan jadual harian persekolahan Ramadhan.

Fungsi utama jadual ini ialah agar ia akan lebih mudah dilihat dan dipantau oleh mata kasar kita. Oleh itu, suka saya menyarankan mempersiapkan jadual ini sebelum tibanya Ramadhan.

Letakkanlah satu matlamat jangka masa pendek dan panjang, bagi persekolahan Ramadhan ini.

Sebagai contoh, jika matlamat jangka pendek kita ialah untuk kita mengkhatam al-Quran pada Bulan Ramadhan, maka usaha yang perlu dilakukan ialah dengan membahagikan pembacaan al-Quran itu mengikut penyusunan harian. Dan janganlah lupa untuk menetapkan jangkamasa panjangnya seperti memastikan agar pembacaan al-Quran diteruskan selepas Ramadhan.

Begitu juga jika matlamat kita ialah untuk meperkukuhkan hubungan kekeluargaan, maka langkah yang boleh diambil ialah dengan kita meletakkan beberapa hari yang tetap dari bulan Ramadhan ini untuk berbuka, beterawih atau berqiyamulail bersama keluarga. Dan mungkin jangkamasa panjangnya adalah memastikan agar dirancang aktiviti yang baik bersama keluarga diteruskan selepas Ramadhan.

Begitu juga, jika matlamat kita ialah untuk kita benar-benar memartabatkan keimanan, maka langkah yang boleh diambil ialah dengan kita mengisikan di dalam jadual harian Ramadhan ini dengan aktiviti ibadah khusus, dan jangka panjangnya pula memastikan agar ibadah yang dilakukan akan membentuk peribadi yang baik.

Ini merupakan beberapa contoh yang boleh dijadikan panduan umum. Adapun kemampuan dan keperluan antara satu individu dengan individu yang lain mungkin berbeza.

Mudah-mudahan dengan kita membuat persiapan yang dikongsikan sebentar tadi, iaitu bertaubat, beristiqamah, menjaga pancaindera dan anggota kita, mengetahui tahap kemampuan kita, serta melakarkan jadual persekolahan Ramadhan kali ini, Insya Allah, kita bakal berjaya mengharungi pendidikan Ramadhan kali ini dengan kecemerlangan. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
29 Ogos 2008 / 27 Syaaban 1429


Baca Selanjutnya...

Iman Rukun, Hakikat & Pembatalan Siri v

B
ahagian ketiga : tauhid al-Asma’ Wal-Sifat

Pengertian secara ringkas ialah : beri’tikad dengan jazam bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, Suci bersih dari segala sifat-sifat makhluk, dengan erti kata kita isbatkan bagi Allah nama-nama dan sifat-sifat yang Allah sendiri menetapkannya di dalam al-Quran bagi zatNya dan mengisbatkannya oleh Rasulullah s.w.a. di dalam hadith, tanpa mengubahkan lafaz-lafaz dan makna-maknanya. Tanpa mentaktilkannya/menginkarinya umpama menafikan semua nama atau sifat Allah, atau pun menafikan sebahagiannya, tanpa mentakyifkannya (menetapkan kaifiyyah) dengan menentukan hakikatnya dan menetapkan cara-cara yang tertentu bagi Allah dan tanpa menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk.
Bertolak dari pengertian ini, jelaslah bahawa Tauhid al-Asma’ wal-Sifat ini berdasarkan kepada tiga asas. Sesiapa yang menyeleweng darinya sudah tentu ia tidak mentauhidkan Allah di segi Asma’ (nama) dan sifat. Ketiga-tiga asas itulah :
1. Menyucikan Allah Azza wajalla dari menyerupai makhluk dan dari mana-mana sifat kekurangan.
2. Beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya yang sabit di dalam al-Quran al-Karim dan Hadith, tanpa mengurang, mengubah dan mentaktilkannya (menafikannya makna sesetengah sifat Allah).
3. Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiyyat dan bentuk sifat-sifat ini.


Asas Pertama : Menyucikan sifat-sifat Allah dari menyerupai sifat-sifat makhluk.

