بسم الله الرحمن الرحيم 1 قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2 اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4 وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga
-
Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga, hasil tadabbur Surah Yusuf
dan Maryam
"... Masa dan sabar, pengubat hubungan..."
Surah Yusuf dan Maryam s...
Honda Supra GTR150 Punya Baju Baru
-
sewa motor di pontianak sewa motor pontianak Rental motor di pontianak Rental
motor pontianak Ojek motor pontianak Ojek Online pontianak
Penyegaran kembali...
Sinar Pawana Ramadhan
-
Assalamualaikum & Salam Ramadhan 1434H
Kelmarin sudah kedengaran sayup-sayup suara yang sering dinanti-nanti ,
suara yang sentiasa dirindui, dalam setahun...
Belanjawan 2012 Tidak Wibawa
-
MUKADIMAH Tan Sri Yang Di Pertua Izinkan saya merujuk kepada pembentangan
“Bajet 2012” oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu.
Lazimnya B...
Dasar Pakatan Rakyat dilulus sebulat suara
-
Dasar Pakatan Rakyat telah diluluskan sebulat suara dalam konvensyen
pertamanya pada jam 5.30 petang 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharram 1431
Hijrah bert...
'Virus' saluran 4 dan 5
-
SENARIO yang berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil
Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu agak menarik untuk direnung.
Ini kerana...
26 Best Angela Ermakova
-
[image: anna ermakova und ihre mutter angela]
*angela ermakova* life Boris Becker was born in Leimen a town in the German
State Baden W rttemberg as son of ...
Nasi lemak dan nikmatnya
-
Coretan pagi Selasa; nasi lemak dan nikmatnya:
Yg menjadikan nasi lemak ini sedap adalah: kesihatan...
dalam bahasa Arab disebut: Al-'Afiyah...
Kerana jika...
-
The painkillers that contain too much salt: Soluble versions of
paracetamol, aspirin and ibuprofen put patients at 22% more risk of strokes
- *Mill...
-
بسم الله الرحمن الرحيم
sesungguhnya melakukan TAAT itu mudah
jika dibantu oleh Allah s.w.t...
dan meninggalkan MAKSIAT itu juga mudah
jika dibantu oleh Al...
Salam 1 Muharram 1433H
-
[image: post signature] Sempena 1 Muharram ini, saya cuba untuk memulakan
langkah bagi mengembalikan semula blog pizmache yang hampir dua tahun tidak
t...
Tips Kuatkan Daya Ingatan
-
nina mazrina
Amalkan Tidur Yang Cukup
- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur
lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan...
Rahsia Solat Awal Waktu
-
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena
perubaha...
Pemangku Raja imam solat hajat
-
Pemangku Raja imam solat hajat
*TENGKU Muhammad Faris Petra mengimamkan solat hajat mendoakan
kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan yang ketika ini sedan...
dah bulan disember rupanya
-
terlalu sibuk dengan pelbagai perkara...sehingga sukar untuk menulis
catatan.
masuk bulan Desember bermakna umur kita akan semakin tua, wah dah tua pun
d...
CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA
-
pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,
merenung kembali perjalanan hidup,
ranjau dan onak yang telah dilalui,
semua berputar sekali lagi dlm mindaku…
...
Doa Seorang Ibu Kepada Anaknya
-
(Jalaluddin Rakhmat)
Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau perc...
-
*Dapatkan Mesej Bergambar di Sini*
"Dunia ini bagaikan bayang-bayang kamu. Jika kamu kejarnya, ia akan lari
dari kamu. Jika kamu berhenti, ia akan berhenti...
Dalam Pas juga ada kesilapan: Harap perbetulkanlah
-
Seorang naib presiden terkejut dengan dakwaan bahawa pembantu-pembantu
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan
menteri besar...
