Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Politik Kelate_Kelantan makan Kelantan

D
ahulu apabila disebut sahaja ‘orang Kelantan’, maka terbayanglah semangat kerjasama dan bantu-membantu sesama sendiri biar di mana mereka berada. Hatta orang Kelantan ini pernah digelar dan dikenali sebagai mengutamakan kaum kerabat atau puak mereka sendiri.Namun di dalam politik Malaysia kini, semangat ini sudah banyak berubah.

Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membuat pengakuan bahawa Mustapa Mohamed ahli parlimen Jeli sekarang pernah mencadangkan kepada beliau untuk menahan dan memberhentikan apa-apa peruntukan kerajaan persekutuan kepada rakyat Kelantan sebagai hukuman tidak menyokong Barisan Nasional.

Bukan setakat Mustapa, Dr Awang Adek Hussin juga pernah mahu mendera dan menyeksa penduduk negeri Kelantan demi memenuhi temboloknya sendiri.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri, maka geran tahunan sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan untuk negeri Kelantan akan ditambah menjadi RM1 billion.

Bermakna, wang untuk pembangunan negeri dan rakyat Kelantan memang ada dan disediakan.

Memandangkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan dan berlainan fahaman dengan penerimaan Mustapa dan Awang Adek, maka rakyat Kelantan didera dan diseksa dari segi materialnya.

Terengganu pernah dijadikan mangsa oleh kerajaan persekutuan pada pilihanraya kesepuloh yang lalu. Hasil sumber minyaknya dirampas ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Apakah rakyat Kelantan mahu sekali lagi menjadi mangsa kepada Tok Pa dan Awang yang sentiasa memberikan lampu hijau kepada kerajaan persekutuan untuk menindas dan mendera penduduk Serambi Makkah ini ?

Rupa-rupa diamnya Mustapa dan Awang ada udang di sebalik batu.

Dihadapan orang kampong mereka menjadi Lebai Ketayap tetapi ketika bersama pemimpin UMNO mereka menjadi pula Lebai Pulut.

Pilihanraya kecil Manik Urai (N41) akan diadakan pada 14 Julai depan. Masih belum terlambat.

Nampaknya rakyat Kelantan sekali lagi berhadapan dengan penipuan yang dibuat oleh UMNO dan Mustapa serta Awang Adek bilamana mereka bersekongkol lagi dengan kerajaan persekutuan bagi menafikan hak petroleum untuk rakyat dan negeri Kelantan.

"Hasil kajian kita mendapati dalam perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia," kata Saifudin Nasution ahli Parlimen Machang.

"Dianggarkan royalti minyak yang tidak dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada Kelantan telah berjumlah RM1bilion sejak tahun 2002" kata Saifudin lagi.

Penduduk Manik Urai yang mengambil keputusan untuk mengundi Mohd Fauzi Abdullah pastinya akan membawa satu isyarat kepada Mustapa, Awang dan kepada kerajaan peresekutuan bahawa masyarakat Manik Urai bukanlah “berminda kampong”.

Jadi takkan mahu mendengar ayat, Kelantan makan Kelantan. Nyahkan pengaruh Tok Pa, Awang, UMNO dan BN di Manik Urai itu. -alkerohi

Baca Selanjutnya...

Solat Hajat PRK N41 Manik Urai


M
AJLIS PELANCARAN SOLAT HAJAT


PRK N.41 MANEK URAI


30 JUN 2009

Solat Isya' Berjemaah

Masjid Peria

Iman : Tuan Guru Hj Husin Ibrahim


Anjuran : Jentera Pilihan Raya Ulama



SEMUA DIJEMPUT HADIR


Baca Selanjutnya...

