Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah...

K
UALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?


Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.

"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.

Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.

Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.

"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya. - azm _ Atikal Asal




Baca Selanjutnya...

Pokok.. asal-usul kerajaan di dunia?


S
etelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah, aku tunjukkan padamu pohon yang menyebabkan kamu hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" (Taha: 120)
###

Petang yang suram. Awan yang muram sejak 4:30 petang tadi akhirnya melimpahkan amarahnya ke bumi. Saya yang bermotor ke Jalan Pahang terpaksa berkali-kali menukar jalan kerana beberapa laluan telah ditutup.

"Banjir!" kata seorang pegawai yang sedang mengawal lalu lintas. Akhirnya, dengan susah payah, saya pun melewati rumah pangsa Tunku Abdul Rahman yang usa ng itu.

Kilat galak menikam angin dan guruh menyergah bangunan tinggi yang selama ini berdiri angkuh mencakar langit. Dan petir pula seakan berbaris ketika meninju awan-gemawan dan sesekali menyambar udara.

Mencurah-curah hujan turun bagai suara langit telah lama ingin meluahkan dendamnya di bumi. Sampai di pejabat, terdengar pelbagai rungutan teman-teman di pejabat.

"Dengarnya cerita di Jalan Ipoh, dekat Chow Kitt semua kereta tenggelam," kata seorang rakan. "Nampak bumbung kereta saja."


Jangan-jangan, esok akan tersiar lagi laporan tentang hujan kilat petang ini. Dan, semua gambar kereta yang tenggelam hingga yang nampak bumbungnya itu akan terhias pada helaian tertentu di dada akhbar. Agak-agaknyalah.

Kezaliman.. kezaliman.. dan kezaliman.. Itulah sebabnya manusia dihukum Tuhan.. Nanti kita sama-sama tengoklah bagaimana corak laporan akhbar esoknya.

Menteri Pasola, kerajaan bawah pokok?
Lamunan terhenti setelah berbual dengan teman-teman di bilik berita. Seorang wartawati dan beberapa temannya memberi cadangan.."Bagaimana kalau awak tulis isu Perak?"

"Isu apa?" tanya saya kembali, terpinga-pinga. Ketika itu saya tak tahu apa-apa mengenai kerajaan di bawah pokok itu. Tak sempat membuka mana-mana akhbar edisi internet.

"Kerajaan bawah pokok yang diancam Menteri Pasola," balasnya ringkas.

" Alah..macam cerita P. Ramlee tu..kerajaan Pasir Berdengung, kerajaan Pasir Dua Butir," seorang wartawati lagi menokok dengan imbuhan syor terbaru.

Jendela akhbar-akhbar maya terus 'diselak', digeledah, diselongkar dan saya punggah isinya sana-sini.

Barulah saya faham sikit-sikit keadaan di Perak. Dan, apabila menonton Buletin Utama malam ini, melihat Misbahul Munir Masduki berdoa di bawah pokok, maka fahamlah saya maksud mereka itu.

Lalu saya teringat pujukan Iblis ke atas Nabi Adam ketika baginda dan isterinya berada di dalam syurga. Kata Iblis, pokok tersebut akan menyebabkan Adam hidup selama-lamanya serta baginda akan diberikan kekuasaan yang berkekalan.

Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, jika aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" (Taha: 120)

Tuhan merakamkan tipudaya, pujuk rayu Iblis terhadap Adam ini sebanyak dua kali. Kali kedua, Iblis menipu Adam sebagai yang tertera dalam nas di bawah:-

Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua agar (dapat) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua." (Al-Araaf: 20-21)

Al-Quran menyebut bahawa Adam a.s telah diturunkan ke dunia kerana memakan sejenis buah di syurga. Ada riwayat menamakan buah itu sebagai khuldi. Jadi pokok itu tentunya pokok khuldi.

Tak diketahui apakah pokok khuldi itu wujud di dunia. Mungkin, jika ia wujud, namanya sudah bertukar mengikut nama-nama yang diberi oleh semua bangsa di dunia.

Ada sebabnya kenapa Adam makan buah khuldi itu walaupun ada penegasan Tuhan yang melarang Adam dan Hawa daripada mendekati pokok larangan itu. Ada cerita yang telah menyebut bahawa untuk kali pertama, Adam berjaya menepis godaan itu.

Akibatnya, Iblis menggoda Hawa. Jadi, dengan sebab lemahnya maka, dia pun memakan buah tersebut lalu merayu Adam a.s. Kalah dengan rayuan isterinya Hawa, maka Adam pun turut memakan buah tersebut.

Bagaimanapun, riwayat al-Quran lebih jelas, iaitu Adam kalah dengan bujukan rayu Iblis apabila Iblis menggunakan isu dan sentimen kekuasaan serta kehidupan yang berkekalan jika Adam mahu memakan buah daripada pokok tersebut.

Barangkali, kerana pokok dan buah itu ada kaitan dengan kuasa pemerintahan dan hidup yang berkekalan, maka nama pokok dan buah itu dinamakan 'al-khuld.' Kalimat itu ada persamaan dengan lafaz al-Khalid, bermaksud kekal.

Mungkin keinginan manusia untuk hidup kekal dan ingin memiliki kuasa yang kekal itu, memang sentiasa tersemat di hati manusia.

Pokok, kerajaan, kekuasaan dan kezaliman
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan jadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim." [al-Baqarah: 35]

Tuhan menyebut, bahawa jika Adam mendekati 'pokok kekuasaan' dan 'pohon kehidupan' yang berkekalan itu nescaya dia akan menjadi orang-orang yang zalim. Ini tafsiran umum dan mungkin boleh diperbaiki.

Hal ini juga membuktikan bahawa apabila kita berhajat merebut pemerintahan, maka kita mungkin akan secara langsung membuat kezaliman untuk mendapat kuasa. Setelah dapat kuasa, mungkin kita cenderung melakukan kezaliman dengan kekuasaan itu.

Adapun niat dan tujuan awal melarikan dan menculik 3 orang Adun di Perak itu memang ada tujuan untuk merebut pemerintahan. Sebab itu untuk apa Umno bersusah payah untuk bersetuju dengan usul pembubaran Dun supaya diadakan pilihan raya negeri?

