Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Golongan Ruwaibidhah di Malaysia

S
iapakah golongan Ruwaibidhah? Kehadiran kelompok ini memang mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam serata dunia. Kecelakaan menimpa umat ini memang parah. Dan kehadiran mereka adalah salah satu penyebabnya. Iklan

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.

Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai." [Ibnu Majah]

Menurut keterengan Ustaz Fahmi Zam Zam dalam 40 hadis susunannya berhubung akhir zaman, beliau menyimpulkan bahawa era di mana terbitnya Ruwaibidhah ini adalah zaman ketandusan daripada segi material dan pemikiran.

Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanya peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Ciri-ciri Ruwaibidhah
Berdasarkan hadis itu, kita dapati Ruwaibidhah adalah mereka yang hadir pada era tandus dan kekeringan hikmah, pengetahuan hingga umat tidak lagi mampu berfikir dengan cara betul. Ini isyarat pertama.

Oleh sebab masyarakat menjadi bodoh kerana diperbodohkan pihak penguasa, maka orang berdusta pun boleh menjadi benar dan orang yang benar pula boleh dikatakan sebagai telah berdusta. Ini isyarat kedua.

Pengkhianat diminta memegang amanah dan orang yang amanah dituduh pengkhianat. Ini isyarat ketiga.

Isyarat keempat dan yang terakhir; yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Inilah yang paling utama sekali. Kita akan huraikan kemudian, kenapakah isyarat ini yang dianggap penting dan terutama.

Mengakhiri sabdanya, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa pada hakikatnya.. Ruwaibidhah itu manusia yang kerdil, hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.

Ruwaibidhah di negara kita
Antara ciri-ciri yang utama Ruwaibidhah ini ialah sistem yang dipegang, amalan pentadbiran dan cara hidup era tersebut telah menyebabkan, hanya golongan Ruwaibidhah sahaja yang bercakap. Manakala, penyertaan suara yang selain daripada mereka tidak diberikan.

Keadaan ini menyebabkan maklumat menjadi tidak seimbang, rakyat akan mendengar sebelah pihak dan menelan bulau-bulat propaganda mereka. Dengan sebab inilah masyarakat dan rakyat tu menjadi semakin bodoh kerana diperbodohkan.

Setelah masyarakat tidak cerdik, maka berleluasalah gejala lain seperti, orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung-sanjung dan didewa-dewakan.

Akta-akta, undang-undang diperkenalkan sehingga menyekat penyertaan suara orang-ramai. Orang yang benar-benar ikhlas dan jujur sangat kurang peluangnya untuk bercakap, menulis dan melontarkan pandangan. Media dikawal rapi. Pendek kata inilah ciri-ciri diktator pada hari ini.

Sebenarnya, jika mereka ingin menunjukkan kebaikan, semua itu hanyalah sekadar sandiwara dan lakonan. Mereka mungkin mahu menyekat suara orang-ramai, tetapi dikhuatiri akan dinamakan kukubesi dan diktator. Maka, sesekali terpaksalah mereka merelakan penyertaan suara khalayak ramai. Tapi, selepas itu mereka akan menutupnya semula.

Peluang bercakap cuma dimiliki sepenuhnya oleh watak-watak yang hina dan mereka ini tak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya. Bayangkan, ruang bercakap di media, radio dan televisyen dimonopoli oleh orang yang tidak tahu mengendalikan masalah rakyat.

Sedangkan, mereka yang benar-benar bijaksana dalam urusan menyelesaikan masalah rakyat telah diketepikan suara mereka itu dalam ruang media. Dan jika mereka yang bijaksana ini mahu mencari pentas ceramah dan pidato, permit boleh ditarik balik pada saat-saat akhir setelah pada awalnya permit itu diberikan.

Perkembangan mutakhir ini menyebabkan ramai pihak boleh menyatakan suara dan bantahan mereka menerusi blog, laman web dan sebagainya. Namun, mereka tetap terdedah kepada unsur godaman internet oleh pihak-pihak tertentu, ditahan reman di bawah akta tertentu untuk disoal-siasat dan lain-lain tindakan lagi.

Bagaimana mengatasi Ruwaibidhah?
Tidak guna juga jika kita merincikan siapakah Ruwaibidhah tanpa memberikan imbuhan mengenai bagaimanakah caranya untuk menangani puak-puak Ruwaibidhah ini.