Asas ini berdasarkan firman Allah:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (١١)
Maksudnya :
Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat.
(al-Syura : 11)

Dan berdasarkan firman Allah :
فَلا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الأمْثَالَ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٧٤)
Maksudnya :
Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu Yang sebanding Dengan Allah,
(al-Nahl : 74)

Imam al-Qurtubi menyebut ketika menafsirkan ayat : ( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ) dan yang mesti I’tikad dalam bab ini ialah : Allah yang maha mulia namaNya dalam keagunganNya dan ketinggian sifat-sifatNya tidak serupa sama sekali dengan makhluk Dan sifat-sifat makhluk pula tidak serupa dengan sifat-sifat Allah. Apa yang telah ditetapkan oleh syarak pada al-Khaliq (pencipta) dan makhluk tidaklah serupa pada maknanya yang hakiki, kerana sifat-sifat Allah yang qadim bersalahan dengan sifat-sifat makhluq yang baru”.

Al-Wasati berkata : “Mana-mana zat tidaklah menyerupai zZat Allah. Mana-mana nama tidaklah menyerupai nama-nama Allah, mana-mana perbuatan tidaklah menyerupai perbuatan Allah. Dan mana-mana sifat tidaklah menyerupai sifat-sifat Allah kecuali dari segi lafaz/bahasa sahaja yang menyerupainya, maha suci zat Allah yang qadim dari menyerupai sifat-sifat makhluk yang baharu. Begitu juga mustahilnya ada sifat-sifat qadim padi zat yang baharu.”

I’tikad demikian adalah I’tikad ahlul-haq dan ahlul-sunnah wal-jemaah. Syed Qutb ketika mentafsirkan ayat itu tadi berkata :” Dan fitrah (tabiat semulajadi) manusia tetap beriman seperti yang disebut itu secara Badahah ( tidak memerlukan pemikiran yang dalam) maka Allah pencipta tak akan serupa dengan sesuatu yang dicipta”.

Dan termasuk dalam asas ini juga pembersihan Allah dari setiap perkara yang bercangah dengan apa yang disifatkan olehNya sendiri dan yang disifatkan oleh Rasul-Nya s.a.w.
Mentauhidkan Allah dari segi sifat menuntut dari muslim supaya menafikan Allah dari beristeri, ada yang setanding, sebanding dan yang setaraf dengan-Nya, ada yang memberi syafaat tenpa keizinanNya dan ada pula bagiNya penolong-penolong. Juga menuntut dari muslim supaya menyucikan Allah dari segala sifat-sifat kekurangan seperti tidur, lemah, penat, mati, jahil, zalim, lalai, lupa, mengantuk dan sebagainya.

Asas kedua : memadai dengan nama-nama dan sifat-sifat sekadar yang disebut dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis al-Syarif.

Asas ini menuntut dari muslim supaya mencukupi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah sekadar mana yang dinaskan di dalam al-Quran al-Karim dan hadis as-sharif, kerana nama-nama dan sifat-sifat itu sabitnya melalui terima dari Allah dan RasulNya, bukan melalui fikiran manusia. Dengan demikian, tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah sendiri dan oleh RasulNya. Nama-nama Allah juga tidak boleh kita menamakannya kecuali dengan nama-nama yang diberi oleh Allah dan RasulNya s.a.w, kerana Allah lebih mengetahui tentang zatnya, sifatNya dan nama-namaNya Firman Allah :
قُلْ أَأَنْتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللَّهُ
Maksudnya :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu Yang lebih mengetahui atau Allah?.
(al-Baqarah : 104)


Apabila telah ternyata bahawa Allah lebih mengentahui dan RasulNya pula adalah orang yang benar lagi diakui benar, maka ia tidak menjelaskan melainkan dengan apa yang diwahyukan kepadanya.

Berhubung dengan nama dan sifat Allah, baik di segi nafi mahupun isbat wajib diserahkan kepada apa yang sabit dari Allah dan RasulNya.

Imam Ahmad ib Hanbal berkata : “ tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan olehNya sediri di dalam al-Quran dan oleh rasulNya di dalam hadith, tidak lebih daripada itu”.

Na’im bin Hamad guru Imam al-bukhari berkata :“ barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya ia menjadi kafir, dan barangsiapa mengingkari apa yang disifatkan oleh Allah akan zatNya atau yang telah disifatkan oleh rasulNya ia menjadi kafir juga. Apa yang disifatkan oleh Allah sendiri akan zatNya dan oleh rasulNya tidak ada penyerupaan sama sekali dengan makhluk”.

Asas ini menuntut dari setiap mukallaf yang akil baligh beriman dengan sifat-sifat Allah dan nama-nama yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith serta mengguna makna lahir yang terang di dalam bahasa tanpa mentaktilkannya atau manafikannya dari allah atau mengubahkannya dari makna zahirnya.