Memang sudah itu rancangannya. Memang sudah direncanakan betul-betul, mahu ambil tiga orang sahaja untuk menyebabkan wujudnya sebuah kerajaan negeri BN yang baru di Perak. Rugilah wang yang dibelanjakan untuk membeli Adun sebelum ini, kalau tiba-tiba terpaksa dibubarkan Dun untuk diadakan pilihan raya negeri.

Entah BN berjaya atau tidak jika dibuat pilihan raya sekali lagi? Jadi, kenapa Najib harus ambil risiko itu setelah 3 Dun itu 'ngam-ngam' dipilih, diculik dengan tujuan menubuhkan kerajaan baru di Perak?

Syura bawah pokok sunnah tradisi Melayu
Mesyuarat bawah pokok bukan perkara baru. Diriwayatkan, tatkala Parameswara berehat di sebatang pokok ketika melihat seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh, maka baginda bertanya kepada rakyatnya.

"Apa nama pokok tempat beta sedang berteduh ini?" tanya baginda.

"Ampun tuanku, kata orang inilah pokok Melaka," balas bendahara.

"Jika demikian, beta namakan negeri ini sebagai Negeri Melaka," demikian titah baginda. Itulah usul dan keputusan kali pertama yang dilakukan oleh seorang raja Melayu di bawah pokok. Tidaklah diketahui barangkali ada lagi usul-usul dalam mesyuarat 'istana bawah pokok' sebelum itu.

Tetapi, berdasarkan Sulalatus Salatin, inilah mesyuarat pertama yang diadakan di bawah pokok, di mana usulnya berlaku secara mendadak tiba-tiba, iaitu usul menamakan sebuah negeri baru yang ingin diperintah.

Setakat diketahui, inilah sidang mesyuarat 'Dewan Undang Negeri' yang pertama dilakukan sejak tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka yang akhirnya terkenal sebagai sebuah empayar yang gagah itu. Sebagai yang sedia maklum, Kesultanan Melayu Perak juga adalah lanjutan daripada Kesultanan Melayu Melaka itu.

Jadi, apa salahnya dengan mesyuarat di bawah pokok? Bukankah Raja Melayu Melaka yang pertama, asal-usul kepada kesultanan Melayu Perak telah lebih awal dalam membuat mesyuarat di bawah pokok?

Ketika mengarang ini, saya sedang menonton acara Hujah di TV9 yang menampilkan panelis Isa Samad, Zahid Hamidi dan dipengerusikan oleh Prof Agus Yusof. Ahmad Zahid Hamid, sebagai dijangka, telah mengecam mesyuarat di bawah pokok.

"Macam mana seorang speaker, pakai songkok, pakai jubah di tengah panas pulak tu?" kata Ahmad Zahid Hamidi dengan bongkaknya, penuh sindiran sinis, lalu disambut dengan tepukan orang-ramai.

Lalu, beliau membangkitkan isu hukum dan undang-undang mahkamah yang tidak membenarkan hal syura di bawah pokok itu berlaku.

Saya mahu mengulas isu ini daripada sudut 'legally right, morally wrong'. Tapi, akan jadi panjang pula ulasannya. Biarlah sempadan perbahasan ini kita sambung dalam ruangan yang lain pula jika ada kesempatan, insya Allah.

Ipoh tu bukan nama pokok ke?
Umno jangan sesekali menghina segala peraturan mesyuarat, usul dan keputusan-keputusan yang diputuskan di bawah pokok.

Banyak nama tempat yang bermula daripada pokok atau buah-buah yang tentunya berasal daripada pokok. Selain Melaka, bukankah nama Bandaraya Ipoh itu juga berasal daripada nama pokok Ipoh yang mana getahnya itu dibuat racun?

Umno dan BN jangan hendaknya menjadi racun Ipoh yang akan merosakkan pemikiran rakyat di Perak dan Malaysia umumnya.

Di Kedah, ada nama Pokok Sena lalu dinamakan tempat itu sebagai Pokok Sena. Juga, di Kedah ada nama Pokok Tai yang didakwa orang dinisbahkan kepada bangsa Thai.

Hey.. Jangan dilupakan bahawa ada sebuah kampung di Selangor yang telah dilanggar Khir Toyo seperti dikatakan orang; bagaikan kampung dilanggar garuda.

Adapun, nama kampung yang telah dilanggar garuda di Selangor itu namanya Kg Berembang. Menurut sahibul hikayat, adapun nama kampung itu diambil daripada nama pokok Berembang.

Pokok Berembang (Sonneratia caseolaris) banyak terdapat di hutan Malaysia, dan ia dipercayai ada di kebanyakan negara Asean lain. Jika pokok rendah martabatnya, masakan nama-nama negeri dan perkampungan kita banyak dinisbahkan kepada nama pokok?

Ahli-ahli falsafah Greek, Yunani, Plato dan lain-lain ahli ilmu falsafah membuka kuliah dan kelas-kelas awal mereka di bawah pokok yang rendang untuk berteduh. Itu cerita ahli falsafah bersama murid-murid mereka.

Maka, selain keputusan mesyuarat diraja dibuat di bawah pokok, kuliah-kuliah terawal itu dikendalikan di bawah pokok sebelum terbinanya universiti yang lengkap dengan makmal dan imbuhan geran penyelidikannya pada hari ini.

Ahli-ahli rohani, agamawan, pembawa ajaran Tauhid, pembangun agama-agama besar di dunia juga ramai yang memulakan kegiatan pencerahan rohani mereka di bawah pokok. Gautama Buddha bertapa, bertafakur di bawah pokok bodhi untuk mencari pencerahan jiwa dan penjernihan karma.

Diriwayatkan pada suatu malam, ketika Nabi Musa berjalan bersama isterinya di padang pasir dari Madyan ke Mesir, baginda ternampak pokok berapi di atas Bukit Thursina.

Pokok ada kaitan dengan kerasulan?
Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), ia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Gunung Tursina. (Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri."

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. [al-Qashas: 29 - 30]

Syahadan.. segala ahli falsafah, khalifah, sultan, raja-raja, agamawan purba, pembawa ajaran Tauhid, Nabi Musa dan ahli-ahli rohani adalah mereka yang telah merintis jalan rohani, pencerahan akal dengan mempertalikan perjuangan mereka dengan pokok.