Asas atau kunci untuk menumbangkan hegemoni, legasi puak-puak Ruwaibidhah ini amat bergantung kepada taraf kecerdikan rakyat yang telah diperbodohkan selama ini. Ketika masyarakat cerdik dan cekap membuat keputusan, maka Ruwaibidhah ini akan tumbang dengan sendirinya nanti, insya Allah.

Islam telah pun menggariskan apakah ciri-ciri munafik sebagai musuh utama umat Islam. Munafik sebenarnya bukan Islam. Mereka kelihatan Islam di luaran, tetapi dalamannya masih kufur. Munafik akan terlempar dalam neraka terlebih dahulu. Dan, tidak sah berimamkan orang munafik kerana pada hakikatnya mereka adalah kufur.

Demikian ciri munafik. Tetapi, sukar dikenalpasti kemunafikan ini lantaran mereka juga bersolat seperti orang lain.

Sementara ciri-ciri ruwaibidhah ini boleh jadi terlekat ke atas Muslimin dan orang bukan Islam. Dalam masyarakat Islam ada pemimpin ruwaibidhah dan begitu juga dalam negara bukan Islam. Pendek kata, ruwaibidhah adalah ciri universal yang dimiliki oleh mana-mana bangsa, agama dan kepercayaan.

Kehadiran golongan ruwaibidah bersifat merentasi sempadan bangsa, negara, agama dan kepercayaan dan boleh mereka hadir di mana-mana jua. Sedangkan munafik hanya suatu gelaran yang dinisbahkan kepada orang bukan Islam yang menyamar untuk melemahkan umat Islam daripada dalam. Ini ciri khas untuk masyarakat Islam sahaja.

Penawar untuk menjatuhkan tembok keangkuhan ruwaibidhah ialah.. perjuangan menegakkan kebebasan bersuara, menggalakkan kemunculan ruang media yang lebih banyak untuk membongkar isi filsafat songsang mereka selama ini.

Penyertaan bersuara dalam kalangan rakyat menggetarkan seluruh hati dan perasaan kelompok Ruwaibidhah kerana tipu daya mereka akan terbongkar. Niat jahat mereka ditumbangkan oleh bedilan kata-kata pejuang kebenaran. PPSMI dan Ruwaibidhah
Sabda Rasulullah s.a.w, Ruwaibidhah ini sebenarnya watak manusia yang kerdil, hina dan mereka ini sebenarnya tak tahu mengenai cara bagaimana mahu menyelesaikan masalah orang-ramai. Masalah masyarakat yang tidak selesai, belum selesai dan separuh selesai ini berpunca daripada kegagalan media yang seimbang untuk beroperasi secara adil.

Ruwaibidhah inilah yang dengan takburnya mengangkat suara: "Perjuangan belum selesai!"

Mahu selesai bagaimana sedangkan mereka inilah antara penyumbang saham terbesar dalam usaha meruntuhkan tamadun bangsa ini. Suara-suara untuk menegur dihalang. Yang ingin membuat pembaharuan dipecat, dan dikenakan pelbagai tindakan.

Sebenarnya, banyaklah masalah rakyat yang belum selesai di bawah pemerintahan Ruwaibidhah ini. Ciri-ciri terakhir yang telah digariskan oleh baginda rasulullah ialah mereka ini tidak mengerti urusan orang-ramai. Mereka tidak tahu kerana tidak turun padang bagi menyelami hakikat sebenarnya.

Tak perlu ambil contoh urusan rakyat yang terlalu banyak. Ambil contoh PPSMI saja. Adakah Ruwaibidhah ini boleh turun menyamar dan betul-betul menyelidik mengenai susah-payah orang bawahan, guru-guru yang mahu melaksanakan PPSMI?

Ternyata Ruwaibidhah tidak tahu banyak kesukaran rakyat bawahan. Selain itu, orang yang ingin bercakap benar seperti guru-guru yang ingin melontarkan keluhan, tidak diizinkan bercakap di media dengan ugutan tertentu oleh Ruwaibidhah.

Malah, cendekiawan yang benar dalam kalangan GMP dituduh sebagai pendusta. Sedangkan si Ruwaibidhah ini pula dikatakan sebagai orang yang benar dalam ucapannya.

Tokoh-tokoh GMP sentiasa hadir dengan jumlah bilangan yang sama dan kehadiran mereka tidak berubah. Walhal Ruwaibidah telah berubah daripada Hishammuddin Hussein kepada Muhyiddin Yassin. Mengubah seorang Ruwaibidhah kepada Ruwaibidhah yang lain tidaklah mengubah apa-apa dasar itu pun.