Fitna yang Memfitnah Umat Islam
-
Alangkah bagusnya media-media barat dan juak-juak mereka memperkecilkan dan
memperkotak- katikkan Islam dan Kalam Allah – Al-Quran! Alangkah seronoknya
mer...
K UALA LUMPUR, 14 Sept - Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada Isnin dan Selasa.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pagi tadi berkata, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
Katanya, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept. "Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di sini Isnin.
Dun Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pada 4 September lalu.
"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.
Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.
"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya. Sumber Disini
J akarta -Hidup mulia dalam pandangan Allah SWT sejatinya dapat dicapai dengan mengedepankan sikap qanaah. Mereka yang bersikap qanaah akan selalu merasa cukup dan ridha atas pemberian Allah SWT. Ini perwujudan rasa syukur yang hakiki.
Dalam realitas kehidupan saat ini yang hedonistik, kebanyakan orang akan merasa sulit bersikap qanaah. Sebab, keberhasilan hidup hanya dilihat dari sudut pandang sempit, bertolok ukur dari sekadar atribut duniawi, seperti kekayaan harta, pangkat dan jabatan.
Bagi yang tak bersikap qanaah, niscaya pikirannya hanya dipenuhi angan-angan tinggi yang melalaikan. Selalu merasa kurang dan tidak cukup, sehingga muncul sikap serakah. Juga dibarengi rasa dengki atas karunia Allah SWT kepada orang lain.
Tak jarang pula untuk mewujudkan keinginannya, seseorang melakukan tindakan menyimpang dari jalan–Nya. Akibatnya, keinginan yang diraih, tak memberikan keberkahan hidup. Sebaliknya, itu akan mengakibatkan seseorang jatuh dalam kehinaan dan kesengsaraan hidup. “Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Yunus 10: 107).
Ayat di atas merupakan jaminan Allah SWT atas karunia-Nya yang akan memberikan ketentraman hati. Tidak perlu ada kecemasan dan kekhawatiran, sehingga sikap qanaah akan selalu melekat kuat.
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah melihat orang yang lebih tinggi darimu. Yang demikian lebih layak agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah” (HR Bukhari-Muslim).
Dalam hadis itu, Rasullah SAW amat menekankan agar dalam urusan duniawi, kita melihat kepada orang yang lebih rendah. Jangan melihat yang lebih tinggi.
Ini akan memberikan kesadaran bahwa karunia nikmat Allah SWT telah banyak diberikan agar umat senantiasa bersyukur kepada Nya, pantang berkeluh kesah maupun pantang berputus asa menjalani kehidupan. Sikap qanaah hendaknya tak diartikan pasif dan pasrah secara total dalam menyikapi keadaan yang dihadapi.
“Barang siapa yang hari ini lebih baik dari kemarin sesungguhnya dia telah beruntung, barang siapa yang hari ini sama dengan kemarin, maka sesungguhnya ia telah merugi. Dan barang siapa yang hari ini lebih buruk dari kemarin, maka sesungguhnya ia terlaknat.” ( HR Dailami ).
Rasulullah SAW telah memberikan dorongan dan motivasi untuk meraih kemajuan, tapi masih dalam bingkai qanaah. Selalu bersikap optimistis dalam menghadapi kehidupan dengan ikhtiar dan bertawakal kepada-Nya merupakan jalan terbaik.
*) Muhammad A.Saefulloh, MA adalah asatidz Majelis Azzikra dan Kepala Madrasah Aliyah YAPINA alternatif Islamic Schools Bojongsari Sawangan, Depok, Jawa Barat.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas pendirian Mufti Perlis SS Dr Asri Zainol Abidin yang tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik.
K OTA BHARU, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja.
Menurutnya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah Umno seolah-olah menggambarkan pemimpin Umno menganuti aqidah lain.
Kata beliau 'aqidah Umno' yang cuba dibawa pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya fahaman yang salah kerana manusia tidak boleh mencipta aqidah sendiri.