Ore Kuala Terengganu Serta Sekitarnya Dijemput Hadir

T
his is an e-mail from 'Kuliyah Dot Net | Satu Hari Satu Kuliyah'

Message:
Qiamullail Perdana

Bersama: Ustaz Usman B Ibrahim (Kedah)
Anjuran: Persatuan Murid-Murid Ustaz Usman B Ibrahim (Caw Terengganu)
Pada: 02 & 03 Julai 2009

Khamis - 02 Julai 2009
Tempat - Masjid Pengadang Baru,
Kuala Terengganu
Aturcara - 7.30pm: Kuliyah Marghrib
9.00pm: Taklimat Qiamullail
3.45am: Qiamullail
Solat Tahajud
Solat Tasbih
Solat Taubat
Solat Hajat
Solat Witir
5.30am: Solat Subuh
6.45am: Kuliyah Subuh


Jumaat - 03 Julai 2009
Tempat - Masjid Rusila, Marang
Aturcara - 7.30pm: Kuliyah Marghrib
9.00pm: Taklimat Qiamullail
3.45am: Qiamullail
Solat Tahajud
Solat Tasbih
Solat Taubat
Solat Hajat
Solat Witir
5.30am: Solat Subuh
6.45am: Kuliyah Subuh

Semua lapisan masyarakat dijemput hadir beramai-ramai.

Urusetia: 013-930 2918 (Haji Mansor)
019-939 7663 (Haji Wan Mohammad)
Qiamullail Perdana


Baca Selanjutnya...

ORE KELATE HAK DOK LUAR KENA KELIK NGUNDI


M
ari kito pakat-pakat gi Manek Urai
PRK DUN N.41
"TOK GURU MEMIMPIN, MANEK URAI BERKAT"

Baca Selanjutnya...

Sudahlah bertelinga satu, pekak pula!

U
ngkapan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said perihal pemerintah yang 'bertelinga satu dan berlidah dua' menjadi sebutan popular sidang Muktamar Tahunan PAS kali ke-55 yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

Membelasah pihak lawan adalah situasi biasa dalam mesyuarat agung mana-mana parti pun. Namun belasan terhadap Umno dalam muktamar PAS baru-baru ini agak luar biasa. Mungkin ekoran kemarahan yang teramat sangat terhadap BN yang telah melakukan rampasan kuasa menjatuhkan kerajaan negeri Perak yang dipilih secara sah oleh rakyat. Bukan setakat Umno jadi bahan cacian, tetapi para pemimpin dalam PAS juga dingatkan supaya jangan langsung cederung hati untuk menghampiri Umno.

Wakil Shah Alam, Ir Khalid Samad berpidato bagai mahu menggegar dan meruntuhkan bumbung Stadium Malawati. Ingatan keras kepada semua ahli dan pimpinan supaya jangan tertipu dengan muslihat Umno cuba menghulurkan tangan kononnya untuk berdamai dengan PAS. Ambil iktibar sirah Majlis Tahkim anjuran Muauwiyah untuk menipu Sayidina Ali serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Azizan Razak mengibaratkan berkawan dengan Umno seperti membela kucing. "Depan tuan dia nampak baik, belakang tuan curi lauk. Jangankan atas tilam, atas sejadah pun dia berak," ujar beliau. Lucu, tapi sinis dan tajam.

Wakil Dewan Pemuda PAS, Zulkifli Ahmad, akibat terlalu ghairah memberi amaran kepada pemimpin PAS supaya jangan cenderung untuk bertemu Umno, lupa bahawa beliau sepatutnya membahaskan usul mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh BN, bukan bercakap isu muqabalah atau kerajaan perpaduan.

Wakil dari dari Kelab Penyokong PAS juga membantah keras kerjasama dengan Umno. Beliau melahirkan kebimbangan masyarakat Cina (yang mutakhir ini menyokong PAS), jika PAS cenderung untuk bekerjasama dengan Umno.

Ramai lagi perwakilan dan saf kepimpinan yang berucap menyatakan tentangan habis-habisan terhadap muzakarah, muqabalah, kerjasama, kerajaan perpaduan atau apa-apa yang semakna dengannya. Tidak ada pemimpin yang mengemuka, mencadang atau menyokong idea kerajaan perpaduan dalam muktamar.



"Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdailog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja," ujar Presiden dalam ucapan dasarnya.

Itu sikap biasa PAS dan ucapan seperti itu pernah kita dengar sejak berdekad lalu. Bukan perkara baru dan tiada kena mengena dengan idea kerajaan perpaduan.

Habis, jika tidak berbangkit isu kerajaan perpaduan, mengapa tiba-tiba ada juga perwakilan menyinga? Kerajaan perpaduan disensasikan habis-habisan oleh media-media tali barut BN. Apakah bermakna ahli-ahli PAS terikut-ikut dengan rentak permainan media tali barut?