Maka, janganlah sekalian orang-orang Umno memandang sinis kepada mesyuarat di bawah pokok, kuliah di bawah pokok, pertapaan, pertafakuran, uzlah di bawah pokok.

Setiap pemerintahan di bawah pokok itu mesti dihormati dan jangan diketawakan, kerana mereka berhimpun dan bermesyuarat dengan hasrat ingin menunjukkan semangat untuk berjuang membela kebenaran dan keadilan.

Yang patut dipecat, dibunuh adalah menteri pengkhinat yang menderhaka, bernama Pasola yang telah menculik puteri raja sebagaimana menteri hari ini yang menculik tiga Adun bertujuan merebut kekuasaan di Perak.

Ah! Bagaimanakah kita mahu membunuh Menteri Pasola yang sangat sakti, ampuh kekuasaannya dan kebal pula? Menurut ceritanya, buluh runcing telah digunakan lalu ditikam di telapak kakinya.

Err.. bukankah buluh runcing yang telah diraut tajam itu berasal daripada pokok juga? Pokok buluh namanya..

Maha Suci Allah yang telah menunjukkan keburukan Umno, menelanjangkan pekung mereka dan mengirimkan Umno kepada umat ini sebagai badut-badut terhormat untuk dijadikan bahan ketawa kepada umat Malaysia pada hari ini. Wallahu'alam..

11:33 p.m, 3 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Bantahan, syor, kritikan, maklumbalas boleh dimajukan lewat mel-e
mailto:ibnuamir@yahoo.com. Atikal Asal


Baca Selanjutnya...

Perkataan Allah hanya bagi ruang lingkup orang beriman

K
OTA BHARU, 2 Mac (Hrkh) - Laporan media yang menyebut Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah dianggap sebagai satu kekeliruan terhadap maksud sebenar.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Harun berkata, wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.

"Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.

"Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya," kata beliau di sini.

Hari ini beberapa akhbar melaporkan Mursyidul Am menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Isu tersebut timbul ekoran akhbar mingguan Herald Cantholic masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

Anual berkata, wartawan yang mentafsir kenyataan Menteri Besar Kelantan agak menyimpang dari maksud sebenar. - mj_ Atikal Asal


Baca Selanjutnya...

Rakyat muak, generasi muda alergik dengan Umno - Dr Asri

K
UALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -"PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya." Iklan

Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang 'merindui' pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.


Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?

Dr Asri: Ya! Ratusan email, sms dan berbagai yang dihantar kepada saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan saya meninggalkan jawatan mufti. Mereka berpendapat saya membuat keputusan yang tidak tepat. Alhamdulillah, saya berterima kasih atas keprihatinan mereka.

Saya bertawakkal kepada Allah atas segala perancangan. Sekarang ini pun banyak email yang dihantar menjemput saya pulang dengan ditawarkan berbagai-bagai urusan atau 'tanggungjawab'. Biarlah dulu saya di sini.

Saya tidak jadi mufti untuk mengaut kesenangan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Saya serahkan urusan jiwa ini kepada Allah. Saya hanya ingin menjadikan jawatan itu sebagai medan tanggungjawab dan menyampaikan mesej Islam yang saya fahami. Saya berdoa kepada Allah sebelum menjadi mufti agar diberikan pertolongan kepada saya.

Alhamdulillah, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi dalam tempoh tersebut pandangan dan isu yang saya lontar telah menjadi bahan perbincangan ilmu dalam masyarakat. Soal pro dan kontra itu perkara biasa. Jika perkara itu tiada pro dan kontra bererti tiada siapa yang mengambil peduli mengenainya. Banyak bahan telah saya tulis dalam tempoh tersebut dan tersebar dengan begitu luas. Begitu juga ceramah, kertas kerja, wawancara saya di sana-sini menjadi bahan yang diperbincangkan dengan meluas.

Alhamdulillah, generasi muda dan lapisan terpelajar yang suka membaca sebelum membuat penilaian, yang tidak menjadikan maki-hamun sebagai landasan hidup, yang tidak mengulas sebelum mengetahui, mereka ini begitu ramai yang memberikan sokongan yang besar kepada saya.

Dalam politik juga saya rasa, alhamdulillah, akhirnya banyak pihak akur bahawa saya tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam memberikan pandangan. Saya beberapa kali dijemput oleh Kerajaan Kelantan. Kali terakhir sebelum saya berhenti, saya sempat hadir jemputan ceramah Kerajaan Negeri Kelantan untuk Tabung Serambi Mekah yang di lancarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehari kemudian, saya dijemput oleh Perdana Menteri untuk memberikan ceramah khas kepada ahli kabinet dan Majlis Tertinggi Umno dan hadirin yang hadir.

Beberapa hari kemudian saya dijemput oleh Pemuda Parti Keadilan untuk memberikan tazkirah, tapi saya tidak sempat. Semasa saya sampai ke United Kingdom, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjemput saya memberikan ucapan dalam Majlis DAP. Cuma saya tidak dapat pulang.

Saya berharap saya sudah cuba melakukan sesuatu. Saya cuba mengemukakan 'politik idea' mengatasi sempadan politik kepartian. Apa yang menjadi matlamat bukan menegakkan parti tertentu, tetapi menegakkan fikrah Islamiyyah yang lebih besar dari kesempitan parti.

Alhamdulillah, jumlah pembaca artikel saya juga begitu besar. Melalui ruangan saya dalam Minda Mufti, saya bersahabat baik dengan berbagai insan ternama. Saya rasa banyak mesej saya telah sampai. Saya memerah tenaga dalam tempoh dua tahun. Bersabar atas kerenah mereka yang suka memfitnah atau mengganggu perjalanan tersebut. Saya harap Allah berikan pahala atas itu semua. Harakah sendiri pada awalnya begitu prajudis, tetapi setahun tahun sebelum saya berhenti, kelihatannya positif.

Akhirnya, apabila saya rasa ruang jawatan itu 'sudah mula sempit' atau sudah memadai, maka saya beristikharah untuk berhenti. Itupun baik juga. Ia menafikan fitnah mereka yang 'tidak sayang lidah mereka di akhirat' bahawa kenyataan atau pendapat saya selama ini untuk kesinambungan jawatan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Semoga Allah merezekikan kita semua melihat jawatan dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan gerun.