Ini kerana Ruwaibidhah tetaplah digantikan dengan Ruwaibidhah. Salin pakaian dan baju sahaja sedangkan roh, jiwa serta pemikiran termasuk sistemnya tetaplah sama.

Adakah hal ini pun salah satu daripada strategi halus Najib juga untuk menyelamatkan sepupunya Hishammuddin dan supaya Muhyiddin terbeban dengan banyak hal dan akhirnya hal ini menjadi hujah untuk menyingkirkan Muhyiddin kemudian hari?

Ruwaibidhah Najib akan melakukan banyak sandiwara lakonan sepanjang pemerintahannya. Bermula rampasan kuasa di Perak, kemudian penarikan penggantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan dalam keadaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang masih dikekalkan, Ruwaibidhah ini masih lagi menyekat dan membataskan penyertaan suara.

Adalah perlu bagi Ruwaibidhah Najib menonjolkan kebaikannya buat sementara waktu. Tetapi gergasi Ruwaibidhah ini tidak boleh menipu para pengamal media yang terlalu cukup masin dengan pengalaman ketika menekuni tipu helah Najib dan fasih pula dengan sandiwara membebaskan 13 tahanan ISA itu.

Masa dan waktu, bersulam keinginan rakyat mencari ruang maklumat yang lebih banyak menyebabkan Ruwaibidhah akan hancur sedikit demi sedikit. Anai-anai maklumat inilah yang akan meruntuhkan tembok gergasi Ruwaibidhah Najib, insya Allah!

12:50 p.m, 15 April
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Pandangan, kritikan dan maklumbalas boleh disalurkan lewat mel-e

mailto:ibnuamir@yahoo.com.

Atikal Asal


Baca Selanjutnya...

Jamil Khir Bakal Baca Talqin Untuk Umno/BN


C
onfirm Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Umno kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.

Saya pernah diberitahu oleh Kapten (B) Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno. - detikdaily


Masalahnya biasalah ustaz Umno ini dia jumpa dengan kita tidak mengaku dia sokong Umno. Jamil Khir pernah beritahu kepada saya, orang kampung duduk kata dia akan bertanding atas tiket Umno, orang Umno kata akan bertanding atas tiket Pas. Saya pun kata dekat dia, inilah anta tidak jelas dalam penderian politik. Dan saya beritahu kepada dia jangan cemarkan keluarga anta yang terkenal sebagai orang kuat Pas.
Mungkin PM baru letak beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk lawan kekuatan Pas di Kedah. Beliau berada di kawasan Dato’ Seri Azizan Razak, MB Kedah kubu kuat Pas di Kedah. PRU 13 beliau akan lawan di Parlimen Jerai atau lawan Ustaz Azizan Razak di DUN Sungai Limau.

Tidak tahulah saya apa yang Jamil Khir hendak cari. Tidak cukup lagikah gaji dalam Kagat. Kaya macam mana pun mana boleh makan ikan siakap sekali makan tujuh ekor.

Patut beliau kena fikir semua orang agama dalam Umno macam daun kari sahaja. Waktu hendak bagi gulai bau sedap maka daun kari digunakan. Waktu hendak makan, daun kari ditolak ketepi. Macam itulah nasib ustaz dalam Umno dan saya yakin itulah juga akan menimpa beliau sikit hari lagi. Umno guna waktu dia menjadi seleberiti di kaca TV sahaja. Selepas tidak laku lagi balik kampung bawa mesin padi dekat Yan.

Beliau menyertai cabinet masuk waktu kapal Umno sudah hendak karam yang dipimpin Datuk Seri Najib dan mentolnya Tun Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem negara selama 22 tahun. Terima jawatan waktu PM yang sampai hari ini tidak berani hendak saman akhbar Perancis yang menuduh beliau dalam kes Antatuya.

Mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno”

Eloklah wahai Jamil Khir anta tolong baca talqin bersama dengan Tun Dr Mahathir yang mengiringi Datuk Seri Najib di kubur Umno tidak berapa lama lagi. Atikal Asal


Baca Selanjutnya...

Bertambah lagi ular dalam semak


T
eringat dan terkenang ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor dalam mentafsirkan ulama-ulama yang menjadi pengampu kerajaan yang tidak berani berkata benar di depan 'boss' mereka.