"Dalam keadaan isu kerajaan perpaduan dimainkan oleh media BN, apa-apa ungkapan pemimpin dengan maksud yang seserti atau boleh dimanipulasikan oleh media BN sepatutnya dihentikan, maksudnya 'kerat terus' macam kenyataan keras Tuan Guru Nik Aziz yang berkata, 'karut!' terhadap isu kerajaan perpaduan," ujar seorang pemerhati politik.

Sekurang-kurang, katanya, buat masa ini jangan sebut perkataan muqabalah, muzakarah, perpaduan atau sebagainya. Jangan langsung. Itu satu pendapat dari pelbagai pandangan. Mungkin betul, mungkin tidak.

Musuh utama BN sekarang ialah perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP dan KeADILan berjaya direnggangkan dari PAS, maka cerahlah kembali masa depan BN yang kini sedang berada di wad ICU. Walaupun PAS sudah ada kelab penyokong PAS tetapi DAP juga mempunyai pengaruh yang jauh lebih besar di kalangan orang Cina. Menangnya Pakatan Rakyat di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor jelas kerana sokongan bukan Melayu.

Keputusan penerimaan usul dalam muktamar baru-baru ini juga memberi sedikit hela nafas untuk BN mengintai kembali sokongan masyarakat Cina. Iaitu usul Pemuda agar kerajaan mempertahan 30 peratus equiti tempatan dan bumiputera ke atas 27 sub sektor perkhidmatan

"Langkah liberalisasi itu perlu dikaji semula kerana ia menyebabkan syarikat bumiputera gulung tikar dan merupakan dasar ekonomi yang ke belakang," ujar wakil Dewan Pemuda PAS Pusat. Ada yang tertanya-tanya, adakah kerajaan Umno akan menerima usul tersebut sedangkan telinga mereka sudahlah satu, pekak pula.

Sejak DEB lahir, dasar 30 peratus ini hanyalah kek ekonomi untuk diagihkan kepada sesama kroni Umno. Bukan dinikmati oleh rata-rata orang Melayu. Sekali pandang, secara tak langsung, nampaknya usul ini juga ala 'kerajaan perpaduan' kerana (berpandangan) daripada mengagihkan peluang kepada semua pihak termasuk bukan bukan Melayu, lebih baik memberikannya kepada 30 peratus kroni Umno, seperti amalan busuk kerajaan BN sejak dulu.

Sewaktu mengangkat tangan membangkang usul tersebut di muktamar baru-baru ini, saya tersenyum melihat Mohamad Sabu dan Dato' Husam Musa juga turut serta. Namun menjadi adab berjemaah, apabila usul tersebut diterima setiap ahli wajib menerimanya. - lanh _



Baca Selanjutnya...

Zambry Patut Muhasabah Diri Bukan Salahkan Rakyat


D
r Zambry Abd Kadir kesal kerana ada pihak yang menanam benih kebencian dan permusuhan dalam hati penduduk kampung yang menghalau beliau keluar daripada tanahnya semasa beliau dan rombongan berkunjung ke Batu 8, Lekir, Manjung untuk melihat dan menziarah mangsa angin puting beliung dua hari lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung yang menghalau beliau tetapi meletakkan kesalahan ke atas bahu pihak yang menanam perasaan benci dan permusuhan itu.

"Inilah hasilnya bila benih kebencian dan permusuhan ditanam, maka buah dipetik adalah buah kebencian dan permusuhan. Saya tidak salahkan dia, tapi saya salahkan orang yang menanam benih itu.

"Penghasut itu mungkin sudah tidak ada di kampung lagi. Dia mungkin datang sekali sekala untuk memberi "baja" ceramah kebencian," tulis beliau dalam blognya hari ini.

Dr Zambry juga merungut kerana seringkali tangan yang dihulurkan untuk bersalam dengan rakyat Perak tidak disambut dan mengaku perkara tersebut telah berlaku berkali-kali sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar.

"Jarang anda saksikan orang dan penyokong Barisan Nasional enggan bersalam apabila tangan dihulur. Tetapi saya mengalaminya sendiri sudah berkali-kali.

"Saya tetap pergi jua kepada mereka kerana saya tahu mereka tidak bersalah dan mereka hanya terpengaruh dengan ceramah-ceramah politik yang mengapi-apikan kebencian. Akhirnya yang lahir adalah generasi pembenci," kata Dr Zambry lagi.

