Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa 25 Ogos 2009


S
uruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".


"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.


Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.






Baca Selanjutnya...

'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan'

K
OTA BHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Biar pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tidak dapat dilaksanakan di negeri ini kerana dihalang kerajaan pusat, namun sambutan Hari Hududullah tetap diadakan setiap tahun.

Tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 21 Syaaban 1430 bersamaan 12 Ogos depan bertempat di Besar Balai Islam, Lundang.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Mohd Azamli Jamaluddin berkata, sambutan Hari Hudud diadakan setiap tahun sebagai usaha memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat tentang syariat dan undang-undang Islam.

"Pelaksanaan syariat Islam terutamanya hudud merupakan prasyarat dan pemangkin pembentukan negara yang aman, makmur dan sejahtera.


"Ini selaras dengan firman Allah swt yang menceritakan perihal kerajaan Saba' ayat 15 yang bermaksud,"� (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun." katanya pada persidangan media di sini, hari ini.


Menurutnya sambutan tahun ini bertema 'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan' akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam.

Selepas perasmian diadakan forum perdana dan dialog berkaitan perundangan Islam.

Forum perdana Hududullah bertajuk 'Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, Antara Realiti dan Harapan'.

Ahli panel iaitu Adun Manir, Dato' Harun Taib, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Manakala Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAHEAIK, Ustaz Mohd Suhaimi Mohamed bertindak sebagai pengerusi.

Mohd Azamli berkata, antara objektif sambutan Hari Hududullah ialah menjana kesedaran masyarakat syariat dan undang-undang Islam penyelesaian kepada masalah jenayah dan keruntuhan akhlak manusia.

Selain itu memberi penerangan mengenai keistimewaan dan keadilan syariat dan undang-undang Islam.

"Ia juga memberi kesedaran syariat dan undang-undang Islam relevan dan sesuai dilaksanakan di Malaysia,

"Selain itu dapat membincangkan masa depan undang-undang Islam di Malaysia," katanya. - mj _ Sumber





Baca Selanjutnya...

Persediaan Menghadapi Ramadhan Al-Mubarak

S
abda Rasulullah s.a.w:


((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))
(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak mempperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam Ahmad

Hadis di atas membayangkan bahawa pada bulan Ramadan terdapat juga golongan yang berpuasa namun mereka tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala kerana mereka berpuasa dalam keadaan jahil atau ketika berpuasa mereka turut melanggar syariat Allah Taala. Justeru bagi memastikan ibadah puasa Ramadan tidak dilalui dengan sia-sia sewajarnyalah kita berusaha membuat persediaan rapi demi memperolehi ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah Taala sepanjang Ramadan.

Berikut adalah beberapa persiapan yang boleh dibuat oleh seorang muslim bagi menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna:
Atikal Penuh




Baca Selanjutnya...

Polis anti-pengganas Indonesia menyerbu rumah persembunyian Noordin


B
EJI (Indonesia): Polis elit bersenjata Indonesia dilihat hari ini memasuki rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas paling dikehendaki di Indonesia, Noordin Mohammed Top, selepas rumah itu dikepung selama 17 jam.

Polis yang memakai baju hitam dan membawa pelindung kalis letupan dan senapang memasuki rumah di kampung Beji, di tengah-tengah Jawa, selepas meletupkan salah satu pintu rumah terbabit. -AFP


Baca Selanjutnya...

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

W
asiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak) Hentikan penglipurlara tujuh wasiat raja Melayu


Baca Selanjutnya...

Kena kelosong gas pemedih mata, pelajar saman polis RM10 juta

K
OTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) - Pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, yang cedera di bahagian mata kanan akibat terkena serpihan kelosong gas pemedih mata menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta



Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18 mengalami kecederaan itu semasa rusuhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad Ke IV, April lalu ketika berakhir perlawanan bola sepak Piala FA.

Saman itu difailkan menerusi peguamnya, Shaharuddin Mohamed dari Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi jam 3.10 petang tadi.

Baca Selanjutnya...

Royalti Minyak Kelantan: Penjelasan Ekslusif Datuk Husam

T
aklimatMisi2DtkHusam1







Baca Selanjutnya...

Tok Guru Nik Aziz seru rakyat berdoa dijauhi wabak selsema babi

T
ok Guru Nik Aziz seru rakyat berdoa dijauhi wabak selsema babi





Baca Selanjutnya...

TOK GURU

T
ok Guru Ajak Hayati Islam Dengan Berpantun








Baca Selanjutnya...

Video Sekitar Perhimpunan Mansuhkan ISA

V
ideo Sekitar Perhimpunan Mansuhkan ISA




































Baca Selanjutnya...

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year