"Manusia tak boleh membuat aqidah sendiri, begitu juga PAS tidak boleh memperkenalkan aqidahnya sendiri kecuali berpegang pada aqidah atau ajaran Islam sebenar," katanya di pejabatnya hari ini.
Baru-baru ini Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kuala Krai meminta PAS jangan menuduh Umno Islam pada luaran sahaja. Beliau juga mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah orang Umno. Ini, kata Najib, boleh timbulkan kekalutan dan kekeliruan dalam masyarakat.
Nik Abdul Aziz berkata, apabila Umno membuat aqidah sendiri, ia jelas menggambarkan aqidah baru ciptaan parti itu.
"Kalau pun kita ada dasar parti, dasar parti itu mesti diselaraskan dengan Islam dan bukannya membuat aqidah sendiri," ujarnya.
Kata beliau apabila dasar parti mengikut acuan Islam sudah tentu ia tidak memberikan masalah kepada sesiapa juga.
Katanya, kerana itu beliau sering mengingatkan pemimpin Umno supaya mengubah dasar parti dari kebangsaan kepada Islam kerana ia selaras dengan aqidah sebenar.
"Kerana itu tiap-tiap orang mukmin akitivitinya kerana Allah, jadi saya hairan bila Umno menyebut istilah 'aqidah Umno'," ujarnya.
Kata Nik Aziz juga, apabila manusia menolak hukum Allah, tarafnya seumpama setinggan di bumi ini. _Sumber Disini
K UALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia bersetuju untuk membayar gantirugi walaupun tidak mengaku liabliti kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) kerana menahan beliau di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu membayar RM50,000 kepada beliau kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.
Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.
Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.
Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.
Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.
(Gambar: Inilah aksi ketika Mustafa ditahan dahulu. Kerajaan setuju bayar gantirugi kepada Mustafa kerana kejadian ini)
Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.
Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.
Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.
Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.
Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.
"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.
Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.
Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.
Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.
"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.
Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis. _
K OTA BHARU, 12 Ogos (Hrkh): Kerana kehebatan dan kejayaannya menggugat Barisan Nasional (BN) khasnya Umno, menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di serang habis-habisan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik.
Bagi beliau, semuanya berdasarkan satu perkara sahaja iaitu dengki terhadap Ketua Pembangkang itu sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.
Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas serangan besar-besaran Umno terhadap Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini.
Ia bermula dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mendakwa Anwar adalah pengkhianat orang Melayu. Namun, tidak ada sebarang kenyataan yang jelas apa dia pengkhianatan yang dibuat Anwar.
Ekoran itu, Anwar menghantar notis peguam kepada Muhyidin dan meminta agar kenyataan itu ditarik balik dan meminta maaf kepadanya.
Namun, ia ditolak oleh Muhyidin bahkan selepas itu, Umno Johor berhimpun di Paguh dan meneriakkan perkataan "Anwar pengkhianat" secara beramai-ramai. Mereka juga mencabar Anwar menyaman mereka.
Menurut Nik Aziz, Umno seharusnya menyerang dasar perjuangan parti PKR dan bukannya individu sekiranya mendapati perjuangan parti itu tidak betul.
Image(Gambar: Hubungan rapat antara Anwar dengan Nik Aziz dan Abdul Hadi) Katanya lagi, dalam sejarah ketamadunan manusia, Namrud dan Firaun walaupun berkuasa namun kerana menghianati ajaran Allah, mereka tetap menerima padah serta hukuman dari Allah walaupun berbangsa Arab.
Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.
Beliau melahirkan rasa malu terhadap orang politik Malaysia yang menyerang individu secara besar besaran dengan mengatakan Anwar sebagai penghianat bangsa.
Jelasnya, kalau demikian hujjah Umno, Nabi Muhammad saw juga boleh diistilahkan sedemikian kerana baginda turut menentang bapa saudara yang sebangsa dengannya.
"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,�ujarnya lagi.
Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.
Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.
Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.
"Kita ni nak naikkan (fahaman) politik, dan bukannya nak menaikkan atau memburukkan individu tertentu, tak betul, itu memalukan kita,"ujarnya.
P ERMATANG PAUH, 12 Ogos (Hrkh) - PAS dan Barisan Nasioanal (BN) akan mengumumkan nama calon untuk Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir secara serentak pada 14 Ogos ini.
T ANJONG KARANG: Ibu seorang mangsa kejadian gas ammonia bocor di kilang memproses baja ikan di Bagan Pasir di sini, pagi semalam, cuba menegah anaknya, Lim Kean Chew, daripada memasuki kilang itu.
Bagaimanapun, Kean Chew, 35, yang juga penyelia kilang itu yang dimiliki abangnya, Kean Boon, 38, tetap mahu masuk untuk menyelamatkan dua pekerja warga Bangladesh yang terjatuh dalam kolam penyimpanan ikan.
Suri rumah, Tan Chu Mou, 63, berkata sebaik saja anaknya memasuki premis kilang itu, mangsa terus rebah.
"Saya minta Kean Chew jangan masuk kerana gas bocor dan bimbang apa-apa terjadi padanya, tetapi dia tetap masuk kerana mahu menyelamatkan pekerjanya.
"Apabila saya melihat anak saya rebah, saya pun menjerit meminta pertolongan yang didengari jiran saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tanjong Karang (HTK) di sini semalam.
Tan berkata, isteri Kean Chew bekerja di Klang dan pasangan itu mempunyai tiga anak.
Chu Mou berkata, anaknya baru menukar paip pada alat pemampat pada sistem penyejukan di kilang itu, tiga bulan lalu dan tidak pasti mengapa kebocoran boleh berlaku.
Anak kepada seorang lagi mangsa, Lim Gee Geat, 31, berkata bapanya, Lim Kim Soon, 59, pergi ke tempat kejadian selepas mendengar seseorang menjerit meminta pertolongan.
"Rumah kami terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. Kami terdengar orang meminta tolong lalu ayah bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.
"Saya diberitahu apabila ayah saya memasuki kilang itu, dia pun pengsan," katanya.
Sementara itu, sepupu seorang mangsa warga Bangladesh, Mumin Mia, 20, Kamal Mirza, 19, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakannya yang tinggal berhampiran dengan kilang berkenaan.
Katanya, kali terakhir beliau berjumpa dengan Mumin, bulan lalu dan memintanya mengirim wang ke kampung selepas mangsa menerima gajinya.
"Mumin sebelum ini bekerja di Johor Bahru. Bagaimanapun, sejak tujuh bulan lalu, mangsa datang bekerja di sini.
"Mumin masih bujang dan kampung kami adalah di Dhaka, Bangladesh," katanya.
INFO Ammonia
Sejenis gas kimia yang tidak mempunyai warna dan berbau sengit
Ia adalah sebatian daripada hidrogen dan nitrogen
Apabila gas Ammonia masuk ke dalam kerongkong, ia membentuk alkali menyebabkan sel mati dan menyempitkan salur pernafasan dan sesak nafas
Ia boleh menyebabkan kepedihan mata dan rasa seperti terbakar pada kulit
Pendedahan berterusan pada dos yang tinggi boleh mengurangkan kadar oksigen dalam badan dan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kematian
S udah lebih setahun kerajaan PR memerintah negeri Pulau Pinang. Sudah 2 pilihanraya kecil dilalui selepas memerintah negeri Pulau Mutiara tersebut.
Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh kerajaan Negeri baru memerintah tidak sampai setahun, PKR menang bergaya. Manakala tatkala Pilihanraya Kecil Penanti PR sudah memerintah lebih dari setahun, namun oleh kerana BN kecut perut untuk berlawan, PKR menang besar walaupun peratusan pengundian hanya sekitar 50 %.