Peristiwa kena halau daripada melawat mangsa tragedi alam benar-benar telah melukai hati Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor itu.


Beliau juga mengambil kesempatan dalam blognya untuk menyatakan kekesalannya terhadap penulisan dalam sesetengah blog dan akhbar yang dakwa beliau bersifat "manipulatif" sehingga menyebabkan "hilang rasa mahabbah (kasih sayang sesama umat).

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana akhbar yang menjadi lidah rasmi sebuah parti yang berteraskan perjuangan Islam tidak rasa berdosa dan bersalah menulis sesuatu yang penuh dengan kebencian sehingga melahirkan generasi pembenci yang sangat parah buat ummat Islam sendiri.

"Demikian juga dengan portal-portal berita yang dikeluarkan selain dari blog-blog yang menulis penuh manipulatif sehingga hilangnya rasa "mahabbah" (kasih-sayang sesama umat)," tulis bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu lagi.

Dr Zambry juga berkata antara perkara yang paling dibencinya ialah "bila agama menjadi sandaran untuk seseorang menabur fitnah dan menabur maki hamun yang tidak langsung ada batas-batas keagamaan".

Mungkin ramai yang berasa simpati terhadap nasib yang menimpa Dr Zambry yang baru empat bulan memegang jawatan Menteri Besar Perak.

Sebagai manusia akhlak dan pekerti yang mulia sememangnya menjadi asas kepada keperibadian seseorang.

Dalam insiden di mana beliau dihalau oleh penduduk kampung persoalan yang wajar ditanya beliau bukanlah siapa yang menyebabkan perasaan benci dan permusuhan itu wujud dalam masyarakat tetapi MENGAPA keadaan itu berlaku.

Rasanya sebagai Menteri Besar daripada Umno dan Barisan Nasional Dr Zambry tidak mempunyai masalah untuk menjawab persoalan ini.

Walau bagaimanapun elok diperturunkan beberapa rentetan peristiwa besar yang berlaku dalam senario politik Perak sejak beliau dilantik ke jawatan itu.

Pertama, beliau sudah tentu akur dan menerima hakikat bahawa rakyat Perak telah menjulang Pakatan Rakyat sebagai kerajaan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Mereka telah memberi 54 peratus daripada jumlah undi kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat yang bertanding dan dengan itu gagasan itulah yang mereka pilih untuk memimpin rakyat dan pentadbiran negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dr Zambry juga semestinya akur rakyat Perak terkejut, terperanjat dan tersentak apabila bangun daripada tidur pada 5 Februari 2009 mereka diberitahu bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mereka pilih dan sokong tidak lagi wujud.

Sebaliknya kerajaan negeri Pakatan Rakyat diganti oleh kerajaan negeri Barisan Nasional da Dr Zambry sendiri telah dilantik ke jawatan tersebut pada 6 Februari 2009 bagi menggantikan Mohammad Nizar Jamaluddin.

Perasaan berkecamuk dalam sanubari rakyat Perak diparahkan lagi apabila mereka mengetahui bahawa tumbangnya kerajaan negeri pilihan mereka adalah hasil "tangan-tangan ghaib" Umno dan BN yang "menculik", "mengugut" dan "membeli" sokongan tiga ADUN Pakatan Rakyat.

Tidak mungkin rakyat Perak yang matang dalam perkiraaan politik dan berfikiran waras boleh menerima apa yang telah dilakukan oleh Umno dan BN.

Malah dalam amalan demokrasi di mana-mana negara didunia sekali pun budaya "mencuri" dan "membeli" wakil rakyat untuk menumbangkan kerajaan pihak lawan amat dipandang tidak demokratik malah dikeji.

Rakyat Perak marah dengan Umno dan BN kerana telah melakukan apa yang dilihat sebagai satu bentuk manipulasi politik yang keji dan hina serta berlandaskan politik kedurjanaan dan murahan.

Rentetan peristiwa yang berlaku selepas itu hanyalah cerminan daripada "kebencian" dan "permusuhan" hasil daripada kerjatangan Umno dan BN sendiri.