.Dr. dilihat sangat vokal dan adakalanya 'mempersembahkan' pemikiran agama dari sudut yang berbeza, adakah mencari kelainan serta seringkali mentafsirkan hukum agama dari sudut yang berbeza dan adakalanya tidak pernah didengari umum seperti soal-soal bidaah seperti kenduri arwah, tahlil di kubur dan dikatakan tidak mengikut tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang? Adakah mereka tidak betul sebelum itu ? Malah Dr. dilabel sebagai liberal, kaum muda dan wahabi dan sebagainya lantaran pembaharuan yang dibawa?

Inilah masalah sesetengah pihak. Mereka tidak dapat menerima orang lain berbeza pendapat dengan mereka. Melabel orang tanpa asas yang jelas adalah budaya buruk.

Dahulu masa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum menjadi Menteri Besar pun terkena tohmahan yang sama ketika beliau melontarkan beberapa pandangan yang berbeza dengan pengajian biasa di pondok-pondok. Syeikh Abu Bakar al-Baqir dari Gunung Semanggol yang mengasaskan Hizbul Muslimin semasa hayatnya dituduh sebagai kaum muda dan sesat. Prof. Burhanudin al-Helmi juga pernah dituduh sebagai kaum muda. Demikian Sayyid Syeikh al-Hadi, Za�ba dan berbagai lagi pejuang perubahan dituduh dengan tuduhan yang sama.

Saya teringatkan kata-kata Za�ba dalam bukunya "Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri" yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca.

Antara katanya:"Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti "sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu" dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat�. Demikian kata Za�ba.

Apabila saya menjadi mufti sesetengah pihak menunggu agar saya membangkitkan isu-isu tradisi melayu seperti kenduri arwah dan seumpamanya. Namun mereka tersilap, alhamdulillah perhitungan dan fokus pemikiran Islam saya merentasi kesempitan isu yang mereka tunggu bagaikan nak �kiamat� itu. Ada anda lihat isu kenduri arwah menjadi tajuk utama akhbar dalam senarai puluhan isu yang telah saya bangkitkan.

Maksudnya kenduri arwah itu sudah lama dilarang?

Kemudian, saya ingin bertanya, apakah jika seseorang tidak mahu kenduri arwah maka dia menjadi wahabi? Kitab al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i tulisan tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan 'Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:

"Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya�.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya."

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: "Maka bid'ah yang tidak elok." Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Saya tidak tahu apa itu wahabi melainkan setelah mereka menyebut perkataan tersebut lalu saya terpaksa mencari maksudnya. Saya bukan penggemar buku Muhammad bin �Abdul Wahhab. Tetapi, jika anda menuduh saya amat terpengaruh dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, itu mungkin benar.

Saya seperti yang Dr. Yusuf al-Qaradawi sebut tentang dirinya dalam buku Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah, kata Dr al-Qaradawi: "Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku".

Saya rasa, saya pun demikian. Namun, alhamdulillah, saya tidak fanatik Ibn Taimiyyah seperti mereka yang fanatik mazhab. Seperti kata al-Imam Malik bin Anas:"Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya, melainkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum�.

Mengapa lagu Dr. bertajuk "Aku Bukan Musuh Harta" yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra diharamkan oleh RTM?

Sebenarnya banyak pihak tersalah faham. Album tersebut bukan terbitan saya. Pihak penerbit mengambil puisi-puisi saya dengan keizinan dan dijadikan lagu. Itu sahaja. Mereka jemput saya baca dua puisi dalam album tersebut. Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' adalah salah satu daripada puisi saya. Saya tidak berkempen untuk saudara membeli album itu, kerana bukan semua orang setuju dan suka dengar lagu.

Cuma saya pun hairan jika lirik itu menjadi ketakutan kepada RTM. Barangkali mereka takut ramai yang terasa pedas. Saya hairan, jika benar mereka ingin membantu memerangi rasuah, biarlah lirik itu dilagukan. Entah berapa banyak lirik yang merepek boleh dibenarkan. Saya teringat kata-kata Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang kebetulan agak baik dengan saya. Katanya: "Orang kalau salah, dia tengok polis nak balik rumah pun dia takut."

Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan di Kuala Terengganu oleh Abdul Wahid Endut daripada PAS baru-baru, bagaimana Dr sendiri tafsirkan dan 'signal' apa sebenarnya daripada rakyat ?

Maaf, saya tidak merasa bahawa itu menunjukkan atau bererti majoriti rakyat telah begitu selesa dengan pakatan pembangkang. Kita tahu bukan semua orang PAS selesa dengan KeADILan. Demikian sebaliknya. Demikian juga DAP yang menolak konsep Negara Islam PAS.

Apa yang jelas bagi saya adalah rakyat muak dengan Umno. Rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah, perangai dan gelagat kebanyakan orang Umno. Generasi muda terutamanya, kelihatan begitu 'allergic' dengan Umno. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah Umno dalam fikiran mereka.

Mereka melihat Umno hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Kebelakangan ini baru nampak macam nak berubah sedikit. Itupun masih tidak cukup. Baru-baru ini, kebetulan saya 'terjumpa' seorang menteri di London, saya bertanya dia tentang pilihanraya Kuala Trengganu. Dengan lagaknya dia berkata: "Apa lagi rakyat mahu, semua kita dah beri". Tengok, masih lagi sombong dan enggan menilai diri dan parti walaupun telah berulang kali dia ajar oleh rakyat.

Saya fikir Umno tahu apakah ubat yang menyembuhkan penyakit parti itu, tetapi mereka tidak mampu lakukan. Ubatnya adalah dengan memotong atau membuang segala barah penyakit yang hidup dalam tubuh Umno. Itu terlalu sukar bagi kepimpinan Umno kerana sebahagian yang tidak kecil dalam kepimpinan itu sendirilah barah penyakit tersebut. Jika rawatan dilakukan, bererti mereka akan terkorban.

Bagaimana pula pandangan Dr. terhadap PAS ?

PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya. Kita semua jangan cakap besar dan takabur. Hari ini kuasa dan ruang mendapatkan harta masih sedikit, maka barah pun masih kecil. Barah itu ada potensi berkembang apabila ruang harta dan kuasa membesar. Hati-hati, banyakkan doa dan pohon perlindungan dengan Allah. Jangan cuma runtuhkan jahiliah, lalu tegakkan jahiliah baru dengan nama yang baru. Jahiliah tetap jahiliah.

Adapun KeADILan, maaf saya masih kabur untuk membezakan sebahagaian mereka dengan Umno. Jika dilihat pada gelagat, gaya bahasa dan hidup, cara fikir, saya agak ramai di kalangan mereka masih Umno, cumanya tidak berpuas hati dengan Umno atas beberapa sebab semasa, bukan prinsip. Tidak mustahil bila-bila waktu mendesak mereka akan kembali menjadi Umno. Mungkin bukan semua, tetapi ramai juga yang begitu.

Saya suka jika kita berpegang kepada prinsip. Saya setuju dengan apa yang Naib Presiden PAS Mohammad Sabu pernah kata dalam satu temubual yang saya baca. Beliau hairan mengapa PAS dapat menerima 'lompat parti' apabila KeaDILan menguar-uarkan 16 September lepas, sedangkan dahulu PAS sendiri yang mengatakan �lompat parti� adalah tidak berprinsip dan khianat.

Hari ini berlaku 'lompat parti' di Perak, sekali lagi PAS menyatakan ini pengkhianatan dan tidak berprinsip. Mengapa PAS tidak mengatakan hal yang sama pada 16 September yang lepas. Maaf, saya tidak mahu terbabit dengan kerenah politik. Marilah kita pohon agar Allah menjadikan kita sentiasa beristiqamah atas kebenaran terhadap kawan ataupun lawan. Itulah Islam yang sejagat lagi adil, jika kita ingin tegakkan.

Ada yang mengatakan institusi Mufti ini 'beku' dan tidak lantang dalam mempersoalkan kelemahan kerajaan, benarkah begitu dan pernah Dr. sendiri mengkritik kerajaan khususnya melibatkan persoalan agama? Ada contoh?

Saya tidak mahu bercakap tentang institusi mufti lagi. Sudah banyak kali saya cakap. Cukup saya katakan saya kecewa, Majlis Fatwa Kebangsaan patut mengepalai isu-isu umat Islam, seperti fatwa tentang isu Palestin. Anda boleh baca tulisan-tulisan saya yang mengkritik fungsi mufti dan majlis fatwa. Sehingga saya terfikir negara ini perlukan Majlis Fatwa yang bebas, dibiayai oleh institusi wakaf. Maka fatwa-fatwa itu nanti akan benar-benar mewakili umat. Jika anda lihat di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) hampir mendekati maksud ini.

Adapun saya, kepada Allah saya serahkan segalanya. Anda tahu semasa saya menjadi mufti, saya memberikan teguran kepada semua pihak, termasuk kerajaan, pembangkang, artis, pihak swasta dan lain-lain. Anda boleh lihat berbagai isu saban minggu semasa saya menjadi mufti. Pernah saya mengkritik upacara yang dilakukan di Tugu Kebangsaan oleh kepimpinan negara.

Dari sudut politik, apakah yang boleh Dr. nasihatkan kepada pejuang-pejuang agama agar tidak lari dari daripada asas agama selain parti pemerintah agar berubah demi kepentingan rakyat?

Saya ingin nasihat diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan �Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:-

"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur."

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya�

Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

... maknanya tujuan tubuhkan kerajaan demi capai matlamat agama?

"Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan�

Kata Abul Hasan lagi:"Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya..".

Katanya juga:"Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia �dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.

Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.

Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah�. Itu sebahagian nasihatnya.

Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini. Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?.- azm

(sebarang pandangan dan kritikan, bolehlah majukan kepada saya di






Baca Selanjutnya...

Kerajaan pintu belakang ke-5 UMNO/BN (4)

S
etelah menggunakan pendekatan salah untuk membentuk kerajaan haram di Perak, UMNO/BN mahu langkah keparat itu dilupakan oleh rakyat dan menaikkan imej mereka sebagai pembela rakyat yang tulen.

Mereka melancarkan propaganda melalui media yang menyokong apa saja aktiviti tidak bermoral mereka. Kesalahan dipindahkan kepada pembangkang untuk mengalihkan perhatian. Sehubungan itu, mereka mempermainkan sentimen institusi raja bagi melindungi fakta SPR berlagak seperti mahkamah dalam isu kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering serta pengabaian Perkara 16(6) dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.


UMNO/BN perlu menerima hakikat bahawa semua golongan muda yang telah mengambil peperiksaan SPM tahu dengan jelas fungsi dan peranan tiga badan dalam pentadbiran negara; peranan dan fungsi SPR; serta pilihan raya melalui Bab 7 dalam buku teks Sejarah Tingkatan 5. Tak payahlah bersusah payah membohongi golongan muda di Malaysia. Mereka cerdik-cerdik belaka. Jika tidak masakan keputusan peperiksaan mereka cemerlang!!!

Di samping itu, mereka memunculkan kembali tuduhan klise, iaitu PAS menjadi kuda tunggangan DAP. Tujuannya adalah untuk mengadu domba kedua-dua parti itu. Ternyata mereka amat mencemburui keakraban dua buah parti yang berjaya meraih sokongan besar orang Melayu mengatasi kebolehan UMNO dan berjaya meraih sokongan besar orang Cina dan India mengatasi MCA dan MIC.

Pada masa yang sama, PAS turut menerima sokongan padu kaum Cina dan India melalui Kelab Penyokong PAS. UMNO/BN tiada pilihan selain daripada memecahkan kekuatan itu.

Setelah belang sebenar UMNO/BN terserlah satu demi satu, mereka menghadapi kesukaran yang amat besar untuk merealisasikan hasrat itu.

Politik baru UMNO/BN mahu tidak mahu terpaksa dihadapi oleh PR walau sebesar mana pun kejelekan yang melengkonginya.

PR sudah berjaya mengharunginya berkat kerjasama yang tidak kenal penat lelah selama ini. Teruskanlah perjuangan itu dengan melihat ke hadapan dan menggantung imej yang dicalarkan di pagar pengalaman.