Kali ini ujian lebih hebat menanti PAS yang mewakili PAS. Setelah setahun lebih memerintah, kerajaan PR pimpinan DAP sekali lagi akan diuji. Kali ini ujian lebih hebat kerana 'demand' rakyat lebih hebat kerana sudah tahun PR memerintah sudah tentu rakyat menagih janji-janji PR pada Pilihanraya Umum lalu.
Namun rakyat harus ingat setahun bukanlah masa yang lama. Mustahil bagi sebuah kerajaan negeri yang baru dibentuk dapat menunaikan 100 % janji-janjinya dalam masa setahun.
Tetapi kerajaan Negeri Pulau Pinang membuktikan janjinya apabila berjaya menjalankan program-program seperti dibawah :-
Portfolio : MMK Pembangunan Industri & Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah yang dipegang oleh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng.
SECARA KESELURUHAN
1. Memperkenalkan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti & Telus) pertama di Malaysia: memerangi rasuah dan membuktikan sebuah kerajaan bersih boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kerajaan berasuah;
2. Pembatalan saman atas penjaja kecil dan saman kesalahan letak kereta;
3. Membuka Jambatan Merah di Fasa 3 Bayan Lepas untuk mengurangkan kesesakan trafik;
4. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;
5. Kajian semula prosedur pentadbiran tanah/penyiasatan penyelewengan tanah;
6. Pembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak RM500,000;
7. Melantik ahli NGO dan seorang AKU pertama sebagai Ahli Majlis Kerajaan Tempatan;
8. Papan-papan tanda jalan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dengan Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dengan Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu dengan Bahasa Jawi/Arab dalam linkungan Zon Warisan Georgetown;
9. Usaha-usaha pemulihan KOMTAR termasuk mengekalkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR;
10. Sebut harga tender terbuka melalui internet dengan pelaksanaan Sistem e-Perolehan yang membolehkan tender terbuka menerusi internet dan tempoh bantahan;
11. Jumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 mencecah RM10.2 bilion berbanding dengan RM4.7 bilion pada tahun 2007;
12. Usaha menarik pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi RM1 bilion dan juga melicinkan pentadbiran kerajaan negeri seperti dasar “bina dulu, lulus kemudian”;
13. Pengambilan pekerja asing di sektor pembuatan, terutamanya sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan;
14. Penubuhan Pusat Bantuan dan Latihan Kerjaya (CAT Centre) untuk membantu golongan yang hilang kerja;
15. Menubuhkan Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Pulau Pinang dengan jumlah pinjaman maksima sebanyak RM10,000.00 dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun bagi setiap pemohon;
16. Menubuhkan Penang Global Tourism Sdn. Bhd. Untuk mempromosi dan menggalakkan pembangunan sector pelancongan;
17. Menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM8.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah menengah persendirian. Peruntukan RM1.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat adalah tambahan daripada RM3.7 juta yang diperuntukkan untuk tujuan pendidikan agama bagi tahun 2009 oleh kerajaan negeri;
18. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300 ribu untuk tahun 2008-2009;
19. Memberi wang ehsan RM100.00 kepada lebih 170,000 buah keluarga miskin yang membelanjakan RM17 juta;
20. Mengecualikan semua sekolah milikan bukan kerajaan yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;
21. Menyediakan perkhidmatan WiFi dan WiMax secara percuma di seluruh negeri;
22. Mendirikan Industri Halal Hub dengan peruntukan kawasan tanah perindustrian sebanyak 131 ekar di Bukit Minyak untuk Fasa 1 dan 2;
23. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;
24. Pemberian bantuan beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;
25. Berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan dengan bantuan kewangan di bawah Rancangan Anti-Kemiskinan (RAK);
26. Penubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat (CAT) – ke arah kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan kekangan;
27. Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri melalui internet, Web TV;
28. Cadangan penukaran Hakmilik daripada Pajakan kepada Pegangan 99 tahun untuk tanah industri/komersial dan hakmilik kekal untuk kediaman rumah pangsa/rumah kos rendah dan sederhana demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;
29. Had masa larangan kenderaan berat atas Jambatan Pulau Pinang dan pengeluaran pas khas untuk mengatasi masalah kesesakan di Jambatan;
30. Menetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam kepada mangsa-mangsa;
31. Melantik Timbalan Ketua Menteri pertama di Malaysia daripada kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk Invest, Penang;
32. Mengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK kepada RM350.00 dan RM250.00 sebulan daripada RM600.00 dan RM500.00 masing-masing;
33. Memberikan penganugerahan pingat dan bintang berdasarkan sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya latar belakang politik di mana buat pertama kali tidak ada seorang ahli Exco, ADUN ataupun Ahli Majlis kerajaan tempatan menerima pingat yang menyebabkan bilangan Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri dan Dato’ dikurangkan daripada 82 pada tahun 2007 kepada 38 pada tahun 2008;
34. Melarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan;
35. Penghargaan dan pengiktirafan kepada para hafiz secara kewangan terhadap penghafal dan pengajar Al-Quran yang berkhidmat di Negeri Pulau Pinang;
36. Peruntukan RM1 juta untuk tujuan Rukun Tetangga yang akan dikenali sebagai Pasukan Rondaan Sukarela (PRS) demi mengawal keselamatan awam dan mempertingkatkan usaha memerangi jenayah;
37. Menjalankan usaha penjimatan kerja kontrak dan pembekalan kerajaan negeri dengn memastikan ia adalah bernilai dengan harga munasabah di mana wang kerajaan sebanyak RM1.62 juta dijimatkan seperti projek pembaikan semula Keretapi Bukit Bendera;
38. Mendapat balik pembayaran denda RM4.2 juta daripada Gamuda Berhad yang gagal mematuhi keperluan kebenaran merancang untuk projek landasan berkembar keretapi sebanyak RM12.485 bilion;
39. Mendapat balik bayaran royalti pasir RM6.6 juta daripada Penang Port Sdn Bhd;
40. Menuntut balik tunggakan cukai pintu bangunan milikan UMNO dan MCA bertahun-tahun sebanyak RM238,632.17; dan
41. Pemberian rebat RM5-RM10 sebulan untuk rumah beribadat sebanyak RM64,000 setahun.
PENTADBIRAN TANAH
1. Ke arah usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan keputusan dan mengurangkan kerenah birokrasi, kerajaan negeri telah menghapus jawatankuasa yang tidak diperlukan. Berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, rujukan untuk ulasan jawatankuasa berikut telah dihapuskan: (a) Jawatankuasa Ad-hoc Tukarsyarat Tanah; (b) Jawatankuasa Tebatan Air; dan (c) Jawatankuasa Tanah Bukit
2. Kerajaan negeri telah memberi lebih peluang dan keyakinan kepada pemilik-pemilik tanah untuk mendapatkan tempoh pajakan tanah yang lebih panjang melalui dasar kebenaran untuk menyambung tempoh pajakan tanah industri dan komersil kepada 99 tahun bagi semua jenis tanah dan hakmilik kekal bagi kediaman rumah kos rendah dan sederhana (yang kini hendak dimaklumkan kepada Majlis Tanah Negara);
3. Penubuhan Jawatankuasa bersama-sama ahli-ahli profesional daripada 5 pertubuhan pakar dan profesional bagi memperbaiki dan mempermudahkan prosedur dan proses urusan tanah; dan
4. Kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar mengenai pelupusan tanah-tanah yang strategik yang dibuat melalui proses tender terbuka di manasemua syarikat boleh mengambil bahagian. Langkah ini untuk mengelakkan daripada kecenderungan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja.