Kekecohan sidang DUN 7 Mei lalu yang menyaksikan Speaker V. Sivakumar diheret dan dikurung oleh individu-individu yang tidak dikenali yang telah menceroboh Dewan juga membuktikan kepada rakyat Perak kemampuan Umno dan BN untuk

melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa sehingga sanggup membelakangkan segala peraturan dan kedaulatan undang-undang.

Penyokong Pakatan Rakyat yang berpakaian serba hitam bagi mengabungi kematian demokrasi dan mengingati 1GelitaMalaysia ditangkap dan disumbat dalam lokap malah solat hajat pun diharamkan.

Terpahat dalam memori rakyat Perak peristiwa "sidang bawah pokok" 3 March lalu di mana Speaker dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dihalang oleh polis atas arahan Umno dan BN memasuki DUN untuk bersidang secara terhormat dan bertamadun tetapi terpaksa bermesyuarat di bawah pokok sena.

Rakyat juga melihat dengan penuh keinsafan bagaimana kuasa polis disalahgunakan oleh Umno dan BN untuk mengugut dan menangkap wakil-wakil rakyat serta penyokong Pakatan Rakyat apabila mereka menyuarakan bantahan terhadap kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku.

Rakyat juga melihat sikap dwi standar yang diamalkan Umno dan BN dalam perlaksanaan undang-undang.

Majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat diceroboh dan penyokong ditangkap hanya kerana menayankan video perihal kekecohan sidang DUN Perak.

Namun apabila Umno dan BN mencetak 50,000 cakera padat yang menceritakan versi mereka berhubung sidang DUN 7 Mei dan menayangkan kepada umum tidak ada polis yang menceroboh majlis atau sesiapa pun ditangkap.

Ceramah dan perhimpunan Pakatan Rakyat diawasi dengan puluhan anggota polis dan unit simpanan persekutuan (FRU) yang lengkap bersenjata serta puluhan lagi anggota cawangan khas yang memantau setiap kata-kata yang diluahkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Kempen puasa sunat dan mogok yang dilancarkan minggu lalu juga tidak lepas daripada tekanan dan kedajalan polis - khemah diarah dibuka, perhimpunan disuraikan, belasan ADUN serta penyokong ditangkap.

Sudah tentu Dr Zambry ingat semua peristiwa yang telah berlaku ini kerana beliau secara langsung dikaitkan dengan semua peristiwa itu.

Rakyat tidak lagi bodoh dan redha untuk diperbodohkan.

Lagi cepat Dr Zambry sedar akan hakikat ini lagi pantas beliau akan memahami mengapa salamnya tidak disambut dan mengapa insiden di Batu 8, Lekir, Manjung berlaku kepada seorang Menteri Besar.TVANTARA

Baca Selanjutnya...

MUKTAMAR PAS KALI KE-55


M
uktamar PAS Kali Ke-55
Boleh Layari
Muktamar55

Baca Selanjutnya...

Usah gila pangkat, kuasa, kedudukan, pesan guruku

D
alam tersenggok-senggok ketika khutbah Jumaat hari ini (15 Mei), terdengar juga aku apa diutarakan khatib �kewajipan menimba ilmu dan sambutan Hari Guru 16 Mei ini. Kalau tidak diingatkan tok khatib, aku pun tidak teringat Sabtu ini (16 Mei) adalah Hari Guru.
Iklan

Orang rumahku seorang guru, jadi aku pun menelefonnya. Sahlah Sabtu ini adalah Hari Guru. Tetapi disebabkan Hari Guru jatuh pada Sabtu, kata isteriku, sambutannya akan diadakan pada Isnin, 18 Mei. Kepada isteriku dan semua guru diucapkan 'Selamat Hari Guru'.

Sebelum isteriku meletakkan telefonnya, sempat aku bertanya, tema sambutan tahun ini. Katanya, 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Khas untuk semua guru dan anak murid mereka, aku sertakan sajak 'Guru Oh Guru' nukilan SN Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya).

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sempena Hari Guru ini aku teringat pesanan salah seorang guruku yang sudah pun meninggal dunia. Katanya, dalam dunia ini janganlah tergila-gila mencari pangkat, kuasa, harta, kedudukan dan apa saja berkaitan kehebatan dunia.

