Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Majikan maut ketika cuba selamat pekerja asing

Wednesday, August 12, 2009


T
ANJONG KARANG: Ibu seorang mangsa kejadian gas ammonia bocor di kilang memproses baja ikan di Bagan Pasir di sini, pagi semalam, cuba menegah anaknya, Lim Kean Chew, daripada memasuki kilang itu.

Bagaimanapun, Kean Chew, 35, yang juga penyelia kilang itu yang dimiliki abangnya, Kean Boon, 38, tetap mahu masuk untuk menyelamatkan dua pekerja warga Bangladesh yang terjatuh dalam kolam penyimpanan ikan.

Suri rumah, Tan Chu Mou, 63, berkata sebaik saja anaknya memasuki premis kilang itu, mangsa terus rebah.

"Saya minta Kean Chew jangan masuk kerana gas bocor dan bimbang apa-apa terjadi padanya, tetapi dia tetap masuk kerana mahu menyelamatkan pekerjanya.

"Apabila saya melihat anak saya rebah, saya pun menjerit meminta pertolongan yang didengari jiran saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tanjong Karang (HTK) di sini semalam.

Tan berkata, isteri Kean Chew bekerja di Klang dan pasangan itu mempunyai tiga anak.



Chu Mou berkata, anaknya baru menukar paip pada alat pemampat pada sistem penyejukan di kilang itu, tiga bulan lalu dan tidak pasti mengapa kebocoran boleh berlaku.

Anak kepada seorang lagi mangsa, Lim Gee Geat, 31, berkata bapanya, Lim Kim Soon, 59, pergi ke tempat kejadian selepas mendengar seseorang menjerit meminta pertolongan.

"Rumah kami terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. Kami terdengar orang meminta tolong lalu ayah bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya diberitahu apabila ayah saya memasuki kilang itu, dia pun pengsan," katanya.

Sementara itu, sepupu seorang mangsa warga Bangladesh, Mumin Mia, 20, Kamal Mirza, 19, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakannya yang tinggal berhampiran dengan kilang berkenaan.

Katanya, kali terakhir beliau berjumpa dengan Mumin, bulan lalu dan memintanya mengirim wang ke kampung selepas mangsa menerima gajinya.

"Mumin sebelum ini bekerja di Johor Bahru. Bagaimanapun, sejak tujuh bulan lalu, mangsa datang bekerja di sini.

"Mumin masih bujang dan kampung kami adalah di Dhaka, Bangladesh," katanya.

INFO
Ammonia

Sejenis gas kimia yang tidak mempunyai warna dan berbau sengit

Ia adalah sebatian daripada hidrogen dan nitrogen

Apabila gas Ammonia masuk ke dalam kerongkong, ia membentuk alkali menyebabkan sel mati dan menyempitkan salur pernafasan dan sesak nafas

Ia boleh menyebabkan kepedihan mata dan rasa seperti terbakar pada kulit

Pendedahan berterusan pada dos yang tinggi boleh mengurangkan kadar oksigen dalam badan dan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kematian







My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year