Asas ketiga : Beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat tanpa menaya tentang kaifiyyatnya

Asas ini menuntut dari hamba yang mukallaf beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah mengikut yang dinaskan di dalam al-Quran dan al-Hadith, tanpa menanya tentang kaifiyyatnya, tanpa membahas tentang hakikatnya, kerana mengetahui kaifiyyat sifat-sifat itu bergantung kepada mengetahui kaifiyyat zat Allah, sebab sifat sesuatu berlainan menurut berlainan mausuf ( zat yang disifatkan). Ada pun zat Allah tidak harus ditanya tentang hakikat dan kaifiyyatnya.

Begitu juga sifat-sifat Allah azzawajalla tidak harus ditanya tentang kaifiyyatnya, lantaran itu, kebanyakkan ulama‘ dahulu ketika ditanya mengenai “istiwak/bersemayam Allah di atas ‘aras “ mereka menjawab : “istiwak itu adalah diketahui, cara-caranya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib manakala bertanya tentangnya adalah bid’ah.

Seandainya ada orang bertanya kita : Bagaimana turunnya Allah ke langit dunia? Hendaklah kita kembali bertanya dia : Bagaimana Allah itu? Apabila ia menjawab : saya tidak mengetahui kaifiyyat zat Allah. Kita menjawab : kami juga tidak mengetahui kaifiyyat turunnya Allah, kerana tahu kaifiyyat sifat memastikan tahu kaifiyyat mausufnya ( yakni zat yang disifatkan), sebab sifat itu adalah ekoran bagi mausuf yang disifatkan. Maka bagaimana engkau meminta kami terangkan cara pendengaran Allah, penglihatanNya, percakapanNya, Istiwak dan turunNya ke langit dunia sedangkan engkau sendiri tidak tahu kaifiyyat zatNya.

Apabila engkau mengaku bahawa Allah itu satu zat yang hakiki yang sabit, yang mesti bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk, maka pendengaran Allah, penglihatanNya, percakapanNya, turunNya dan Istiwak Allah di atas arasy adalah suatu hakikat yang sabit juga, kerana zat Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan tentu sekali tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk seperti sifat mendengar, melihat, bercakap, turun dan bersemayam.

Dengan keterangan di atas jelaslah bahawa tauhid bahagian ini mempunyai beberapa masalah yang mesti dijauhi olah setiap muslim iaitu :

Tashbih

Tashbih ertinya menyerupai sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk seperti orang-orang Nasara mmenyerupakan Isa bin Maryam dengan Allah, orang-orang Yahudi menyerupakan Uzair dengan Allah, orang-orang musyrikin menyerupakan berhala-berhala mereka dengan Allah dan seperti segolongan manusia menyerupakan wajah Allah dengan wajah makhluk, yad (tangan) Allah dengan tangan makhluk, pendengaran Allah dengan pendengaran makhluk dan sebagainya.

Tahrif

Tahrif ertinya menukar atau mengganti nama-nama Allah dan sifat-sifat dengan umpama menambah, atau mengurang atau mengubah baris ikrab seperti membaca “ وَكَلَّمَ اللهُ مُوْسَى ” dengan menasabkan kalimah “Allah” yang memberi erti : dan nabi Musa bercakap dengan Allah, atau mentakwilkan suatu dengan takwilan yang tidak makruf dalam bahasa Arab seperti mentakwilkan lafaz “wajah” dengan makna “zat” dan lafaz “Istiwak bersemayam dengan makna istilak/menguasai”.

Taktil

Taktil ertinya : menafikan sifat-sifat Uluhiyyah Allah dan mengingkari adanya sifat itu pada Allah seperti menafikan sifat-sifat kesempurnaan dari Allah, dalam ertikata mengingkari nama-namaNya dan sifat-sifatNya, menafikan hubungan manusia dengan Allah dalam ertikata mengingkari beribadat kepadaNya dan menafikan sesuatu yang dibuat dari pembuatnya seperti orang yang berkata : segala makhluk ini qadim, Allah tidak mengada dan menciptanya.

Takyif

Takyif ertinya : menentukan kaifiyyat sifat-sifat Allah dan menetapkan hakikatnya.

Cara mengambil sifat-sifat dan nama-nama Allah yang tersebut di dalam al-Quran dan al-Hadith mengikut maknanya yang zahir tanpa tashbih, taktil dan takyif itu adalah mazhab ulamak-ulamak dahulu dari para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in.