Ini kerana jika kita ada 'benda-benda' ini, orang lain menunggu masa saja untuk mengambil atau merampas daripada kita. Sebagai contoh, jika kamu ada pangkat, ada orang mahukan pangkat kamu itu. Jika kamu ada kuasa, orang lain menunggu masa saja untuk mendapatkan kuasa kamu itu. Mungkin mereka akan terkata-kata, "bila dia nak pencen atau...supaya aku mengambil tempatnya."

Kemudian jika kamu berharta, orang lain pun mahukan harta kamu itu. Kamu berusaha keras (sehingga tidak memikirkan halal haram), tetapi akhirnya semuanya akan ditinggalkan. Jadi untuk apa kamu berusaha 'bagai nak gila' mendapatkan 'benda-benda' yang sentiasa dicemburui orang lain itu. Pencopet, perompak, penyamun, perasuah, pembohong; semuanya berusaha untuk mendapatkan harta kamu.

Katanya, carilah 'benda-benda' yang orang lain tidak boleh rampas daripada kamu. Carilah status 'hamba Allah' sebenar yang tidak mungkin orang lain merampasnya. Sebagai contoh siapa boleh rampas hubungan erat kamu dengan Allah yang boleh diperolehi dengan mengikut jalan ditunjukinya. Siapa boleh rampas solat kamu yang khusyuk, siapa boleh rampas zikir kamu atau ketenangan hati yang kamu miliki?

Pertingkatkanlah ilmu kerana tiada orang yang boleh merampasnya daripada kamu. Malah kalau kamu berkongsi (mengajar) ilmu, ia akan bertambah. Apabila ilmu dikeluarkan, ia akan menjadi semakin banyak, tidak seperti harta jika kamu keluarkan ia akan semakin habis.

Sayidina Ali k.w. yang disifatkan sebagai kunci ilmu kepada gedung ilmu (Rasulullah s.a.w.) mengingatkan, ilmu dapat menjaga kamu sedangkan kalau kamu ada harta, kamu yang akan menjadi hamba menjaganya.

Perkembangan semasa mengingatkan aku akan pesanan guruku itu. Hebat pesanannya kerana sekarang aku dapat saksikan perkara itu. Orang kini tanpa segan silu berebut-rebut mendapat kuasa, pangkat, kedudukan dan harta.

Mereka merebutkan kerusi Perdana Menteri, Menteri Besar, Speaker dan seterusnya. Aku menggeleng kepala melihat bagaimana seorang Speaker yang enggan meninggalkan kerusinya, diangkat bersama-sama kerusinya ke luar dewan Dun dan kemudian khabarnya dimasukkan ke dalam sebuah setor.

Benarlah pesanan guruku itu, janganlah kamu mengejar pangkat, kuasa dan harta; semua orang gila kepadanya. Sebaliknya sibukkanlah diri kamu mendapatkan pangkat di sisi-Nya dan itu tidak dapat dilakukan jika tidak berilmu. Jadi teruslah mencari ilmu. Hidup kamu akan lebih tenang kerana tiada siapa boleh merampasnya daripada kamu.

Kesimpulannya, sempena Hari Guru ini, dinasihatkan pada semua termasuk diri sendiri, carilah ilmu dan perkayakan diri dengannya kerana ia tidak boleh dicuri atau dirompak! Dengan memilikinya, insya-Allah kita akan selamat dunia akhirat.
Atikal Lain (Lanh14)

Baca Selanjutnya...

Untuk Mu Ibu

S
elamat Hari Ibu
رب أغفرلي ولوالديا ورحمهما كما ربياني صغيرا



*Bernyanyi dulu ahhh….*

kasih ibu
kepada beta
tak terhingga sepanjang masa..
hanya memberi
tak harap kembali
bagai sang surya menyinari dunia

Selamat hari ibu…
entah ini adalah pencerminan buat ibu-ibu ataukah ada makna tersendiri ketika orang-orang jaman dahulu merayakan hal ini. yang pasti, makna hari ibu buatku adalah hari dimana sebuah kasih ibu menghiasi seluruh keluarga dan ada suatu sinar ketenangan untuk seluruh anggota keluarga yang merasa bahwa kesatuan dan jasa seorang ibu adalah tiada duanya..
Terima kasih ibu..

hari ibu,mother day
Atikal Asal

Baca Selanjutnya...

masukan PIC mana yang anda suka

A
nak ku


test

Atikal Asal

Atikal Asal


Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year