Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Manipulasi media punca ramai keliru isu doa – Nik Aziz

K
OTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.

“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.

“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
.




Baca Selanjutnya...

Tahnik - cara-cara



D
isini akan diterangkan cara-cara proses mentahnikkan bayi yang dibenarkan di dalam islam. Disarankan kepada ibubapa-ibubapa agar bayi tersebut ditahnikkan oleh orang-orang alim seperti ulama' ataupun syeikh supaya insyAllah bayi tersebut mengikuti jejak ketaqwaan mereka..aminnn..


.




Baca Selanjutnya...

Aidiladha : Kenyataan akhbar Barat tentang Keistimewaan Kaedah Penyembelihan Haiwan HALAL dalam Islam

K
enyataan akhbar Barat tentang Keistimewaan Kaedah Penyembelihan Haiwan HALAL dalam Islam
.



Baca Selanjutnya...

Kelebihan Memberi salam

K
elebihan Memberi SALAM!!!!!!!!!!!

Oleh Ustaz Zahazan Mohamed
.



Baca Selanjutnya...

UPSR Anakanda Wakjembal

T
ANIAH !!!!

SYUKUR ALHAMDULILLAH ATAS KEJAYAAN ANAKANDA TERSAYANG DALAM

UPSR 2009

SUASANA PELAJAR-PELAJAR S.K.SERI DUYONG MELAKA
MENERIMA KEPUTUSAN UPSR











Anakanda Muhammad dan kawan2nya

keputusan Peperiksaan

.







Baca Selanjutnya...

1Malaysia, Kelantan terus dianak tiri

K
UALA LUMPUR, 15 Nov: Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya indah khabar dari rupa apabila rakyat Kelantan terus dianak tirikan kerajaan pusat hanya kerana negeri itu ditadbir oleh PAS.

Contoh yang paling nyata adalah keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, jika kerajaan benar-benar berhasrat mendahulukan rakyat, pembinaan tembatan banjir itu harus disegerakan memandangkan rakyat di kawasan itu sering berhadapan dengan bencana alam itu.

“Saya dimaklumkan peruntukan untuk tembatan Sungai Golok ini telah diluluskan sejak RMK ke-7 lagi. Tapi sampai sekarang tak buat, tak tahu ke mana peruntukan itu.”


“Tembatan banjir ini perkara yang perlu diambil tindakan serius kalau betul-betul kerajaan kata rakyat diutamakan.Saya sebagai ahli parlimen Rantau Panjang mintaklah beri keutamaan kepada pembinaan benteng banjir ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen baru-baru ini.

Menurut Zailah, penduduk Rantau Panjang terpaksa menghadapi risiko kerosakan dan kerugian harta benda setiap kali berlakunya banjir di kawasan itu pada musim tengkujuh.

Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.

Kedudukan Rantau Panjang yang bersebelahan dengan Thailand makin merumitkan keadaan kerana negara itu membina benteng yang tinggi di sepanjang sungai Golok. Ini menyebabkan air hujan mengalir ke sebelah Kelantan kerana kedudukannya yang rendah dan tiada benteng yang menghalang air.

“Ekonomi rakyat Thailand tidak lumpuh walaupun musim hujan. Sebaliknya ekonomi rakyat Rantau Panjang yang terjejas teruk. Rakyat terpaksa tutup kedai, rugi beribu-ribu, tanaman ditenggelami air, binatang ternakan hanyut,” katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Tegasnya, kerajaan harus mengambil tindakan yang dapat menyelesaikan masalah berkenaan untuk jangka masa panjang, bukan sekadar menghabiskan wang memberikan pampasan setiap kali berlakunya banjir.

“Kerajaan bagi pampasan 500 ringgit kepada setiap mangsa banjir.Berapa juta kerajaan terpaksa habiskan duit untuk bagi pampasan.Lebih baik kerajaan guna duit itu buat tembatan untuk jangka masa panjang,” tegasnya.

Apa yang lebih dikesalkan ujarnya, apabila kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam memberikan bantuan banjir kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hanya diberikan kepada penyokong-penyokong Umno BN sahaja.

Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pegawai JPP kepada beliau.

“Pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dedahkan kepada saya bagaimana ada seorang pegawai JPP yang memang orang umno kuatlah.Dia kata nama-nama yang diberikan ini, siapa orang BN akan diberikan surat tawaran untuk terima bantuan banjir.Yang bukan BN, dia tak akan bagi walaupun tenggelam air,” ujarnya.

Beliau turut mendesak agar JPP dimansuhkan di Kelantan kerana ternyata bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Masih berlaku diskriminasi dalam menyalurkan bantuan.sebab melalui JPP. JPP tak akan bagi keadilan kepada rakyat. Sebab itu saya tegaskan, jangan benarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan melalui JPP.Ini wang rakyat.bukan wang Umno.Mereka guna wang ini untuk kepentingan mereka sahaja,” katanya.

Minggu lalu seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kawasan sekitar. Sumber Disini


Baca Selanjutnya...

Sudah Sampai Masanya..............


M
eskipun laporan akhbar 20 Oktober menyatakan bahawa peratus jenayah berkurangan namun saya agak ragu2 dengan laporan tersebut. Mungkin laporan tersebut hanya untuk menyenangkan hati atau ada motif politik sahaja. Saya berkata begitu kerana berdasarkan pemerhatian saya dan mungkin tuan-tuan semua jenayah dalam negara kita semakin hari semakin banyak dan meningkat setiap saat. Malah kejadian jenayah yang berlaku semakin ganas dan di luar jangkauan akal kita memikirkannya. Contohnya tragedi bunuh seorang wanita berusia 50an di Sg Isap Kuantan beberapa hari lalu. Dengar khabarnya wanita itu di bunuh dengan cara dilekupkan bantal ke atas mukanya hingga mati dan ia dilakukan oleh suspek dengan niat mahu merompak. Di Dungun pula seorang wanita warga emas di bunuh dengan kejam di rumahnya dengan cara diparang dan di rendam ke dalam baldi kepalanya hingga mati. Beberapa minggu lalu akhbar juga telah melaporkan seorang ibu bisu di bunuh anaknya sendiri dengan cara disumbat di dalam beg dan diikat kedua tangannya hingga mati. Akhbar Harian Metro hari ini pula (22 Okt) melaporkan kes bunuh anak oleh seorang ibu berumur 24 tahun dan kekasihnya warga Sudan dengan cara kejam iaitu dicabul secara ganas oleh warga Sudan dan digoncang, dipukul hingga menemui maut. Budak malang itu baru berumur 3 tahun. Itu baru tentang kisah jenayah bunuh. Belum lagi kisah rompakan dan samunan yang berlaku setiap saat dan kisah minum arak serta zina yang seolah-olah amat sukar dibendung oleh pihak berkuasa.


