Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Iman Rukun,Hakikat & Pembatalan Siri III

Saturday, May 10, 2008

D
an firmanNya lagi :
أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ (١٤)
Maksudnya

Tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya! 14.
Al-Mulk : 14

Tidak ada sebarang bantahan sama sekali tentang Tuhan yang menjadikan sekalian makhluk itu adalah Tuhan yang mengawal mereka, yang sangat halus lagi bijaksana dengan apa yang mereka kerjakan.

Adapun mereka yang mengaku bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala-segala tetapi tidak mentauhidkan pada UluhiyyahNya, yakni masih mempersyirikkan dalam beribadat dan tidak mentauhidkanNya pada Asma’/nama dan sifat-sifatNya. Masih menta’tilkan (membekukan) sifat-sifatNya atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk ataupun menta’wilkannya dengan takwilan yang salah, maka tauhid ini tidak memberi manfaat kepadanya dan tidak dapat mengeluarkan mereka dari kufur kepada iman. Allah menerangkan orang-orang musyrikin yang mengaku Allah Tuhan yang maha mencipta segala sesuatu tetapi mereka masih menjadi musyrik, kerana mereka belum mentauhidkan Allah pada UluhiyyahNya hingga mereka beribadat kepada yang lain. Dan mereka belum mentauhidkan Allah pada nama-nama dan sifat-sifatNya hingga mereka mengingkari dan tidak beriman kepadaNya.
Dalam hal itu Allah berfirman :

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ (١٠٦)
Dan (orang-orang Yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga Dengan Yang lain. 106.
Yusuf : 106


Berkata Mujahid mengenai ayat di atas : “ Iman mereka kepada Allah hanya dalam perkataan sahaja iaitu mereka berkata :” Allah menciptakan kita, berikan kita rezeki dan mematikan kita” di samping kepercayaan demikian mereka mempersyirikkan Allah dengan yang lain dalam beribadat”.

Sebahagian dari ulama’ dahulu mengatakan : “ Jika kita tanyakan mereka : siapakah yang menjadikan langit dan bumi ini? Lantas mereka menjawab : “ Allah “ tetapi dalam hal itu mereka beribadat kepada yang lain bersama Allah”.

Allah menceritakan tentang musyrikin bahawa mereka mengaku Allah Sebagai Khaliq/Pencipta, Raziq/Pemberi rezeki dan Malik/Pemilik seperti firmanNya :
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (٨٧)
Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? 87.
Az-Zukhruf : 87

Dan firmaNya lagi :

قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ أَمْ مَنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الأمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ فَقُلْ أَفَلا تَتَّقُونَ (٣١)
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? atau siapakah Yang Menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah Yang mengeluarkan makhluk Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari makhluk Yang hidup? dan siapakah pula Yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) Dengan berkata: "Allah jualah Yang Menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui Yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? 31.
Yunus : 31

Jelaslah bahawa tiap-tiap mereka yang ikrar Rububiyyah Allah bukanlah semuanya mengesakanNya pada uluhiyyah atau pun pada Asma’ / nama dan pada Sifat, kerana kebanyakan mereka tidak mengingkari pencipta dan RububiyyahNya di atas sekalian makhluk, tetapi kebanyakan mereka kufur kerana beribadat kepada lain dari Allah

Bersambung…

Tulisan ini di petik dari
Buku :IMAN RUKUN,HAKIKAT & PEMBATALAN
Terbitan:
Pustaka Darussalam Sdn. Bhd
Cetak pertama 2001

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year