Berkata al-Syaukani : “ Mazhab para Salafus salih dahulu dari sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in radhiallahu anhum, ialah mengambil dalil bagi sifat-sifat Allah mengikut maknanya yang zahir, tanpa tahrif, tashbih, taktil dan takwil.

Bila orang menanya mereka mengenai sesuatu sifat Allah, mereka membawa dalilnya dan tidak bercakap banyak dengan mengatakan begitu dan begini, mereka berkata : firman Allah begini, kami tidak tahu lebih dari ini, kami tidak mahu mengharungi dalam perbahasan barang yang kami tidak tahu, Allah tidak mengizinkan kami lebih dari ini.

Seandainya penanya menghendaki lebih dari makna yang zahir itu, mereka melarang keras dari mengharungi perbahasan perkara yang tidak memberi erti dan melarang mencari-cari perkara-perkara yang tidak mungkin memperolehinya, kerana perbuatan demikian akan menjatuhkan ke dalam bid’ah, yang bukan jalan mereka dan bukan pula cara yang diterima dan dihafal dari Rasulullah s. a. w. dari para sahabat dan para tabiin.

Di abad keemasan Islam, percakapan mereka mengenai sifat Allah adalah satu dan ittifak pula cara-cara mereka. Mereka mengambil berat dengan kewajipan yang Allah perintahkan dan beramal dengan ajaran yang difardukan keatas mereka seperti beriman kepada Allah, mendirikan solat mengeluarkan zakat, melakukan puasa, mengerjakan haji, berjihad, mengorbankan harta benda pada jalan kebajikan, menuntut ilmu, membimbing manusia ke arah kebajikan, tekun dengan amalan yang membawa kejayaan mendapat syurga dan kelepasan dari api neraka, mereka menyuruhkan yang makruf dan melarang dari yang mungkar, melarang manusia supaya tidak melakukan kezalimam, sekadar kemampuan dan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka tidak sibuk dengan amalan-amalan lain yang Allah tidak taklifkan keatas mereka, memberatkan diri mencari hakikat zat Allah bukanlah ibadat mereka, maka agama di masa itu adalah suci dan bersih dari kekerohanan bid’ah ( التحف فى مذهب السلف الشوكانىء hlm. 7 )

Bersambung…

Tulisan ini di petik dari
Buku :IMAN RUKUN,HAKIKAT & PEMBATALAN
Terbitan:
Pustaka Darussalam Sdn. Bhd
Cetak pertama 2001

Baca Selanjutnya...

Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

C
Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi pada 6 Ogos 2008. Kami mencapai kata sepakat mengenai keputusan-keputusan berikut:
a) Kami menganggap kes terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai kezaliman politik. Dalam kes ini bukan sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan.
b) Seandainya Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan diikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Datuk Seri Wan Azizah, Presiden PKR akan bertindak sebagai penyelaras Majlis Pimpinan ini.
c) Kami bersetuju sepenuhnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dan kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan penuh.
d) Kami bersetuju bahawa manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki Parlimen, beliau akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bermula 27 Ogos 2008.
YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden keADILan)
YB Dato’ Hj Husam Musa (Naib Presiden PAS)
YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)


Statement of Pakatan Rakyat Leadership Council
7 August 2008, 9:30 am, High Court, Jalan Duta, KL
The Pakatan Rakyat Leadership Council held a special meeting last night (6 August 2008). We reached the following agreements:
a) We consider that the case against Dato’ Seri Anwar Ibrahim is blatant political persecution, and that it is not only Dato’ Seri Anwar Ibrahim being tried but the whole nation is on trial.
b) In case of Dato’ Seri Anwar Ibrahim is detained or denied bail, then Datuk Seri Wan Azizah, the PKR President will act as coordinator for the council.
c) We fully endorsed Dato’ Seri Anwar Ibrahim as the Pakatan candidate in the Permatang Pauh by-election and we will form a joint machinery to give him our fullest support.
d) We agreed that when Dato’ Seri Anwar Ibrahim successful in entering the Parliament, he will be proposed to be the Opposition Leader effective on 27 August 2008.
YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (President KeADILan)
YB Dato’ Husam Musa (Vice President PAS)
YB Lim Guan Eng (Secretary General DAP)
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/07/kenyataan-bersama-majlis-pimpinan-pakatan-rakyat/

Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year