Saya kadang-kadang rasa amat kecewa dengan pihak berkuasa yang seolah-olah gagal melaksanakan tugas mereka. Sebabnya masalah jenayah ni bukan kerja individu seperti kita untuk membendungnya, ini tugas pihak kerajaan. Yang sedihnya bila bab berpolitik, bab mencanangkan projek-projek mega dan bab membuat propaganda supaya rakyat menyokong kerajaan sangat aktif dilaksanakan hingga kadang-kadang meluat kita menontonnya. Tetapi dalam bab memelihara nilai-nilai Islam dan membendung maksiat seolah-olah bukan agenda utama dan jarang sekali para pemimpin negara bercakap secara serius soal arak, zina, judi dan jenayah2 lain. Menteri agamapun hanya fokus soal-soal umum dan kosmetik yang tidak mendasari masalah sebenar umat Islam. Saya sangat bimbang dengan fenomena jenayah, seks bebas, ketagih arak, ajaran sesat dan lain-lain yang semakin menggila sekarang ini . Jika ianya tidak dibendung akan membawa kepada keruntuhan Tamadun Melayu Islam yang sedang kita bina bersama sekarang ini. Agak-agaknya bolehkah ia dibina oleh generasi kaki botol, penzina, perasuah dan pelaku maksiat? Saya bersetuju dengan seorang kawan yang menyatakan bahawa orang Malaysia ialah bangsa yang paling banyak buat slogan kerana bila naik seorang pemimpin baru maka slogan baru pula akan diwar-warkan dan slogan lam tenggelam begitu sahaja. Dulu slogan 'bersih, cekap, amanah" kemudian slogan "kepimpinan melalui tauladan" kemudian " cemerlang,gemilang terbilang", kemudian "Islam hadari" dan terkini "satu Malaysia". Saya tak dapat ramalkan apakah slogan baru jika pemimpin baru pula datang kelak! Jika sekadar berslogan tidak mengapa, tetapi kosnya sangat tinggi untuk setiap slogan. Bayangkan upah menggubah lagu, membuat poster, seminar, wacana, buku dan macam-macam majlis pelancaran untuk setiap slogan tersebut dan akhirnya isu utama dan agenda besar diabaikan. Isu jenayah yang menjadi virus menggagalkan setiap slogan murni tersebut nampaknya dipandang enteng. Natijahnya lahirlah generasi anak Malaysia hari ini yang diwarnai dengan budaya dan tingkah laku yang melanggar secara terang-terangan syariat Islam tanpa rasa segan silu. Bacalah Harian Metro hari ini (22 Okt0) mendedahkan sebuah flet di Putrajaya yang digelar Flet Hijau menjadi pusat seks bebas oleh penghuni dan penyewa yang terdiri dari kalangan kakitangan kerajaan dan swasta!!! Amat memualkan sekali!!! Saya juga sangat bimbang kerana bunga-bunga seks bebas itu sedang berlaku di tempat saya tinggal kerana ramainya pelajar sebuah kolej swasta menyewa di taman saya. Setiap hari penduduk taman ditayangkan dengan aksi-aksi meloyakan seperti berpakaian menjolok mata, berdating hingga larut malam dan berhimpun lelaki perempuan di dalam sebuah rumah dengan aktiviti mencurigakan!!!


Akhirnya saya berpendapat sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin yang ada pada masa ini khususnya dalam UMNO (sebab ia peneraju kerajaan sekarang) membuka dada seluasnya untuk menerima undang-undang Islam sepenuhnya tanpa berdolak dalih. Kerana semua sistem ciptaan manusia sudah dicuba bertahun-tahun dan terus menerus mencipta rekod gagal dalam mewujudkan keamanan hidup. Sesuai dengan semangat mahu kembali kepada Islam melalui perhimpunan agong UMNO baru-baru ini (ada juga desakan diwujudkan dewan ulama umno) maka saya menyarankan agar hukum Islam dimartabatkan segera dan jangan ditangguh lagi. Alasan-alasan seperti bimbang dengan respon bukan Islam, takut kekurangan pelancong dan pelabur yang datang ke Malaysia, tiada kepakaran dan bermacam-macam lagi alasan adalah sebenarnya datang dari hati yang tiada Iman. Mungkin akibat jarang ke Masjid, tidak mempelajari Islam dan terlibat dengan maksiat menjadikan hati ragu-ragu dengan hukum Allah. Yakinlah bahawa dengan melaksanakan semua syariat Islam, rezeki akan bertambah dan rahmat Allah akan datang dari langit dan keluar dari bumi. Para ulamak, ustak dan seluruh pendakwah dan umat Islam prihatin mestilah bangkit bersuara secara berani menyampaikan mesej ini kerana seperti kata Dr Abd Karim Zaidan di dalam bukunya "Al-Madkhal Li Dirasah Al-Syariah Al-Islamiyah" menyatakan bahawa beliau amat yakin bahawa hukum Islam lambat laun akan dilaksanakan kerana ia adalah tuntutan agama yang tidak boleh ditolak oleh setiap mereka yang bergelar "Muslim"..... Sumber Disini






Baca Selanjutnya...

UNDILAH CALON PAS (PR)













PROFIL CALON
N31 BAGAN PINANG










Baca Selanjutnya...

PRK BAGANG PINANG X BULAN

Jang Oh Jang, Moh Poi Ngundi kek Bagan Pinang

Baca Selanjutnya...