Kini, kerajaan haram majoriti UMNO di Perak mendidik rakyat, terutama golongan muda menerima perbuatan menculik dan mengurung ADUN serta mengumpan lawan untuk memenuhi agenda sendiri sebagai perbuatan yang bermoral, bertamadun, dan bermaruah. Sampai hati UMNO menggunakannya untuk meracuni pemikiran orang muda Malaysia; sedangkan di sekolah mereka dididik supaya mengamalkan nilai-nilai murni sepanjang masa.

Jerangkap samar yang sengaja dipasang oleh UMNO/BN perlu dimusnahkan sebelum memerangkap rakyat di negara tercinta ini. Rakyat wajib diselamatkan daripada terjerumus ke kancah kebinasaan. Kekalutan dan kebingungan serta kehilangan pedoman dalam kalangan rakyat perlu dihindari.

Pasti kita tidak mahu cara sebegini digunakan oleh mana-mana rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah mereka dalam kegawatan ekonomi yang semakin mencengkam sekarang ini.

Puluhan ribu yang telah kehilangan pekerjaan. Janganlah bermain api atas perkara yang sensitif ini. Atikal Asal


Baca Selanjutnya...

Mungkinkah pilihan raya kecil di Kuala Kangsar?


P
ada 15 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan kes petisyen pilihan raya yang melibatkan Parlimen Kuala Kangsar.

Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan tersebut ialah Hakim Besar Borneo, Tan Sri Richard Malanjun, Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Datuk Augustine Paul.




Baca Selanjutnya...

Siapa sebenarnya penderhaka?


K
UALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Sebelum Umno mahu mengambil tindakan melucutkan gelaran Dato' Seri ke atas Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atas dakwaan kononnya menderhaka dan menangkap Karpal Singh di bawah ISA atas dakwaan kononnya menghina Sultan Perak, penguasa dan rakyat perlu melihat sejarah sebenar siapa penderhaka sebenarnya.

Mengulas kemelut tersebut Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu telah menjadi modus operandi Umno.

"Tetapi sekarang juak-juak Umno mahu menghukum pemimpin Pakatan Rakyat kerana kononnya tidak akur kepada Titah DiRaja. Sebelum itu cuba kita membuka helaian sejarah yang lalu siapa sebenarnya yang mula-mula menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu," katanya.

Pertama, pemimpin Umno yang pertama melondeh Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan ialah bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas menghina Raja-Raja Melayu ketika mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu, ujarnya.

Lebih trajis lagi kisah pertabalan Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan dan kes ini berlaku di Ketereh yang dipimpin oleh Dato' Seri Annuar Musa namun bekas Adun Kok Lanas itu tidak didakwa, katanya

Masih segar dalam ingatan, perkatan 'natang' (binatang) ketika Umno Terengganu khususnya Dato' Seri Idris Jusoh mempertikai perkenan Sultan melantik Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu.

Namun sehingga kini Idris dan konco-konconya yang melakukan demonstrasi haram selepas piliahan raya umum 8 mac lalu tidak didakwa, tegas Kamarul yang juga Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan.

"Kes-kes yang disebut itu tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak yang berwajib khasnya pihak polis pimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jawapannya mudah kerana mereka pemimpin Umno. Sungguh kebal pemimpin Umno sehingga PDRM pun tak berani mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Mengulas kes Pakatan Rakyat di Perak, Kamarul berkata, kepimpinan di sana bukan tidak akur kepada Sultan Perak, cuma cara yang dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah berat sebelah.

"Mengapa Sultan Perak tidak menyokong untuk membubarkan Dun? dan mengapa pula Sultan Azlan cukup patuh dengan kehendak dan nasihat Ketua Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Najib Tun Razak merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia?," soalnya.

Majoriti rakyat mahukan satu proses keadilan yang jelas kerana apa yang sedang berlaku ini bercanggah dari segi Perlembagaan, katanya.

Cara yang dibuat oleh Umno dan keputusan Sultan Perak menjadi pertikaian sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah mempelekehkan Raja atau tidak patuh kepada Raja, katanya.

"Kenapa Umno tidak sanggup menunggu Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk membuat dan usul undi tidak percaya?" soalnya lagi.

Sejarah terbukti pemimpin Umno lah yang telah melondehkan maruah Raja Melayu, menjahanamkan maruah bahasa Melayu dan memecahbelahkan bangsa Melayu, tegas Kamarul.

"Sekarang mereka gegak gumpita mahu menghukum Nizar dan Karpal Singh pula," katanya.

"Sayang pada Sultan Perak yang ditunjukkan oleh Umno dalam kes 'Rampasan Kuasa' di Perak hari ini sebenarnya bagaikan tanam tebu dibibir mulut sahaja.

"Pendirian Pakatan Rakyat sememangnya cukup jelas iaitu mahu mengembalikan kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai sebuah institusi Raja Berperlembagaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya. _
Atikal Asal


Baca Selanjutnya...

Mohd Abdul Wahid ikrar tunai tanggungjawab


"K
KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, berikrar akan menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan pemilih untuk mengetengahkan pelbagai isu, terutama isu tempatan di Parlimen.

Malah, katanya tanggungjawab sebagai wakil rakyat bertambah kerana perlu menjaga empat Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya DUN Wakaf Mempelam, sebelum ini.

Beliau berkata, kemenangannya pada pilihan raya itu disebabkan sudah lama mengenali pengundi, sekali gus memudahkan kempen menemui pemilih.

"Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada saya dan saya akan laksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

"Terima kasih juga pada Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan semua petugas pilihan raya kerana menjadi pilihan raya kali ini berjalan lancar," katanya ketika ditemui selepas pengumuman rasmi di Stadium Negeri, di sini.

Dalam pertandingan tiga penjuru semalam, Mohd Abdul Wahid yang memperolehi 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi, calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.


Sementara itu, Wan Ahmad Farid berkata, kekalahannya pada pilihan raya itu akan dijadikan landasan untuknya terus bekerja keras berkhidmat untuk rakyat.

Beliau menghormati dan menerima keputusan itu dengan rela hati dan mengucapkan tahniah kepada Mohd Abdul Wahid yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang mengundi BN walaupun undi mereka tak cukup untuk memenangkan BN.

"Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan pengundi yang tak undi BN kali ini akan tukar fikiran memilih BN.

"Saya nak ucapkan teima kasih kepada semua jentera dalam dan luar yang banyak membantu. Saya tahu mereka kerja kuat tetapi akhirnya rakyat membuat keputusan dan keputusan ini harus dihormati," katanya. Atikal Asal

Baca Selanjutnya...

Ingat Allah ketika mengundi - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


"K
ita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."

PILIHAN raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini menjadi medan mengukur kemampuan fenomena Mac 2008 beralih ke Terengganu. Lebih 80,000 pengundi bakal merumuskan hala tuju politik negara seterusnya. Impak pilihan raya kecil ini cukup besar dan boleh merubah senario politik masa depan negara. Justeru, pengundi harus menggunakan kesempatan berharga ini dengan matang dan bijaksana.

Bagi memandu pengundi membuat pilihan terbaik, ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditemui di pejabat Menteri Besar Kelantan, di Kota Darulnaim, Ahad, 11 Januari lalu.

HARAKAH: Umno kini bermati-matian mahu mempertahankan penguasaannya di Kuala Terengganu. Kempen pilihan raya pun semakin hangat dan mendebarkan. Bagaimana Tok Guru melihatnya?

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Sekarang berlaku pertelagahan antara gerakan Islam yang dipimpin oleh PAS dan gerakan nasionalis yang dipimpin oleh Umno untuk berebut hendak jaga negeri. Kalau lebih 50 tahun dulu, antara Inggeris dan Jepun berebut juga, hendak jaga Tanah Melayu.

Dan kira-kira hampir 2,000 tahun lalu perbalahan berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Juga sama-sama berebut hendak jaga negeri. Hak mana yang betul kerana orang Islam ini bukan semata-mata hendak makan atau minum. Islam mengajar makan minum yang betul. Berumah tangga yang betul atau politik yang betul. Betul itu kena dengan kehendak Allah Taala. Ini beza ajaran Islam dengan ajaran manusia sama ada kita Melayu atau Cina Muslim itu tidak kiralah. Ajaran Islam tidak serupa dengan ajaran yang manusia buat. Manusia reti apa di hujung dunia ada syurga neraka yang tahu benda itu ialah tukang yang membuat dunia iaitu Allah Taala. Allah Taala ajar benda ini kepada nabi-nabi sejak zaman-zaman sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw.

Ada ayat al Quran menyebut selepas mati kita akan dihidupkan balik. Selepas mati kita tidak perlu lagi sembahyang, puasa, mengundi atau apa sahaja sudah tidak ada lagi. Yang ada kamu dipaksa balik ke pangkuan Allah Taala. Ini masalah yang berlaku sejak dahulu kepada nabi-nabi dengan umat masing-masing. Begitu juga pada masa Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya termasuk kita. Ini benda yang PAS hendak sebut. Ini juga yang kita sering sebut dalam sembahyang. Sembahyang, hajiku, hidup mati untuk-Mu Allah Taala. Untuk-Mu itu hendak pergi macam mana kalau bukan melalui Islam.

Kalau benda itu kita boleh buat tanpa melalui Islam, apa faedah Allah Taala kirim nabi-nabi. Apa tujuan kirim nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau kita tolak Islam seperti yang diamalkan Umno sekarang dan mengambil kebangsaan, soalnya agama Islam itu berhenti setakat mana. Adakah Islam tidak berguna sekarang kerana tempoh dah habis atau macam mana? Mengapa kita tolak agama dan ambil kebangsaan. Adakah Umno fikir Islam tamat setakat 1946 ketika Umno mulai wujud atau Islam terus sampai khiamat. Orang Islam di seluruh dunia akui Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi akhir zaman.

Ini punca PAS dan Umno bertelagah. Apa salah kalau Umno tinggalkan kebangsaan. Islam itu terkandung di dalam al-Quran, dan di dalam terkandung semua termasuk politik, ibadat dan keselamatan. Ini kerana al-Quran didatangkan daripada Allah Taala. Bezanya sekarang Umno hanya selamat setakat dunia dan nak pergi akhirat tidak boleh. Arab, Cina, India hendak pergi syurga semuanya melalui Islam. Ini perkara pokok.

Ini bererti risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. bukan terhenti setakat tahun 1946 sahaja. Ini punca segala pertelagahan yang berlaku sekarang, dan sebab itu saya minta semua kawan-kawan dalam Umno bermula daripada peringkat 'grassroot' sehingga pemimpin atasan. Tidak ada guna satu sen pun perjuangan kebangsaan. Hendak pembangunan semua parti yang memerintah boleh buat pembangunan.

Kalau komunis memerintah di negeri ini sekalipun mereka juga mampu buat pembangunan. Sekadar pembangunan lahiriah ini semua orang boleh buat. Tidak payahlah Allah Taala kirim nabi kalau sekadar kehidupan manusia mahu kepada pembangunan. Kafir Quraisy, Rom dan Parsi buat pemnbangunan sampai sekarang pun kita dapat lihat kesannya. Di Mesir ada piramid dan macam-macam lagi. Apa yang penting pemnbangunan tidak boleh sampai ke akhirat.

Masuk kubur kita hanya bawa jari 10 sedangkan kita mempunyai banyak duit di dunia. Kita ada tenaga di atas dunia mengapa tidak boleh bawa bersama di dalam kubur. Islam sahaja �cable� yang boleh membawa kita dari dunia sampai ke akhirat. Kepandaian, kebijaksaan dan harta kita semuanya itu boleh kita tukar melalui pertukaran benda kepada pahala. Ini perkara besar yang menguasai pemikiran manusia sekarang sama yang menyokong atau melawan gerakan Islam.

Oleh itu saya minta kalau sesiapa sahaja yang hendak pembangunan ia tidak boleh membawa kita ke akhirat tanpa melalui Islam. Kami jaga Melayu sampai ke akhirat tetapi Umno jaga Melayu setakat dunia sahaja. Islam ini kalau buat tanpa ikhlas tidak jadi, tidak kiralah orang PAS sendiri pun. Sembahyang, kempen tidak ikhlas tidak jadi. Kita mahu Islam dan iman.

Apa langkah terakhir calon dan petugas PAS lakukan menjelang hari mengundi Sabtu ini?

