Saturday, May 16, 2009
D
alam tersenggok-senggok ketika khutbah Jumaat hari ini (15 Mei), terdengar juga aku apa diutarakan khatib �kewajipan menimba ilmu dan sambutan Hari Guru 16 Mei ini. Kalau tidak diingatkan tok khatib, aku pun tidak teringat Sabtu ini (16 Mei) adalah Hari Guru.
Iklan
Orang rumahku seorang guru, jadi aku pun menelefonnya. Sahlah Sabtu ini adalah Hari Guru. Tetapi disebabkan Hari Guru jatuh pada Sabtu, kata isteriku, sambutannya akan diadakan pada Isnin, 18 Mei. Kepada isteriku dan semua guru diucapkan 'Selamat Hari Guru'.
Sebelum isteriku meletakkan telefonnya, sempat aku bertanya, tema sambutan tahun ini. Katanya, 'Guru Pembina Negara Bangsa'.
Khas untuk semua guru dan anak murid mereka, aku sertakan sajak 'Guru Oh Guru' nukilan SN Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya).
Sempena Hari Guru ini aku teringat pesanan salah seorang guruku yang sudah pun meninggal dunia. Katanya, dalam dunia ini janganlah tergila-gila mencari pangkat, kuasa, harta, kedudukan dan apa saja berkaitan kehebatan dunia.
Ini kerana jika kita ada 'benda-benda' ini, orang lain menunggu masa saja untuk mengambil atau merampas daripada kita. Sebagai contoh, jika kamu ada pangkat, ada orang mahukan pangkat kamu itu. Jika kamu ada kuasa, orang lain menunggu masa saja untuk mendapatkan kuasa kamu itu. Mungkin mereka akan terkata-kata, "bila dia nak pencen atau...supaya aku mengambil tempatnya."
Kemudian jika kamu berharta, orang lain pun mahukan harta kamu itu. Kamu berusaha keras (sehingga tidak memikirkan halal haram), tetapi akhirnya semuanya akan ditinggalkan. Jadi untuk apa kamu berusaha 'bagai nak gila' mendapatkan 'benda-benda' yang sentiasa dicemburui orang lain itu. Pencopet, perompak, penyamun, perasuah, pembohong; semuanya berusaha untuk mendapatkan harta kamu.
Katanya, carilah 'benda-benda' yang orang lain tidak boleh rampas daripada kamu. Carilah status 'hamba Allah' sebenar yang tidak mungkin orang lain merampasnya. Sebagai contoh siapa boleh rampas hubungan erat kamu dengan Allah yang boleh diperolehi dengan mengikut jalan ditunjukinya. Siapa boleh rampas solat kamu yang khusyuk, siapa boleh rampas zikir kamu atau ketenangan hati yang kamu miliki?
Pertingkatkanlah ilmu kerana tiada orang yang boleh merampasnya daripada kamu. Malah kalau kamu berkongsi (mengajar) ilmu, ia akan bertambah. Apabila ilmu dikeluarkan, ia akan menjadi semakin banyak, tidak seperti harta jika kamu keluarkan ia akan semakin habis.
Sayidina Ali k.w. yang disifatkan sebagai kunci ilmu kepada gedung ilmu (Rasulullah s.a.w.) mengingatkan, ilmu dapat menjaga kamu sedangkan kalau kamu ada harta, kamu yang akan menjadi hamba menjaganya.
Perkembangan semasa mengingatkan aku akan pesanan guruku itu. Hebat pesanannya kerana sekarang aku dapat saksikan perkara itu. Orang kini tanpa segan silu berebut-rebut mendapat kuasa, pangkat, kedudukan dan harta.
Mereka merebutkan kerusi Perdana Menteri, Menteri Besar, Speaker dan seterusnya. Aku menggeleng kepala melihat bagaimana seorang Speaker yang enggan meninggalkan kerusinya, diangkat bersama-sama kerusinya ke luar dewan Dun dan kemudian khabarnya dimasukkan ke dalam sebuah setor.
Benarlah pesanan guruku itu, janganlah kamu mengejar pangkat, kuasa dan harta; semua orang gila kepadanya. Sebaliknya sibukkanlah diri kamu mendapatkan pangkat di sisi-Nya dan itu tidak dapat dilakukan jika tidak berilmu. Jadi teruslah mencari ilmu. Hidup kamu akan lebih tenang kerana tiada siapa boleh merampasnya daripada kamu.
Kesimpulannya, sempena Hari Guru ini, dinasihatkan pada semua termasuk diri sendiri, carilah ilmu dan perkayakan diri dengannya kerana ia tidak boleh dicuri atau dirompak! Dengan memilikinya, insya-Allah kita akan selamat dunia akhirat.
Atikal Lain (Lanh14)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.