AKHLAK menjadi pembeza antara Parti Islam dan Parti Sekular


I
slam mengutamakan soal akhlak dalam semua keadaan dan situasi kerana akhlak adalah cerminan keutuhan iman dan kedamaian jiwa di hati orang yang beriman. Semakin tinggi imannya maka semakin tinggi jugalah akhlak dan tingkah lakunya tetapi semakin lemah imannya maka semakin buruklah tingkah lakunya. Di atas kepentingan akhlaklah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah SWT. Ini tergambar melalui sabda baginda :
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan adalah bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak”. Hadis sahih riwayat Al-Baihaqi
Islam bukan sahaja berbicara solat akhlak dalam hubungan dengan ibubapa, dengan guru atau hubungan suami isteri sahaja tetapi ia menjangkaui hubungan dengan musuh Islam sehinggakan dalam peperanganpun nilai-nilai akhlak wajib dijaga. Jika kita membaca sejarah peperangan dalam Islam maka akan terserlahlah bagaimana kehebatan akhlak para pejuang Islam ketika berperang dan kesannya ramai musuh Islam yang tertarik lalu akhirnya memeluk Islam.
Bagi pendokong dakwah di Malaysia akhlak sepatutnya tidak di pandang remeh dan diabaikan dalam memperjuangankan Islam. Meskipun berdepan dengan situasi runcing dan tertekan, akhlak tetap mesti dipelihara kerana akhlak sangat besar peranannnya dalam memberika kesan kepada sasaran dakwah. Malah ada ketikanya kehebatan Ilmu sahaja tidak mempunyai aura untuk menarik minat seseorang kepada Islam. Contohilah Rasulullah s.a.w yang menyabarkan para sahabatnya apabila seorang badwi kencing di dalam Masjid baginda. Lalu baginda mengarahkan sahabatnya mengambil air untuk dijiruskan kencing tersebut. Akhirnya si badwi yang melihat akhlak baginda itu terpegun lantas memeluk Islam!