Langkah awal akhir ini tidak ada dalam Islam, kerana ia awal dan akhir selama-lamanya. Hidup kita di atas dunia ini bertengkar dengan nafsu. Dalam tubuh kita ada nafsu. Amarah, lawamah, mutmainah. Kita kena yakin kerja mengundi ini sebagai kerja agama. Ini kerana kerja memerintah negeri ini ialah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah tidak boleh memerintah sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah Taala. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah Taala. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah Taala dan bukan hamba duit dan sebagainya.

Kita perlu solat hajat?

Solat hajat kita perlu buat setiap masa. Tidak boleh bermusim, satu budaya orang kita bermusim ketika sakit, anak hendak periksa, hendak mengundi. Tapi tak apalah kalau tidak ada langsung baik kita buat.

Bagaimana situasi yang Tok Guru tengok terhadap kecederungan politik rakyat di Kuala Terengganu sekarang?

Pada hari penamaan calon saya pergi ke sama. Saya tengok kalau di tepi-tepi jalan nampaknya petugas PAS lebih rancak. Kegiatan Umno tidak nampak sangat. Cuma di sesetengah tempat mereka ghairah dengan poster. Hari itu tidak nampak sangat kegiatan Umno, jadi kita harap perkara itu biarlah berterusan.

Sejauh mana Tok Guru mengenali Mohd Abdul Wahid Endut sebagai seorang pemimpin yang patut dipilih?

Kita mengenalinya kerana beliau sudah lama menjadi wakil rakyat. Sejak 1990 lagi menjadi wakil rakyat. Lagi pun tidak kedengaran sungutan rakyat terhadapnya. Harap begitulah. Kalau tidak masakan ia menjadi pilihan kepada Presiden yang juga orang Terengganu.

Kegelisahan pihak lawan nampak sangat sehingga terpaksa mengerahkan begitu ramai anggota keselamatan. Ia mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil. Mungkinkah ada sesuatu di sebalik nama keselamatan yang Tok Guru lihat?

Kalau hendak datang begitu ramai bagi menjaga keselamatan, itu tidak menjadi masalah. Kalau Umno mahu memperalatkan polis dalam pilihan raya kecil ini bermakna berlaku celaka besarlah dalam demokrasi. Kedudukan Terengganu di tengah-tengah laluan ke Kuala Lumpur, jadi orang dapat tengoklah keadaan sebenar yang berlaku. Bagaimanapun harap-harap Pengerusi SPR baru, yang sebelum ini banyak tercalit dengan perkara-perkara yang mencurigakan, dapat ambil berat hal ini. Peristiwa Batu Burok dahulu sangat-sangat menyedihkan.

Sambutan penduduk Cina kepada calon PAS pun semakin meningkat. Kalau sebelum ini mereka sukar didekati namun sekarang tidak lagi. Adakah ini suatu petanda yang cukup menarik?

Ini sutu perkembangan yang cukup menarik sekali. Memanglah benda baik biar pun ditekan lama-lamaan akan menyerlah juga. Macam bola yang ditekan ke dalam air, lama-lama air akan melantun juga ke atas. Begitu juga dengan kebenaran kita boleh tekan namun lama-kelamaan ia akan naik balik.

Sebelum ini media massa sebut PAS antipembangunan, antikemajuan tetapi Cina di Kelantan tengok setiap hari berlaku pembangunan di negeri ini. Saya sebagai ketua kerajaan yang bergelar ulama boleh datang ke tempat masyarakat orang bukan Islam tanpa sebarang masalah. Saya pergi ke wat Siam di Tumpat. Semasa pemimpin Cina, Foo Chong Yong meninggal dunia. saya juga pergi melawatnya. Akhirnya orang Cina faham mereka diperbodohkan dengan pembohongan. Masa orang Cina buat kenduri kahwin pun saya pergi. Setiap kali orang bukan Islam menjemput saya pergi ke majlis mereka, saya tanya sama ada jemputan itu bagi tujuan agama atau budaya. kalau hanya sekadar budaya saya pergi. Tujuan agama tidak boleh. Setiap kaum ada budayanya sendiri.

Apa yang menarik juga di Terengganu ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat datang membantu calon PAS. Adakah ini suatu perkembangan yang baik?

Ya, ini suatu yang cukup menarik sekali. DAP sekarang semakin jelas nampak dan ia lain dengan DAP zaman dahulu. Macam juga orang PAS zaman dahulu, kalau sebut Umno mereka tidak mahu dekati. Sekarang mereka sudah faham. Hendak lari macam mana kerana mereka juga saudara kita. takkan kita hendak biarkan mereka dengan salah begitu. Kalau mereka salah, kita kena perbetulkan.

Hudud yang cuba dicetus media bagi menjarakkan hubungan PAS dengan DAP nampaknya juga gagal?

Makin mereka mainkan isu tersebut tambah bodoh mereka. Ini kerana hudud itu untuk orang Islam. Jadi pemimpin Umno ini, mereka Islam atau tidak? Kalau mereka Islam mengapa tidak mahu hudud. - azm _ Atikal Asal


Baca Selanjutnya...

Sejarah memang sudah pun tercipta di Kuala Terengganu

P
engundi KT kini bagaikan raja. Mereka boleh menentukan haluan besar politik negara, mempengaruhi dasar dan sikap kerajaan. Maknanya, mereka turun mengundi bukan hanya untuk memilih wakil rakyat terbaik - yang prihatin, berakhlak, tidak sombong dan mesra-rakyat - tetapi mereka juga memikul amanah membetulkan keadaan yang pincang, selepas kerajaan BN gagal memahami mesej yang cuba disampaikan majoriti rakyat 10 bulan lalu.

Kesempatan berharga ini tidak wajar dipersiakan. Sokonglah calon PAS yang bersedia berkhidmat untuk anda dan berupaya memberi tekanan kepada kerajaan - negeri dan pusat - agar lebih menghormati suara dan aspirasi rakyat.

Saya yakin isu-isu yang didebatkan di Kuala Terengganu, misalnya royalti dan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris),
akan mendapat reaksi positif kerajaan jika anda berjaya memenangkan Abdul Wahid Endut. Undilah calon PAS! _ Atikal Asal





Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year