Google
 

KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Berani kerana benar, takut kerana salah - Tok Guru

Monday, July 6, 2009


S
UNGAI DURIAN, 6 Julai - Tindakan Umno-BN yang enggan menyahut tawaran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan mengenai isu tuduhan bahawa parti itu sesat membuktikan bahawa mereka takut dan mengetahui hakikat kesilapan perjuangan mereka.

Dalam satu Himpunan khas bersama petugas-petugas Unit Peti Undi dan pembantu di Markaz PAS Sungai Durian semalam, beliau menegaskan bahawa Umno menyedari bahawa keaiban mereka akan terdedah jika debat tersebut diadakan.

"Umno tidak berani berdebat apabila dikatakan sesat kerana mereka tahu parti mereka salah," ujarnya kepada kira-kira 500 petugas yang hadir.

Malah ujarnya, sekiranya Umno mengakui bahawa mereka benar-benar membawa Islam sebagai agenda perjuangan, Umno tidak mempunyai sebab untuk bergaduh dengan PAS.

"Kalau Umno itu Islam, kenapa dia hendak berbalah dengan PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan," tegasnya.

Menteri Besar Kelantan itu turut menyatakan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika sekiranya persoalan politik dibincangkan di dalam masjid.

"Saya bersetuju sekiranya isu parti tidak dibenarkan dibincangkan di dalam masjid.

"Tetapi isu politik juga dilarang disebutkan di masjid, saya tidak bersetuju sama sekali kerana politik itu adalah sebahagian daripada Islam," tegasnya lagi.

Tuan Guru turut menyelar Umno yang marah apabila dituduh sebagai komunis dan parti sesat.

"Dia marah sebab saya menyamakan mereka dengan komunis, tetapi kita kena ingat bila seseorang membuat persamaan sedemikian tidak bermakna ianya betul-betul seratus peratus serupa.

"Tidak perlu ada semua ciri tetapi sebahagian pun sudah cukup untuk samakan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua petugas agar berusaha untuk menyekat dakyah Umno yang dikhuatiri boleh mengeliru dan menyesatkan umat Islam di negara ini.

"Kita kena sekat ajaran Umno yang boleh menyesatkan rakyat negara ini dengan apa jua cara sekalipun, kerana ini merupakan salah satu daripada cara kita sebagai muslim untuk menjaga agama ini," katanya lagi.

Turut sama menyampaikan ucapan pada majlis yang sama, Pengarah Jentera Operasi Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Abdul Fatah Haron, Penasihat jentera, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, AJK PAS Pusat, Dato' Husam Musa, serta dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Baihaki Atiqullah.

Selain calon, Mohd Fauzi Abdullah, beberapa pimpinan utama negeri lain seperti Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, hadir memeriahkan majlis.

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year