Google
 


KELANTAN FM

Media Alternetif Anda



[ Copy this | Start New | Full Size ]
Tel Manis FM 097666999 UNTUK LAGU PERMINTAAN & SEMBANG BERSAMA DJ MANIS FM
THRG
Radio in Malaysia

Pakat Dgr Ilmu Tajwid.......

BERITA SEMASA

Keputusan

Muhasabah: Islam untuk semua

Tuesday, July 7, 2009

I
slam untuk semua adalah ungkapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapannya mengimbas kembali kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Beliau menjelaskan bahawa orang Cina terlebih dahulu kenal dengan agama Islam kerana agama Islam telah datang ke negara China lebih awal sebelum datang ke Tanah Melayu.
Iklan

Beliau juga menekankan bahawa agama Islam ini adalah untuk semua golongan dan kaum tanpa batasan sama ada kaum Melayu, Cina mahupun India. Ia adalah ucapan dalam satu majlis meraikan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS pada Muktamar ke-55 awal Jun lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Setiap ahli PAS perlu melihat ucapan Tuan Guru itu sebagai positif, kerana dewasa ini golongan bukan Islam sudah menampakkan minat dan kecenderungan kepada Islam sebagai satu agama yang benar-benar menjanjikan keadilan sejagat tanpa mengira batasan kaum, keturunan atau pegangan agama.

Dan memang menjadi tugas setiap ahli PAS khususnya, menjalankan kerja-kerja dakwah untuk memahamkan semua pihak dalam negara ini agar dapat menerima Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Usaha ke arah memecah tradisi bahawa Islam adalah agama orang Melayu perlu dilipat-gandakan dengan bersungguh-sungguh, kerana inilah kesempatan yang terbaik apabila golongan bukan Islam sudah mula menerima ceramah-ceramah, malah turut menadah tangan untuk berdoa agar Allah menurunkan keselamatan.

Apa yang perlu difahamkan kepada golongan bukan Islam terlebih dahulu, bahawa Islam bukanlah agama untuk orang-orang Arab walaupun al-Quran atau hadis baginda Rasulullah dalam bahasa itu.

Islam juga bukan juga untuk orang Melayu, kerana Islam milik Allah dan Dia yang mencipta semua jenis bangsa manusia dan undang-undang yang sesuai dengan mereka.

Ahli PAS di semua peringkat adalah disaran supaya memelihara beberapa pendekatan dan asas perpincangan agar tidak mengguris mana-mana pihak. Ia perlu dilakukan dengan penuh hikmah iaitu bercakap mengikut tahap kefahaman golongan sasaran, nasihat yang baik yang menjadikan pendengar suka dan mengikutinya dengan baik serta perbahasan yang diselaputi dengan penghujahan yang konkrit dan padat.

Di samping itu juga perlu memelihara faktor-faktor berikut:

1. Membezakan Islam dan orang Islam (Muslimun) Memperkenalkan Islam kepada bukan Islam iaitu ia adalah agama Allah yang tidak menerima sebarang perubahan atau pindaan hingga berlakunya Kiamat. Adapun orang Islam tidak begitu, kerana mereka adalah manusia yang terdedah kepada sebarang perubahan, sekejap baik, sekejap jahat begitulah seterusnya, ada yang kuat berpegang dengan ajaran agama dan sebaliknya terdapat mereka yang longgar ikatan dan hubungan kepada Allah SWT.

2. Perlu banyak membaca bahan-bahan ilmiah dalam konteks dakwah

Ahli-ahli PAS yang terlibat dalam kerja-keraja dakwah, adalah diingatkan agar banyak membaca, mentelaah, meneliti bahan-bahan yang ada kaitan dengan aspek dakwah, iaitu memperkenalkan kepada golongan sasaran bahan-bahan asli tentang Islam, jauh daripada sebarang sifat tahayul, khurafat, bidah keterlaluan kerana akan memberi gambaran yang tidak baik dan akan mencetuskan impak yang besar kepada para petugas.

Perlu banyak baca bahan-bahan bacaan seperti 'Dasar-dasar Ilmu Dakwah' oleh Dr Abdul Karim Zaidan, 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?' oleh Dr Fathi Yakan, hasil tulisan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Dr Abdullah Nasih Ulwan, Syeikh Muhammad al-Ghazali, karya-karya Tuan-tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, koleksi perdebatan antara Syeikh Ahmad Deedat dan para paderi Barat dan banyak lagi yang ada kaitan dengan aspek dakwah.

3. Perlu contohkan suri teladan yang baik hingga boleh menjadi ikon dalam dakwah

Apa yang dakwah untuk direalisasikan dalam kerja-kerja dakwah, iaitu cakap serupa bikin, dengan mengenengahkan suri teladan, budi bahasa, aspek akhlak yang jitu. Ia bukan sahaja diperlukan ketika bersama golongan sasaran, malah ia jadi amalan harian ketika berseorangan ataupun bersama orang lain, tidak merokok yang boleh memberikan gambaran buruk dan kesan kepada Islam, seolah-olah Islam membenarkan pembaziran. Justeru, apa yang perlu dilakukan ialah setiap tindakan yang positif terbit dari para pendakwah, ialah menjadi ikon kepada golongan sasaran yang mesti dimenanginya.

4. Bersikap menghormati dan memudahkan orang bukan Islam dalam urusan agama

Suka memaafkan golongan sasaran, menghormati mereka bukan hingga peringkat menyanjung secara keterlaluan, kerana ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya yang bermaksud: "Mudahkan urusan mereka dan jangan sekali-kali kamu sulitkannya, berilah berita gembira kepada mereka dan jangan lakukan sesuatu hingga menyebabkan mereka lari daripada kamu."

5. Saling bantu membantu sesama manusia

Iaitu kesanggupan ahli untuk bersedia memberi sebarang bantuan, ia bukan sekadar retorik dengan lidah yang tidak bertulang, akan tetapi dengan gerak kerja hingga ke peringkat mereka merasakan bahawa Islam tidak pernah melarang hubungan Muslim dengan 'non-Muslim', malah menjadi intim atas sebab-sebab kemanusiaan.

Inilah tindakan positif bagi merealisasikan sebaik-baik umat yang difirmankan Allah menerusi ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka, orang-orang yang fasik."

Ia juga tidak bercanggah dengan Ayat 2 Surah al-Maidah yang bermaksud: "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." Iaitu tolong menolong pada perkara yang baik selagi tidak menyalahi akidah dan iman seseorang Muslim kepada Allah SWT.

Moga-moga apa yang diketengahkan dapat menjadi panduan yang efektif, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hubungan antara Islam dan bukan Islam, bukannya diasaskan atas dasar politik sempit semata-mata, malah dilakukan atas dasar iman dan takwa kepada Allah SWT yang mahukan agar semua manusia di muka bumi ini menjadi Islam iaitu berserah diri hanya kepada-Nya dalam suasana harmoni dan semangat setiakawan. - lanh

My Blog List

Wali Band - Mari Shalawat

Wacana Perdana Dewan Besar Balai Islam

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year