Kata Almarhum, itu bukan Ulama' itu Ulaq (ular) dalam semak, bila depa kenyang depa dok diam tak kata apa-apa. Begitulah kiasan Almarhum kepada sikap Ulama'-ulama Umno yang mendiamkan diri sahaja walaupun terbukti kerajaan BN/Umno melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

Kini koleksi Ular Dalam Semak bertambah lagi seorang. Terbaru ialah Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, orang Yan yang kampungnya tidak jauh dari Menteri Besar Kedah. Keluarga terdekat beliau pula memang pimpinan dan aktivis PAS. Ayah beliau pernah menjadi AJK PAS Kawasan manakala adiknya pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Kalau sebelum ini sudah ramai Ular Dalam Semak ini yang bila bisanya telah habis mereka dibuang bagaikan perumpamaan habis madu sepah dibuang. Antaranya Ular Dalam Semak ini ialah Abdullah Mat Zin, Hamid Zainal Abidin, Hamid Osman, Yusof Noor, Wan Mokhtar, Awang Jabar, Nakhai'e Ahmad, Dusuki Ahmad, Zainal Abidin Sakom, Syarifah Dora, Mustafa Taib, Nor Deris dan lain-lain.


Kemana mereka ini sekarang semuanya sudah menjadi kupang tembaga dan dilupakan setelah 'jasa' mereka mengHALALkan semua yang dilakukan oleh BN walaupun jelas ianya bertentangan dengan Islam.

Kini Jamil Khair pula masuk kategori Ular Dalam Semak yang sekarang ini bergandingan dengan Mashitah Ibrahim seorang lagi Ular Dalam Semak yang sudah 2 penggal bergelumang dengan dosa BN memerintah Malaysia

Mereka ini akan tahu suatu hari nanti bahawa 'jasa' mereka mengHALALkan yang HARAM akan dibalas dengan sehina-hinanya oleh BN.

Seperkara yang saya ingin nyatakan di sini sanggup Jamil Khair ini duduk di sebelah sana menentang Tuan Guru Nik Aziz, Prof Dr Haron Din, Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Taib Azamuddin dan rakan-rakannya sendiri senior atau junior seperti Ustaz Mohamad Hussin, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasir dan lain-lain. - muslimeen united Atikal Asal



Baca Selanjutnya...

Vokalis kumpulan Arrow sertai PAS, Amy Search cuma perhati


K
OTA BHARU, 12 April (Hrkh) - Sempena program yang bertemakan 'Jom Sertai PAS', vokalis kumpulan rock Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS. Iklan

Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir tengah hari semalam.

Turut menyaksikan majlis yang penuh bersejarah lagi ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julung kali pernah diadakan di peringkat negeri itu anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya, beliau bersedia menyertai parti Islam itu setelah tertarik dengan ucapan Tuan Guru ketika merasmikan majlis berkenaan, walaupun ringkas namun padat serta berisi dengan mesej yang baik.

Beliau yang tidak pernah mendengar ceramah agama dari pimpinan PAS sebelum ini, mengakui ucapan Tuan Guru cukup meresap dalam jiwanya.

Beliau hadir pada majlis itu hari ini bersama artis lagenda kumpulan rock, Amy Search sempena majlis Himpunan Belia Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bagaimanapun Amy Search yang menjadikan Tuan Guru sebagai 'idolanya' belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

Katanya, pergerakannya dilihat secara halus oleh peminatnya sendiri, jadi untuk ketika ini beliau ingin berdiri sebagaimana artis biasa.

"Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian," ujarnya.

Sambungnya, beliau bersedia menerima undangan Dewan Pemuda PAS Negeri atas dasar tanggungjawabnya tanpa melihat risiko pada masa hadapan, kerana beliau tidak pernah memikirkan soal itu.

"Tidak perlu fikir soal risiko sebab kedatangan saya ke sini langsung tidak pernah saya fikir ianya suatu risiko bahkan saya sebagai artis berhak ke mana-mana untuk tujuan yang baik dan untuk bersama peminat," ujarnya lagi.

Namun bagi Amy jemputan menghadiri program tersebut merupakan suatu rezeki Allah yang tidak ternilai, apa lagi dapat membuat persembahan di hadapan Tuan Guru.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Tuan Guru yang turut hadir ke restorennya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

Peminat kedua-dua artis rock itu tidak melepaskan peluang untuk melihat Amy dan Renggo dari dekat di samping untuk bersalaman sehingga memaksa pengawal keselamatan bertindak untuk menjaga keselamatan Amy untuk menaiki kereta selepas majlis berakhir. - mns_ Atikal Asal

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"


Baca Selanjutnya...

Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran

Y
B Encik Nga Kor Ming
ADUN Pantai Remis
MP Taiping
Pejabat EXCO Negeri Perak, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”


Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS


Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year