Bersambung ............banyak lagi yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Exco kerajaan negeri yang lain. Sumber
P ada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab "telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik. tiada pernah jatuh lagi dahulunya iaitu datang seorang nama Haji Encik Sa'id bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu tariqat Ahmadiyah."
Demikianlah, antara salinan isi warkah pertanyaan daripada Raja Kelantan, bertarikh 14 Ramadhan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus "kepada orang tua sahaya, Wan Ahmad bin Haji Wan Din Patani, seorang tokoh ulama' besar Alam Melayu yang menetap di kota Makkah. Haji Encik Sa'id -tokoh kontroversi yang telah mencetuskan keresahan tersebut itulah yang hendak kita perkenalkan pada kali ini.
Tiada Apa Dalam Ucapan Dasar Zahid Hamidi
-
*ULASAN*
SELAMA satu jam 15 minit *Dr Ahmad Zahid Hamidi* menyampaikan ucapan dasar
di PAU sekejap tadi. Saya menunggu apakah *punch line*, tetapi gagal....
Pengumuman
-
~Sesungguhnya tiada satu rakyat negeri di Malaysia ini yg lebih mengambil
berat dan cakna akan rakan senegerinya dgn sebenar pengertian melainkan
rakyat ke...
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
-
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan
Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM...
-
http://detikislam.blogspot.com, 28 Sep 2013
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari
memakan daging kambing, kerana daging ...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebel...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
Hindarilah Sifat Jahil Dan Taksub…
-
Kejahilan bukan sahaja akan melahirkan sikap taksub, malah lebih daripada
itu ia mempunyai implikasi buruk terhadap kehidupan. Ia boleh menyebabkan
kebinas...
Alienware M17
-
[image: alienware-m17]Alienware M17 is the latest laptop from this great PC
gaming company. It features ATI video cards (yes, it includes multi-GPU
Cross...
KERJASAMA YANG DINANTIKAN UMAT MELAYU
-
Mengulas kerjasama politik UMNO-PAS, Prof Datuk Dr Sivamurugan Padnian dari
USM dipetik oleh akhbar The Star hari ini (8/9/26) sebagai berkata:
"The poss...
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID?
-

PERTANYAAN KEPADA MENTERI
Soalan:
Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan
projek My Digital ID, khususnya melibatk...
Bekam Bergerak Kelantan.
-
🕋 *RAWAT BADAN DENGAN SUNNAH – AMALKAN BEKAM* 🩸
Rasulullah SAW bersabda:
*“Sesungguhnya sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah dengan
berbek...
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Selamat Datang Ramadhan...
10 hari menjelang Ramadhan, suasana sekeliling masih seperti biasa. Semua
o...
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...
Menyingkap Sirah Junjungan
-
Selawat dan salam buat junjungan besar kekasih Allah, Muhammad SAW.
Pagi ini seperti hari-hari lain, kelas pagi di pejabat ini berjalan seperti
biasa. Ter...
Dah pindah
-
Assalamualaikum,
Blog ni dah dipindahkan ke SINI PULAK DAH - KLIK KLIK
Kat sini beku ler... (memang dah lama beku pun..) tak ada update lagi sini
(macam l...
3 Kaedah Lain Untuk Update Windows
-
[image: image]Ramai pengguna Windows sering bertanya apakah ada kaedah lain
untuk melakukan update terhadap sistem operasi Windows yang mereka gunakan?
Ker...
Sajak "Keretapi Malam"
-
Program "Chat With Me Ayah Chik & UAI"
Sempena Sambutan Tahun Baru 2015
Dewan Tok Guru, Rusila
31 Disember 2014
Bersama Ust Nazmi Karim, Ust Kamaruzzaman,...
Kuliyah.net
-
Salam.. sahabat-sahabat sekalian dijemput untuk melayari laman web
Kuliyah.net . Laman web ini merupakan kesinambungan dari laman
sesumpahgarage.blogspot.c...