Di Malaysia salah satu saluran terbaik bagi mengembalikan tertegaknya syariat Islam ialah melalui pilihanraya. Meskipun ianya adalah sistem ciptaan Barat yang pastinya mempunyai hasrat tersembunyi menggagalkan kebangkitan Islam namun kita seolah-olah terpaksa menerima kaedah ini dalam merealisasikan hasrat memartabatkan hukum Allah buat masa ini. Keterlibatan pendokong Islam di dalam kancah politik pilihanraya seharusnya didasari oleh satu prinsip yang utuh agar ia dapat membezakan dirinya dengan pendokong perjuangan sekular.
Bagi membezakan antara pejuang Islam dan pejuang yang tidak berpaksikan ajaran Islam maka akhlaklah yang menjadi garis pemisahnya. Justeru dalam situasi pilihanraya para pejuang Islam tidak boleh mengabaikan aspek akhlak dan tingkah-laku mereka. Tutur-kata, perbuatan dan penulisan mestilah sentiasa terpelihara daripada kejian dan fitnah. Ini adalah kerana pilihanraya dalam sistem demokrasi adalah merupakan jerat terancang yang dipaksakan kepada umat Islam supaya umat Islam sentiasa terikut-ikut dengan rentak dan budaya yang tidak Islamik. Dalam konteks pilihanraya di Malaysia persoalan nilai dan akhlak sudah tidak menjadi keutamaan lagi. Jika diteliti ianya bermula dari pemilihan calon lagi. Sudah menjadi budaya parti-parti politik mencalonkan mereka yang berpotensi menang sahaja meskipun akhlaknya hodoh dan jelek. Kerana pada tanggapan mereka media massa yang dikuasai boleh menjadikan sesiapa sahaja yang jelek akhlaknya bertukar menjadi manusia qudus yang baik dan berjiwa rakyat melalui propanganda 24jam samada dalam bentuk bercetak mahupun elektronik. Pengnyahan akhlak seterusnya berlaku dalam situasi ketika penamaan calon yang biasanya diwarnai dengan sorakan, penghinaan dan cercaan terhadap pihak lawan. Ketegangan ketika penamaan calon boleh memuncak apabila pemimpin parti yang bertanding dihina dan dicaci yang memarakkan lagi api kebencian. Dalam tempoh berkempen pula tubuh calon seolah-olah cuba ditelanjangi bagi memenangkan calon masing-masing meskipun ianya adalah fitnah dan adu domba semata-mata. Fitnah ini disemarakkan lagi apabila ada media massa yang sanggup diperkudakan bagi menjadi lidah kepada fitnah dan propaganda jahat. Situasi ini berterusan sehinggalah tamatnya waktu berkempen.
Inilah situasi yang didepani oleh parti Islam. Akibat penglibatan dalam politik pilihanraya maka situasi ini mesti dilalui namun ia mesti mempunyai kekentalan identiti agar tidak terpengaruh dengan suasana yang berlaku. Ketika inilah akhlak dapat membezakan antara parti Islam dan parti sekular. Bagi para pendokong parti Islam calon yang mereka ketengahkan mestilah yang paling baik akhlaknya dan paling kuat hubungannya dengan Allah. Bukan perasuah, bukan kaki perempuan, bukan orang yang tidak solat dan bukan yang buruk lakunya. Meskipun pandai bersyarah, pandai berhujjah, berjawatan, berpengalaman, berharta dan pandai berpolitik ia masih belum boleh jadi calon parti Islam sekiranya tidak berakhlak. Orang yang tidak solat berjamaah, tidak berusrah, kaki rokok dan tidak asas kefahaman Islam, tidak wajar dicalonkan untuk parti Islam kerana ia lebih banyak merosakkan imej parti Islam. Ketika penamaan calon, pendokong-pendokong Islam tidak wajar terikut-ikut dengan budaya dan rentak pendokong parti sekular. Perbuatan menyorak lawan dengan kata-kata kesat, menghina pemimpin mereka dengan celaan dan membuat isyarat-isyarat yang tidak elok hanya menyerlahkan ketidak pekaan pemimpin parti Islam mentarbiah para pendokong dan penyokong mereka. Jika ini berlaku ia hanya akan melahirkan persepsi bahawa parti Islam dan parti Sekular sama sahaja, tiada bezanya.
Sepatutnya ketika penamaan calon, himpunan para pendokong parti Islam diwarnai dengan gema zikrullah dan ungkapan-ungkapan yang bersemangat bukannya cacian dan celaan. Cacian, sorakan dan cercaan biarkan hanya berkumandang di pihak parti sekluar. Para pendokong parti Islam juga tidak boleh samasekali menghina batang tubuh calon lawan dan pemimpin-pemimpin mereka kerana kelak para pemimpin parti Islam pula yang akan dicerca dan dihina dengan cercaan yang lebih berat. Dalam situasi ini Allah Taala telah berfriman:
{ ولا تسبوا الذين يدعون من دون الله فيسبوا الله عدوا بغير علم } (الأنعام:108)

Maksudnya: ”Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan ”. Surah Al-An’am.
Ayat di atas memberikan satu amaran bahawa perbuatan mencerca sembahan orang kafir dan menghina mereka akan mengundang tindakan dan perbuatan yang sama terhadap Islam dan penganutnya. Meskipun pada dasarnya pembongkaran kemungkaran dan kemaksiatan adalah dituntut namun Islam melarang samasekali kata-kata nista dan cercaan dalam bentuk penghinaan.
Di dalam tempoh berkempen parti Islam wajar menggayakan rentak kempennya dengan suasana persaudaraan, kasih sayang, ilmiah, keprihatinan dan Islamik dan bukan sebaliknya. Inilah yang akan menambat hati para pengundi agar memberikan sokongan kepada calon parti Islam sebaliknya sikap ganas, agresif dan kasar hanya akan membibitkan kebenciaan dan mengundang penolakan kepada parti Islam.
Islam memberikan keutamaan yang sangat tinggi kepada akhlak, justeru itu setiap perjuangan yang mahu bersandarkan kepada Islam mestilah meletakkan akhlak sebagai asas utama perjuangan mereka. Jamaah Islam dan Parti Islam tidak boleh samasekali mengabaikan aspek terpenting ini yang berfungsi memberikan gambaran sebenar tentang keunggulan Islam.
Bagi sesebuah parti yang berpaksikan Islam, kalah dalam pilihanraya tetapi berjaya menjaga prinsip iman dan akhlak adalah lebih baik dari menang dalam pilihanraya tetapi gagal menjaga prinsip iman dan akhlak....
Sumber Disini





Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year